gua ada penyakit baru.. gua tak boleh tidur awal..paling awal gua tidur pukul duabelas malam.. ye gua tau tempat lu orang pukul duabelas malam awal lagi..
tapi tempat gua pukul duabelas malam ayam tua dah start berkokok dan kebarangkalian miss subuh tidur selepas pukul duabelas adalah tinggi..
tiap hari pukul sebeles malam gua picit punat 612..
celaka punya PATRIK..
Wednesday, December 22, 2010
Wednesday, December 8, 2010
bocor
dah lama gua tak menconteng arang atas blog gua ni..gua ingat nak update masa raya aji lepas.. entri yang patut gua buat pun tak abis tulis lagi..
semangat menulis gua dah rendah..
banyak sangat masalah.. masalah kerja tak payah cakap la.. tinggi kalah bangunan 100 tingkat..
tapi dua tiga hari ini gua ada masalah yang agak berat.. masalah ni sebenarnya dah lama gua alami.. cuma selama ini gua pandang sebelah mata.. betul la uncle gua cakap.. kalau benda remeh lu pikir berat - berat sangat boleh buat penyakit..
gua tak tau la kalau lu orang ada masalah sama dengan gua atau.. sebab gua rasa masalah gua ni masalah global..ke gua sorang je ada masalah ni??.. gua takut-takut jugak kalau masalah ni turun dari keturunan..
lu orang ada masalah stokin 'bocor'?? cun-cun dekat jari telujuk kaki..
mesti lu orang mesti cakap..
'hekeleh..gaji ribu - ribu beli je la stokin baru'..
betul.. stokin baru dapat menyelesaikan masalah..
tapi kalau dah sebulan 4 pasang stokin bocor ada apa hal??
abis stokin yang dah bocor banyak-banyak nak buat bungkus buah mempelam??
semangat menulis gua dah rendah..
banyak sangat masalah.. masalah kerja tak payah cakap la.. tinggi kalah bangunan 100 tingkat..
tapi dua tiga hari ini gua ada masalah yang agak berat.. masalah ni sebenarnya dah lama gua alami.. cuma selama ini gua pandang sebelah mata.. betul la uncle gua cakap.. kalau benda remeh lu pikir berat - berat sangat boleh buat penyakit..
gua tak tau la kalau lu orang ada masalah sama dengan gua atau.. sebab gua rasa masalah gua ni masalah global..ke gua sorang je ada masalah ni??.. gua takut-takut jugak kalau masalah ni turun dari keturunan..
lu orang ada masalah stokin 'bocor'?? cun-cun dekat jari telujuk kaki..
mesti lu orang mesti cakap..
'hekeleh..gaji ribu - ribu beli je la stokin baru'..
betul.. stokin baru dapat menyelesaikan masalah..
tapi kalau dah sebulan 4 pasang stokin bocor ada apa hal??
abis stokin yang dah bocor banyak-banyak nak buat bungkus buah mempelam??
Labels:
melepaskan batuk di tangga.
Monday, November 29, 2010
Friday, October 22, 2010
Wednesday, September 22, 2010
bergaung..
yang ku mahu hanyalah kamu.. bersama mu selalu...
ya.. iklan twisties.. lu orang pernah dengar??
sebelum sebelum ni gua tak amik port pun.. sebab gua pikir ni semua kerja kapitalis nak jual barang..
tapi raya lepas gua jadi minat dengan satu lagu.. sebab anak sedara gua umur 3 tahun nyanyi dekat depan tv sambil buaat tarian bahu..sangat comel..
macam gua jugak kecik - kecik dulu.. sangat comel..
sampai hari ini gua dekat opis lagu tu masih bergaung dalam kepala gua.. gua tanya brader gugel..
oooo.. rupanya lagu tu amik dari satu kumpulan 'indie'nama pesawat.. gua layan lagu tu sepam dua..
celaka apasal gua dengar tak sedap yang dekat iklan twisties tu jugak yang sedap..
so gua sajes mana - mana kumpulan indie, sipi-sipi indie ka kalau buat lagu sedap buat iklan dulu..
oh ya.. incarnation tak payah buat apa-apa iklan.. itu band otai mat.. dah ada videoklip tepi highway.. lu orang jangan main-main..
p/s: raya tahun ni gua lagi banyak makan kuih bulan dari kuih raya... apa neraka!!?
Thursday, September 16, 2010
nostalgia hari raya..
1.bangkit sebelum subuh carik makanan dah terbiasa bersahur..
2.benda paling nikmat sesudah sebulan berpuasa..boleh korek hidung lepas subuh.. jari hitam kena asap susul tambah asap main mercun malam semalam..
3.perut jadi senak bila makan pagi six pack hasil berpuasa sebulan hilang sekelip mata..
4.pegi sembahyang raya.. ramai solat sunat aidil fitri jarak jauh dari bustop depan masjid sebab masjid tak muat..
5.Tempat paling meriah waktu hari raya ialah tanah perkuburan..dah jadi macam tapak pesta boleh tengok fashion show percuma.. untung-untung boleh tengok baju kebaya pesen lisa surihani dalam cerita jangan tengok belakang congkak.. jadi ular sawa pun gua sanggup..
6.berkumpul dengan adik beradik.. waktu bayar zakat kepada anak-anak sedara.. siapa cakap anak sedara ramai best??
2.benda paling nikmat sesudah sebulan berpuasa..boleh korek hidung lepas subuh.. jari hitam kena asap susul tambah asap main mercun malam semalam..
3.perut jadi senak bila makan pagi six pack hasil berpuasa sebulan hilang sekelip mata..
4.pegi sembahyang raya.. ramai solat sunat aidil fitri jarak jauh dari bustop depan masjid sebab masjid tak muat..
5.Tempat paling meriah waktu hari raya ialah tanah perkuburan..dah jadi macam tapak pesta boleh tengok fashion show percuma.. untung-untung boleh tengok baju kebaya pesen lisa surihani dalam cerita jangan tengok belakang congkak.. jadi ular sawa pun gua sanggup..
6.berkumpul dengan adik beradik.. waktu bayar zakat kepada anak-anak sedara.. siapa cakap anak sedara ramai best??
Thursday, September 9, 2010
Eid Mubarak
gua nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.. kalau gua ada terkasar bahasa maaf dipinta.. mulut gua jer jahat hati gua baik.. kalau termakan terminum.. minta halalkan.. esok dah raya.. tapi gua nampak ada sorang budak opis gua tengah sibuk-sibuk packing kuih bulan.. ada apa hal??
Labels:
selamat hari raya..
Tuesday, September 7, 2010
1994 part 2
ismail ghaib bukan dilarikan oleh orang bunian.. bukan jugak dilarikan oleh jin.. mana ada jin bulan-bulan puasa ni.. sebenarnya ismail sudah berada di luar masjid.. sesudah dia menyarungkan seliparnya.. ismail dengan lincah berlari ke destinasi seterusnya.. destinasi yang merupakan titik tolak kepada kejayaan misinya untuk malam ni.. kelihatan ismail berlari-lari anak kearah kedai runcit pakcik salam.. ditangannya digenggam kemas botol kaca bekas kordial sun valley yang diletaknya tepi pintu masjid siang tadi..
sesampai di kedai runcit pakcik salam.. kelihatan hanya makcik munah isteri pakcik salam ada disitu.. kelibat pakcik salam langsung tidak kelihatan.. tiada pulak ismail ternampak pakcik salam di masjid tadi.. tapi ismail tidak mau ambik pusing itu semua.. dia tidak mahu tahu pakcik salam kemana atau pakcik salam sedang buat apa.. ismail menghampiri makcik munah..
"50sen.." pendek dari ismail kepada makcik munah sambil menghulurkan botol kaca ditangannya..
makcik munah menyambut botol tersebut dan pergi ke belakang kedai.. selang seminit makcik munah keluar dengan botol kaca yang tadinya kosong kini berisi.. ismail segera mengeluarkan not seringgit dari celah songkoknya.. baki duit 50sen ditukar dengan aiskrim kacang dengan beberapa biji coklat koko jelly.. terima kasih makcik ucap ismail dengan kaki sudah mula melangkah..
sementara itu dirumah kamil, kamil sedang gusar menanti kehadiran ismail.. usai berbuka tadi lagi dia sudah menunggu ismail di beranda rumahnya.. kamil yang tadinya duduk kini berdiri apabila ternampak kelibat ismail diperkarangan rumahnya..
"ada??" soal kamil pendek kepada ismail??
ismail menjawab dengan mengangkat botol kaca berisi munyak kerosene ditangannya dan ais kacang diketip kemas dimulutnya..
"jom" pelawa kamil pantas sambil berlari ke belakang rumah kamil..
kamil bergegas mengeluarkan sebatang buluh sepanjang 5 kaki dan sebesar pahanya.. dari reban ayam ayahnya.. kamil mengangkat bulluh tersebut sambil memuncungkan bibirnya dan dihampirkan ke batang buluh tersebut.. ya.. itulah misi mereka berdua malam ini iaitu bermain meriam buluh.. di kiri kanan bunyi meriam buluh sudah galak kedengatran .. kawasan kejiranan rumah kamil merupakan kawasan panas bagi geng-geng meriam buluh..
kamil meletakkan buluh diatas pancang yang sudah siap-siap dipasang siang tadi.. muncung meriam buluh ditujukan tepat kearah anak-anak jiran kamil yang juga sedang bermain meriam buluh.. minyak kerosene dimasukkan dengan teliti dari muncung buluh.. seterusnya..kamil melakukan ritual pemanasan meriam buluh sekeping surat khabar dibakar dibawah meriam buluh sambil mengoncang buluh tersebut.. kamil berhati-hati meramas buluh tersebut..
"dah boleh kot ni" ujar kamil kepada ismail setelah berpuas hati dengan buluh yang sudah berada pada kepanasan optimum..
ismail hanya mengangguk tanda setuju.. kamil melakukan percubaan pertama.. kamil mencucuh meriam dengan berhati- hati..
plup.. bunyi dari meriam buluh.. kamil segera meniup corong pencucuh untuk mengelurkan asap.. ismail tidak bersuara barang sepatah.. cubaan kedua..
Ktak.. ada sedikit peningkatan disibel dikeluarkan oleh meriam buluh yang dicucuh oleh kamil.. kamil meniup lari corong pencucuh.. kali ini lebih banyak asap yang di keluarkan..
kaboooooooomm.. ismail dan kamil yang tadinya duduk mencangkung terduduk diatas tanah terkejut dengan bunyi meriam mereka.. ismail dan kamil berbalas senyuman..
kaboooooooomm.. bunyi kali ini makin garang.. ismail dan kamil bersorak riang.. jauh disudut hati ismail bersetuju dengan kata-kata pakcik leman.. buluh tersebut memang sedap dibuat meriam buluh.. tidak sia-sia dia dan kamil memanjat dua buah bukit semata-mata untuk mendapatkan buluh tersebut.. giliran ismail pulak bermain meriam buluh..
kaboooooooomm..
kaboooooooomm..
kaboooooooomm..
kamil dan ismail bersorak puas..kelihatan ismail dan kamil sudah naik syeikh seperti dirasuk hantu.. bunyi meriam mereka menengelamkan bunyi-bunyi meriam lain yang sedang aktif waktu itu.. tunggu kejap celah kamil matikan langkah ismail.. kamil berlari kedapan rumahnya.. tidak lama kemudian kamil muncul dengan beberapa tin minuman berkarbonat berjenama sudir.. kamil melatakan tin tersebut di muncung meriam.. OK.. kamil memberi arahan go kepada ismail.. ismail memandang tepat kemata kamil sambil menyoal.. boleh ke ni?? untuk mendapatkan kepastian.. boleh balas kamil yakin.. kalau tak berani biar gua buat.. tambah kamil menduga ismail.. tercabar oleh kamil, ismail kentalkan hati.. berhati-hati ismail mencucuh meriam buluh dengan tangan kanan sambil tangan kirinya menutup sebelah telinganya..
kaboooooooomm..
bunyi meriam sambil tin minuman berkarbonat melayang di udara umpama misil menuju kearah anak-anak jiran kamil.. hoi main kasar ke?? jerit anak-anak jiran kamil apabila tin minuman hampir mengena mereka.. jeritan anak-anak jiran kamil hanya dibalas dengan gelak tawa mereka berdua.. sekali lagi misil tin minuman dilancarkan.. kelihatan anak-anak jiran kamil bersembunyi mengelak misil yang datang.. maka semakin galak la kamil dan ismail ketawa..
kelihat anak-anak jiran kamil cuba membalas.. namun percubaan mereka gagal tin minuman hanya mampu melayang beberapa meter dihadapan mereka..
kentuk mak gua lagi kuat la wei.. jerkah kamil.. diikuti dengan hilai tawa mereka berdua.. ismail dan kamil makin rancak melancarkan misil-misil tin minuman mereka.. dan anak-anak jiran kamil mula bising-bising dan mencarut.. ternyata keliahatn puas dari riak wajah kamil dan ismail.. sedang ismail rancak bermain meriam.. dalam samar kegelapan malam.. tiba-tiba ismail perasan ada objek datang kearahnya.. hanya beberapa inci baru ismail perasan objek tersebut ialah batu sebesar penumbuk.. ismail tidak dapat berbuat apa-apa.. yang dia tahu batu tersebut sudah mengena mulutnya.. ismail terbaring atas tanah.. mulutnya terasa kebas darah mula membasahi baju.. kamil segera mendapatkan ismail..
tahun tersebut.. hari raya bagi ismail tidak bermakna.. baju maui&sons.. jam boy london tapi bibir bengkak ada apa hal??
1994
ismail siap-siap menyarung seluar jeans dikenakan dengan baju maui&sons sambil digayakan dihadapan cermin..apa barang sarung baju jenama kiko..ismail senyum nampak gigi susu baru tumbuh.. pakai baju maui&sons baru awek-awek darjah enam pandang.. abang-abang tingkatan pun boleh naik jaki tengok baju ismail.. ismail tarik kerusi dekat dengan almari.. panjat.. ismail capai songkok yang terletak atas almari.. ismail periksa celah songkok.. not seringgit terselit kemas dicelah songkok.. senyuman terukir dibibir ismail.. not seringgit itulah juga merupakan pemangkin kepada misi yang dirancang dengan kamil sejak siang tadi.. ismail meluru lincah kearah pintu rumahnya..
"mak.. mail pergi taraweh dulu ye.." jerit ismail dari muka pintu dengan suara parau budak baru akil baligh..
"awalnya.. taknak tunggu ayah ke??" .. balas ibunya yang sibuk basuh pinggan usai berbuka tadi..
"takpe la.. mail gerak dulu.." balas mail kepada ibunya..
"haa.. ye la.." balas ibunya pula pendek..
ismail menyarung kemas kakinya dengan selipar getah.. ismail berlari ke masjid.. dia tahu sedikit kesilapan boleh mencacatkan misinya dengan kamil malam ini.. tiba-tiba langkah ismail terhenti..
"ahh..macam mana boleh terlupa.." getus hati ismail.. ismail patah balik kerumahnya.. sampai kerumah ismail meluru masuk ke dapur.. ibunya yang ternampak kelibatnya menegur..
"haa.. tadi cakap nak ke masjid??.." soal ibu ismail..
"jam.." balas ismail pendek persoalan ibunya..
ismail melangkah kearah peti sejuk.. dibukanya pintu peti sejuk.. ismail senyum sumbing penuh makna.. jam boy london yang diletakkan dalam peti ais berwarna biru petang tadi kini sudah bertukar menjadi warna hijau.. ismail memasang kemas jam tangan di tangan kirinya.. tanpa membuang mas ismail pecut ke masjid.. sesampai di masjid hanya kelihantan beberapa dua tiga orang baru sampai.. kelibat bilal pun masih belum kelihatan.. ismail merenung berkali-kali jam ditangannya.. kalau diikutkan hati ismail hendak sahaja dia jemput bilal dirumahnya supaya bilal boleh segera melaungkan azan.. tapi ismail tau itu semua mustahil dan mungkin bpleh mencacatkan misinya..
selang sepuluh minit lebih ramai orang-orang kampung hadir ke masjid.. ayah ismail pun sudah datang.. ismail bertegur sapa dengan ayahnya dengan isyarat angkat kening.. kelibat bilal sudah kelihatan.. sewaktu azan isyak dilaungkan.. hati ismail sudah mula berdebar-debar.. sebab dia tahu misinya untuk malam ini semakin hampir.. selesai bilal melaungkan qamat.. ismail memilih saf paling belakang malam tersebut supaya mudah untuk dia melangsungkan misinya.. solat isyak malam tersebut diimamkan oleh anak pakcik sudin yang baru balik dari mesir.. tapi dalam kepala ismail dia siap merancang apa langkah setrusnya yang perlu dilakukan selepas ini.. boleh dikatakn solat isyak ismail malam tersebut barai.. selesai anak pakcik sudin memberi salam terakhir.. ismail terus ghaib..
bersambung...
Monday, August 30, 2010
bazaar ramadhan..
Dah masuk 20 hari puasa.. sekali pun gua tak jejak kaki dekat pasar ramadhan lagi.. sebab biasanya gua sampai rumah balik dari pejabat lagi dua tiga minit nak azan maghrib..makanan dah siap terhidang atas meja.. tinggal tunggu dijamah.. gua tak rasa meriah sangat puasa tahun ni.. maksud gua bab-bab makanan.. lepas taraweh pun selalu gua balik terus malas nak layan moreh..
tugas pegi bazaar ramadhan diserahkan bulat bulat dekat mak gua.. gua tak suruh.. dia yang nak pergi.. gua syak mak gua malas nak masak.. tiap-tiap hari mak gua akan beli pulut panggang, yang tu jer la yang gua rasa kena dengan tekak gua sambil bilas dengan ABC.. gua ada sekali cuba bilas dengan cendol tak lepas.. gua hirup setengah gelas.. gelas penuh balik.. selera gua seakan putus sejak masuk bulan puasa aritu..
masuk sahur pun gua tak makan banyak sesenduk nasi dengan lauk lebihan berbuka.. cukup buat asal perut..kadang - kadang gua bilas mulut dengan segelas susu dan dua batang rokok cukup..dah 20 hari macam tu..tapi apa celaka sixpack gua tak timbul-timbul lagi???
tugas pegi bazaar ramadhan diserahkan bulat bulat dekat mak gua.. gua tak suruh.. dia yang nak pergi.. gua syak mak gua malas nak masak.. tiap-tiap hari mak gua akan beli pulut panggang, yang tu jer la yang gua rasa kena dengan tekak gua sambil bilas dengan ABC.. gua ada sekali cuba bilas dengan cendol tak lepas.. gua hirup setengah gelas.. gelas penuh balik.. selera gua seakan putus sejak masuk bulan puasa aritu..
masuk sahur pun gua tak makan banyak sesenduk nasi dengan lauk lebihan berbuka.. cukup buat asal perut..kadang - kadang gua bilas mulut dengan segelas susu dan dua batang rokok cukup..dah 20 hari macam tu..tapi apa celaka sixpack gua tak timbul-timbul lagi???
Friday, August 27, 2010
meminang..
lepas sampai rumah semalam gua sms awek playsmart bagitau gua dah sampai rumah.
gua campak badan gua atas katil.. tak lama lepas tu talipon bimbit gua berdering..
gua tersenyum.. rindu jugak awek playsmart dekat gua..
gua capai talipon bimbit..
eh bukan awek playsmart.. takda keluar nama..
gua berdehem lebih kurang bagi ejas suara..
dihujung talian..
'budak lu ada pakai subaru merah??'
ah.. gua dah kenal mamat ni, suara dia yang tak berapa sedap tu gua boleh cam..
gua geleng sambil balas.. 'waalikumsalam??'
'eh.. assalamualaikum, budak lu ada pakai subaru merah??'
'bonet itam??' gua mintak kepastian
'aaaaa.. tak tau plak, plate AFH ****'
'ada!' gua balas yakin
'ni budak gua ada nak main.. lu tolong pinangkan..'
'aaaa.. nnt gua ejaskan..'
'assalamualaikum'
'waalaikumsalam..'
apa gila nak suruh gua ejaskan.. bulan puasa macam ni cuba buat amal jariah sikit..
bukan apa gua takut lu tak sempat cium tangan mak bapak lu orang lagi..dah la cium tangan mak bapak setahun sekali masa raya..
awek playsmart ni pegi mana tak reply sms gua???
gua campak badan gua atas katil.. tak lama lepas tu talipon bimbit gua berdering..
gua tersenyum.. rindu jugak awek playsmart dekat gua..
gua capai talipon bimbit..
eh bukan awek playsmart.. takda keluar nama..
gua berdehem lebih kurang bagi ejas suara..
dihujung talian..
'budak lu ada pakai subaru merah??'
ah.. gua dah kenal mamat ni, suara dia yang tak berapa sedap tu gua boleh cam..
gua geleng sambil balas.. 'waalikumsalam??'
'eh.. assalamualaikum, budak lu ada pakai subaru merah??'
'bonet itam??' gua mintak kepastian
'aaaaa.. tak tau plak, plate AFH ****'
'ada!' gua balas yakin
'ni budak gua ada nak main.. lu tolong pinangkan..'
'aaaa.. nnt gua ejaskan..'
'assalamualaikum'
'waalaikumsalam..'
apa gila nak suruh gua ejaskan.. bulan puasa macam ni cuba buat amal jariah sikit..
bukan apa gua takut lu tak sempat cium tangan mak bapak lu orang lagi..dah la cium tangan mak bapak setahun sekali masa raya..
awek playsmart ni pegi mana tak reply sms gua???
Wednesday, August 25, 2010
jodoh..
gua sampai tempat letak skyline pukul 5.14 gua geleng kepala.. biasanya waktu macam ni jalan dah setat sesak.. lu guna kereta berkelajuan cahaya macam skyline pun tak gua sebab tetap sangkut dalam kesesakan jalan raya.. gua lambat sampai skyline bukan sebab time management gua tak bagus.. tadi gua tolong sorang warga emas melintas jalan.. gua rasa nak baling jer pakgad dengan kasut gua tadi.. bukan nak tolong orang tua tu melintas jalan.. sebok main dengan walkie talkie dia.. nasib baik iman gua taf bulan-bulan puasa ni..
setelah mencongak dan mengunakan teori taklukan mantik gua buat keputusan untuk solat asar dahulu.. sambil tu boleh bagi reda sikit kesesakan lalu lintas tu.. macam biasa gua pegi port tempat gua selalu solat tiap kali singgah dekat msjid tu.. segala urusan berjalan dengan lancar.. sehingalah selesai gua memberi salam terakhir..
gua terkedu..
dada gua turun naik..
tengkuk gua rasa kembang..
bulu-bulu roma gua terpacak-pacak..
gua istigfar banyak-banyak ..
di tiang sebelah tak jauh dari tempat gua menunaikan solat sekujur tubuh kecil sedang besandar di tiang..
gua bisik dalam hati..
"celaka.. aiman ni lailatulqadar ke apa???"
Monday, August 23, 2010
kerja luar..
duit raya punya pasal dua minggu lepas gua pukul dua minggu kerja luar dengan harapan gua dapat raya sedap -sedap sikit tahun ni.. dah la raya tahun lepas anak-anak sedara gua pelekeh gua sebab tak hulur duit raya.. raya tahun ni gua nak buat dorang salam sambil cium tangan..
gua kira - kira ada dalam 4 ribu lebih kilometer gua driving keliling utara borneo.. guna kereta company.. kereta company pun boleh tahan serasi dengan gua.. takda masalah sepanjang perjalanan gua.. skyline gua bagi rehat bulan- bulan ramadhan ni.. dia pun tak berapa nak sehat
kalau ikut gua dah boleh tak bepuasa kalau dihitung dengan jarak pengembaraan gua dah melimpah -limpah dari 2 marhalah.. tapi gua taf.. iman gua tak setebal kulit bawang bulan - bulan puasa macam ni..ada seorang member gua tak bagun sahur pun boleh jadi alasan tak puasa..gua hitung-hitung guna jari.. gua ingat claim gua dah cukup untuk duit raya dan belanja sikit-sikit.. pagi tadi gua sikit punya semangat isi borang claim.. telefon bimbit gua berbunyi tanda email masuk, gua tekan butang - butang yang berkenaan.. gua dapat email bertajuk no kereta company..
Dear ********,
Attached photo is self explanatory.
Get hold of ********* and find out why.
Thanks,
SIMON
gua geleng kepala tiga kali. abis duit claim gua..
lu orang tau mana tempat ada kedai potong???
Friday, August 20, 2010
ahlan wasahlan ya Ramadhan..
sempena bulan ramahan yang mulia ini..
gua nak mintak... eh gua bahasakan diri gua ustaz untuk entry kali ni boleh?? ahhh.. suka hati gua la kan.. eh suka hati ustaz la kan...
ok ustaz mula sekali lagi..
walaupun sudah 11 hari kita memnunaikan ibadat puasa, ustaz rasa belum terlambat untuk ustaz memohon ampun dan maaf kalau ustaz ada tersalah kata.. termaki.. terguris hati.. lagi pun amat digalakan untuk maaf memaafi sesama insan bagi mengukuhkan ukhwah yang sekian lama terbina..
di kesempatan in jugak ustaz nak memohon maaf kepada adik aiman yang berada di shoutbox maafkan ustaz yer lama tak update.. jangan ingat ustaz kena rantai pulak sebab lama tak update.. ustaz pun macam orang lain jugak kena kerja.. lain la kalau kerja ustaz pegawai sukan.. kena pulak bulan ramadhan ni memang takda kerja langsung la.. baiklah , disini ustaz ingin berpesan sedikit.. terutama kepada encik pegawai sukan.. mesti banyak masa lapang bukan??
Dalam bulan ramadhan ini marilah kita bersama-sama menunaikan ibadah puasa dengan sepenuh jiwa, seikhlas hati (adik aiman jangan puasa yang yok yer),
kerana Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah.. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu.. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan.. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.. Semoga pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. isha'Allah..
renung-renungkan dan selamat beramal..
p/s : gua banyak nak cerita ni tapi tak tau macam mana nak start.. adik aiman sabar yer.. kalau lu ada kakak takpa jugak..
Monday, August 2, 2010
garis langit..
bulan lepas masa lu kena buasir gua ganti lu punya tempat keluar angin..
lepas tu lu cakap tapak kasut lu dah haus.. bukan satu.. dua pasang gua ganti..
makanan lu kurang dua takuk gua top up bagi penuh..
lu cakap dada lu rasa tak sedap.. on the spot gua belikan ubat batuk..
ni lu cakap mata lu tak terang tak boleh jalan malam pulak..
lu macam - macam la skyline
lepas tu lu cakap tapak kasut lu dah haus.. bukan satu.. dua pasang gua ganti..
makanan lu kurang dua takuk gua top up bagi penuh..
lu cakap dada lu rasa tak sedap.. on the spot gua belikan ubat batuk..
ni lu cakap mata lu tak terang tak boleh jalan malam pulak..
lu macam - macam la skyline
Thursday, July 29, 2010
Tuesday, July 27, 2010
baju t kuning..
maghrib menjelang tiba..warna jingga menghiasi bibir langit..kudapan untuk malam ini sebagai pengalas perut sehingga esok hari belum ada lagi..jangan kan beras.. garam pun tiada di dapur..dari dalam bilik bunyi batuk ibu aiman kedengaran begitu perit sekali..sudah berbulan ibunya terlantar sakit..
sakit apa aiman sendiri pun tidak tahu memandangkan ibunya tidak pernah ke hospital untuk menerima rawatan..kenapa bapak aiman tak pernah bawak ibunya ke hospital??.. aiman sendiri pun tidak pernah bersua muka dengan bapaknya.. entah hidup entah tidak..dari dia lahir ibu lah ibu.. ibu lah bapak..
perut suda berkeroncong harus di isi jugak malam ini.. aiman membuka kotak pakaian terletak dibucu bilik.. aiman kenakan baju t berwarna kuning dan seluar panjang nampak buku lali.. baju kena kemas - kemas sikit.. nanti kena cekup dengan abang pegawai kebajikan susah pulak nanti..selesai bersiap aiman menjenguk mak di dalam bilik.. "mak.. aiman keluar sekejap yer.." jerit aiman lembut dari muka pintu.. ibu aiman hanya mampu mengangguk.. sambil batuk tidak henti-henti menerobos kerongkong keringnya..baru selangkah kaki aiman melangkah..ibu aiman bersuara dari atas toto..
"dah mak.. " bohong aiman dengan yakin..
kelihatan ibu aiman megesat ekor mata..mengenangkan nasib malang yang terpaksa dilalui oleh anaknya.. dia tahu anaknya berbohong.. apakan daya kesihatannya tidak mengizinkan.. berdiri pun bila ke bilik air sahaja.. itu pun terpaksa berkaki empat hingga ke pintu bilik air..aiman meninggalkan ibunya , menutup rapat pintu pondok buruk mereka.. sebelum berlari keluar dari kawasan rumah mereka yang berpagarkan semak..
diluar suasananya lain.. keadaan sekitar pesat membangun.. kereta membanjiri jalan raya seakan tidak akan putus.. waktu - waktu macam ni jugak ramai yang baru keluar dari pejabat bergegas untuk balik kerumah.. aiman berjalan kearah sebuah bangunan besar.. kelihatan berpusu - pusu umat bertali leher keluar dari pintu utama bangunan tersebut.. muka aiman yang tadinya tidak bermaya datang serinya.. dalam hatinya digarap seribu harapan..
"bang.. abang dah nak balik ke?? abang ada duit tak??" sapa aiman manja.. namun teguran aiman tidak diendah orang seorang jejaka yang sibuk dengan telefon bimbitnya.. ya, itulah yang dilakukan aiman saban hari.. meminta simpati dari mereka yang lebih berkemampuan.. atau bahasa kasarnya mengemis.. itu sahajalah yang mampu aiman lakukan.. bukan aiman tidak pernah mecari ikthiar lain selain daripada mengemis.. aiman pernah cuba meminta kerja di gerai -gerai yang tumbuh bagai cedawan.. namun tiada yang berani mengambil budak 9 tahun berkerja dengan mereka..
aiman ternampak seorang lelaki bebaju kemeja sedang duduk atas bonet kereta.. aiman menghampiri lelaki tersebut..
"abang tunggu siapa??" lelaki tersebut sedikit terkejut dengan sapaan aiman..
"tunggu bini abang.." balas lelaki tersebut..
"ooo.. abang ada duit tak??" sambung aiman terus terang..
"kamu nak buat apa dengan duit??" soal lelaki itu lagi.. sambil menghembuskan asap rokok
"nak beli makanan.." balas aiman jujur..
tersentuh hati lelaki tersebut diseluknya poket kemeja lalu menghulurkan not berwarna hijau kepada aiman.. terima kasih abang.. tambah aiman setelah duit betukar tangan.. "ingat.. beli makanan tau.." pesan lelaki itu lagi..aiman membalas dengan kuntuman senyuman yang cukup manis..
aiman berlari dengan riang ke kedai runcit berhampiran.. dibelinya sekilo beras dah lima biji telor.. selesai usursan jual beli dilansungkan.. aiman bergegas kerumahnya.. hatinya begitu riang.. malam ini dia dan ibunya akan makan nasik berlauk telur rebus..
esok..... tidak tahu pula bagaimana ceritanya..
celaka gua kena pow dengan budak 9 tahun..
nasib lu budak!!
Labels:
enjen blum panas,
gua.,
melepaskan batuk di tangga.
Wednesday, July 21, 2010
pakcik baju pejabat cermin mata bingkai besar..
teeeeeeet.. teeeeeeettt..
buzzer berbunyi dua kali gua sambung satu ayat lagi dengan sekali napas dengan harapan dapat markah lebih dari pengadil.. gua akhiri bacaan dengan Sadaqallahul azim..ada sesetangah orang cakap baca Sadaqallahul azim bila abis bacaan adalah bidaah, tapi ustazah gua cakap amalan tu jadi sunat sekiranya ia dikira khair.. lagipun gua tak nampak dari celah mana boleh sampai jatuh hukum haram.. yang penting niat..
gua buka muka surat untuk peserta seterusnya.. gua rasa gua dah buat yang terbagus hasil latihan berminggu-minggu.. ditengking dan dirotan ustazah gua.. gua rasa suara gua pun boleh tahan ekselen.. tak sia-sia air asam jawa ustazah gua sedia kan pagi tadi.. tapi mula -mula gua nebes jugak .. ustazah gua pegi letak air asam jawa dekat botol ubat batuk hospital kerajaan.. gua ingat ustazah gua nak bagi gua high.. gua bergerak ke belakang pentas.. di situ jamil sudah menunggu gua.. dia lagi awal selesai dari gua..
gua buka pintu belakang pentas.. jamil tengah duduk atas sofa.. gua kuntumkan senyuman kepada jamil.. jamil balas kuntuman senyuman gua.. gua hempas badan duduk sebelah jamil.. sambil borak-borak kosong dengan jamil nak pergi training bola tak petang nanti.. pakcik yang duduk di sofa sebelah mencelah perbualan kami.. "anak ke yang baru habis bacaan tadi.." sambil menujukan ibu jari kepada gua.. gua tengok pakcik tu berpakaian pejabat.. bercermin mata bingkai besar.. gua syak pakcik tu ajk majlis tersebut.. gua balas sopan "ye pakcik.." "sedap suara dan bacaan anak.." tambah pakcik tersebut.. "biasa - biasa je pakcik" balas gua merendah diri.. tapi dalam hati yes!! pipi gua pun dah merah.. dalam hati gua dah syak gua akan ada nombor macam selalu.. tolak jamil gua gua kena saing dengan 28 orang sahaja lagi..
pakcik biarkan gua dengan jamil sambung bincang hal-hal duaniawi.. gua dan jamil keluar dari dewan.. sambil tunggu peserta-peserta lain selesai gua dan jamil pergi usha awek-awek tudung labuh.. semua comel - comel.. pipi merah - merah.. bikin hati gua berdebar-debar.. nasib baik gua ingat dengan awek gua ketua kumpulan bahas waktu tu.. kalau tak dah sah-sah gua dapat satu aritu..selesai semua peserta tiba waktu penyampaian hadiah.. baju melayu gua butang sampai atas.. samping gua setting bagi rata.. songkok gua tepuk-tepuk bagi hilang habuk.. gua nak pastikan gua hensem masa ambik hadiah..
sampai giliran pemenang kategori gua diumumkan.. hati gua tambah berdebar-debar lagi kuat dari debaran usha awek - awek tudung labuh.. kurang - kurang gua rasa gua boleh dapat nombor dua.. gua toleh kiri kanan carik ustazah gua.. nak salam lepas turun ambik hadiah tanda terima kasih dengan ajaran dia tdekat gua selama ini.. lepas tu gua carik pula abang dengan akak MC nak tengok gerak mulut dorang sebut nama gua.. tapi tak nampak pulak.. gua syak dorang dekat belakang pentas..
akak mc umumkan pemenang tempat ketiga.. sorang mamat naik atas pentas kutip hadiah.. gua dah redi-redi gua double check butang baju samping dan songkok.. kaki gua pasang kuda - kuda supaya senang berdiri.. abang mc pulak umum tempat kedua.. abang mc umum nama orang lain.. dalam hati gua terdetik.. aik takkan gua dapat nombor satu lagi.. hidung gua dah kembang - kembang.. pipi gua merah - merah.. waktu akak mc umum nama tempat pertama gua duduk tersandar.. bukan nama gua yang diumumkan..
gua buka butang baju melayu yang gua kancing sampai atas.. songkok gua letak atas perut.. "macam mana gua boleh tak ada nombor?? .. pakcik belakang dewan tadi pun cakap bacaan gua sedap!!!".. jamil yang terdengar ngomelan gua balas lembut dengan kuntuman senyuman.. "dekat gua pun pakcik tu cakap macam tu.." sambil menepuk-nepuk belakang gua halau iblis..
celaka..
Monday, July 19, 2010
sampah..
kutip sampah kena ludah.. celaka!!!
celaka update blog dah macam update status pesbuk.. macam sampah!!
celaka update blog dah macam update status pesbuk.. macam sampah!!
Labels:
melepaskan batuk di tangga.
Friday, July 16, 2010
Tuesday, July 13, 2010
jubli emas..
petang semalam waktu tengah tunggu nak pergi padang main tendang bola.. macam biasa budak-budak kampung gua lepak-lepak dekat port biasa.. tu pun ada budak-budak plan nak buat aktiviti lain memandangkan hujan pun dah turun manja-manja sama manja macam air dari mulut ustaz gua dulu masa mengajar dekat surau.. gua selalu pakai alasan rabun dekat sebab tak nak duduk dekat - dekat.. sebenarnya gua tak tahan nak tepis.. berkat - berkat jugak tapi bab-bab macam ni gua pun pandai naik geli..
nak dijadikan cerita dekat kampung gua ada sorang makwe.. tapi makwe yang dah jadi mak orang.. gua tau ramai budak-budak kampung gua yang makan hati masa makwe ni naik pelamin.. tapi apakan daya makwe cun memang la laris macam pisang panas.. budak-budak kampung gua nganga mulut je la tengok makwe tu kawin dengan orang luar.. budak-budak kampung gua pun satu.. masa makwe tu belum jadi bini orang budak-budak kampung gua cuma muncung-muncung bibir kuar bunyi cerocot.. bukan ada inisiatif nak mintak nombor talipon ke.. email ke.. kurang-kurang pun pesbuk..
nak dijadikan cerita lagi kebetulan petang tu makwe datang beli dekat kedai berdepan dekat port budak-budak kampung gua lepak.. dari terhidu bau tayar kereta makwe tu lagi mata budak-budak kampung gua dah lekat dekat kereta makwe tu.. tak kurang jugak yang curi-curi pandang.. cukup sekadar bagi laju degupan jatung sekejap..
makwe parking kereta betul-betul depan kedai.. tak sempat kaki kanan makwe cecah tanah dah kedengaran bunyi cerocot dari budak-budak kampung gua.. gua syak makwe tu guna produk Dr rozmey tu yang masih dapat cerorot dari budak-budak kampung gua.. cerorot berhenti bila sosok makwe hilang dari pandangan masuk dalam kedai.. budak-budak kampung sambung sembang-sembang balik..
dalam tujuh minit makwe keluar dari kedai bunyi cerocot bergema kembali.. makwe cuma balas dengan senyum nipis tapi manis.. tapi makwe tak masuk dalam kereta terus.. makwe tunjuk-tunjuk dalam kereta guna jari telunjuk.. ada dua tiga orang budak kampung gua perasan pelakuan makwe.. ada yang dah berdiri.. ada yang pura-pura beli barang dekat kedai lepas tu keluar balik kedai.. gua nampak dari jauh pipi makwe dah merah-merah macam panik..
dua tiga budak kampung gua menghampiri kereta makwe.. rupa-rupanya anak makwe umur dua tahun dah kunci kereta dari dalam.. makwe dari tadi gua tengok tak berhenti-henti tunjuk dalam kereta.. tak lama lepas tu ramai orang berkumpul dekat kereta makwe cuba membantu.. cuaca pula tak membantu hujan panas dah turun.. tapi itu semua tak menghalang budak - budak kampung gua nak membantu.. padahal tadi dah plan tak nak main bola kalau hujan .. gua tau budak -budak kampung gua semua baik - baik.. walaupun hujan sedia membantu.. baju england yang makwe pakai pun dah basah sikit - sikit..
banyak buah pikiran keluar dari kepala budak-budak kampung gua.. waktu tu baru nampak budak-budak kampung gua betul-betul guna otak.. kereta makwe dah macam kereta autoshow.. ramai orang keliling.. macam-macam rupa ada.. anak makwe yang umur 2 tahun bila disuruh tarik lock dia cuma ketawa macam ada orang bawak bergurau.. ada yang cadangkan pecahkan sahaja cermin sambil tunjuk siku.. uncle magic pun bagi idea biar dia tukar jadi asap masuk lalu ekzos keluar dari corong penyaman udara.. tapi dia cakap magic dia tak mujarab waktu siang.. ada yang bagi cadangan ambik kunci spare.. yer kunci spare ada.. satu dekat laki dia yang tengah outstation.. satu lagi dekat rumah.. tapi kunci rumah pun dalam kereta.. memang A.
dalam setengah jam kereta makwe masih tak boleh. tapi makin ramai yang datang membantu.. pipi makwe makin merah.. gua tengok dari jauh pun naik geram.. tak lama lepas tu abang pomen berjaya bukak jugak pintu depan kereta makwe guna pembaris besi satu meter.. makwe punya gembira memang nombor satu.. tapi sempat jugak bagi cubitan dekat paha anaknya.. makwe tak habis-habis ucap terima kasih dekat abang pomen yang berjaya bukak pintu.. abang pomen hanya malu tersipu-sipu.. menerima ucapan terima kasih dari makwe..
petang semalam waktu tengah tunggu nak pergi padang main tendang bola.. macam biasa budak - budak kampung gua lepak - lepak dekat port biasa.. lepas kejadian menolong makwe yang terkuci kereta dari dalam.. budak - budak kampung gua siap -siap nak pergi padang termasuk gua sekali.. gua angkat bontot bergerak ke kereta.. gua seluk poket.. gua intai dalam kereta , kunci kereta tergantung kemas dekat tempat kunci.. gua bagi sumpah seranah secukup rasa..
gua jerit.. "celaka kunci gua tinggal dalam kereta!!"..
budak-budak kampung gua cepat-cepat gerak pergi padang.. takut tak puas keluar peluh..
Friday, July 9, 2010
YOU && ME
let's make something different togheter..
i really mean YOU..
who are sitting reading this post..
ok???
lets think of something beautiful..
not something you would buy, not something trendy
something cheerfull and personal, something colorful something important,
like how excited you were by candies when you were a kid
like smell of second hand books
or something only you can see
and this will be our secret
now keep your eyes closed and think of this special thing and count to 3
if you reading this you eyes are now open..
unless you've got some special power and can see things behind your closed eyes
or unless you've cheated and haven't closed them at all (which isn't that bad, don't worry)
unless you haven't thought of your secret but i know you did
i really mean YOU..
who are sitting reading this post..
ok???
lets think of something beautiful..
not something you would buy, not something trendy
something cheerfull and personal, something colorful something important,
something insignificant (maybe for others but not for you)
like how excited you were by candies when you were a kid
like smell of second hand books
or something only you can see
and this will be our secret
now keep your eyes closed and think of this special thing and count to 3
1
....
2
....
3
if you reading this you eyes are now open..
unless you've got some special power and can see things behind your closed eyes
or unless you've cheated and haven't closed them at all (which isn't that bad, don't worry)
unless you haven't thought of your secret but i know you did
actually i have seen your secret
its wonderful, thank you for sharing it with me..
did you like it? i did.. now let's make a deal.. let's take a time everyday to think of a beautifful secret
for instance when you wake up..
when you are taking shower..
its wonderful, thank you for sharing it with me..
did you like it? i did.. now let's make a deal.. let's take a time everyday to think of a beautifful secret
for instance when you wake up..
when you are taking shower..
anywhere..
anytime..
don't be scared you are free
your secret will always stay between YOU and ME
-Jean-Sebastien Monzani-
your secret will always stay between YOU and ME
-Jean-Sebastien Monzani-
Friday, July 2, 2010
GENG BAS SEKOLAH..
masa gua sekolah menegah dulu.. gua naik bas pegi sekolah.. gua ada sajes dekat bapak gua suruh teksi ambik dan hantar gua pegi sekolah.. haram bapak gua tak layan..
gua sajes dekat bapak gua macam tu bukan sebab gua anak manja.. gua hero.. hero kena duduk tempat duduk paling belakang sekali.. masalahnya semua nak jadi hero.. seat belakang yang sepatutnya boleh muat 5 orang kadang kadang boleh cecah 9 orang.. seat depan makwe-makwe jer yang duduk.. lagi satu sebab gua sorang jer yang sekolah dekat sekolah budak-budak pandai.. yang lain semua sekolah dekat sekolah swasta.. jadi tak sedap la dekat abang brader nak kena buat lencongan 3 kilometer semata-mata nak hantar gua pegi sekolah.. gua pun hairan macamana abang driver tu boleh setuju ambik gua..
gua syak bapak gua pernah letak pisau rambo dekat urat halkum abang driver tu.. sebab setiap kali abang driver turunkan gua mesti buat muka ketat-ketat..
satu hari masa baru balik sekolah.. peluh dari kepala kaler biru minyak code10.. koler baju penuh daki.. gua panjat bas macam biasa duduk seat paling belakang sekali.. hari ni ada mewah sedikit.. cuma enam orang duduk dekat seat belakang..gua campak beg gua dekat abdul.. gua memang dah tugaskan abdul pegangkan beg gua dalam bas.. gua tenung dekat jamal yang duduk dekat tepi tingkap.... automatik jamal bukak ruang untuk gua duduk.. gua bukak tingkap bagi habis.. sampai tertutup tingkap makwe duduk dekat depan.. makwe kat depan buat muka mencebik.. gua balas ugut tunjuk buku lima.. makwe duduk depan tak bunyi apa..
tak lama kemudian akim yang duduk hujung kerusi bersuara .. "roy, roy.." gua bahasakan diri gua roy untuk entri kali ni.. "selangor darul... apa???"'ehsan' gua balas pendek lagak orang bijak pandai.. akim tergelak besar.. dalam hati gua berbisik .. celaka gua salah ke??
jamal yang duduk sebelah gua pulak bersuara.. "roy, roy.. kelantan darul apa??.." "Naim".. gua jawab penuh yakin.. jamal pulak yang tergelak besar kali ni..akim terdiam pulak.. "celaka gua salah lagi ke?" jamal cuma berhenti gelak bila gua siku tepat dekat telinga dia.. sorang pun tak berani bunyi sampai gua turun dari bas..
rabu lepas gua dapat surat jemputan kawin dari akim dan jamal, jamal kawin dengan adik akim.. bukan dengan akim yer.. jadi diaorang plan buat kenduri kawin sekali boleh jimat kos..
dalam kad jemputan..
Semarak kasih jalinan budi, Kehadiran anda kami sanjungi
Dengan penuh kesyukuran dan sukacitanya kami menjemput
YB’ / Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik
....................................................................................
suami / isteri serta keluarga
ke Majlis Perkahwinan saya
(Mohd Jamal bin Mohd Ehsan)
dengan
(Nurhafizah binti Naim)
celaka baru gua perasan. benda - benda macam tu pun boleh bawak main..
Labels:
melepaskan batuk di tangga.,
sekolah
Monday, June 21, 2010
día feliz padre
ahad lepas banyak gua tengok iklan dekat dalam telibesen sebut - sebut pasal hari bapak.. seingat gua la.. lebih dua dekad gua hidup sekali pun gua tak pernah sambut hari bapak.. bukan maksud gua tak sayang bapak gua.. anak mana tak sayang bapak.. bapak gua pun tak pernah sambut hari jadi gua takkan gua nak pandai - pandai sambut hari bapak pulak.. ada gua percuma dapat pelempang dari bapak gua.. gua ingat bapak gua true asia... dasar pandang ke timur dia kuat sangat.. dia bukan ikut sangat budaya - budaya barat ni..
gua pun tak berapa nak rapat dengan bapak gua.. gua sembang dengan bapak gua pun jarang - jarang, gua malas nak sembang benda remeh - remeh dengan bapak gua.. banyak lagi bapak gua nak kena pikir besarkan kami lapan beradik.. kesudahanya gua jarang borak - borak dengan bapak gua.. bukan maksud bapak gua tak peduli dekat gua.. alhamdulillah dia bagi kami makan pakai cukup.. macam tu la kot bapak gua tunjuk kasih sayang dia.. gua ingat lagi masa gua sekolah rendah dulu tiap - tiap hujung minggu bapak gua mesti bawak kami satu keluarga pegi maka dekat pekan.. pekena nasik ayam dekat restoran menang.. tak pun rojak mee dekat haji marman.. gua tambah sampai dua tiga pinggan.. sekarang ni jer dah susah sikit.. yela masing - masing dah ada keluarga.. dah ada tanggungjawab masing - masing, kalau nak semua adik beradik gua berkumpul pun tunggu hari raya la baru nampak batang hidung semua..
bapak gua boleh tahan tegas orangnya.. mungkin terbawak -bawak watak guru besar sampai kerumah.. pernah sekali gua pergi pasar tani teman bapak gua beli barang dapur.. macam biasa gua jadi kuli angkat barang .. tapi gua tak kesah.. sebab gua tahu sebelum balik rumah gua akan dapat upah aiskrim tiga tingkat.. apa sangat la jari merah-merah angkat bakul plastik isi ayam empat lima kilo dengan aiskrim yang bakal gua dapat.. gua macam biasa jalan tepi bapak gua.. bapak gua nak jalan sambil pegang tangan gua?? hell no.. memang bapak gua tak pernah buat.. gua yang mandi takat basuh muka pagi tu badan tak warm up lagi gua jalan sambil peluk tubuh.. gua tak perasan pulak yang bapak gua asyik perati gua.. sekali jer dia sound gua.. 'lu apahal jalan sambil peluk tubuh macam orang sakit!!' peh.. walaupun gua tak tau apa salah gua jalan sambil peluk tubuh.. sampai sekarang gua tak buat lagi dan gua tak pernah tanya pun dekat bapak gua kenapa tak boleh.. nak kena pelempang??
statement kat atas tu tak cukup menusuk hati lagi.. ada sekali masa gua baru abis spm.. abang gua pulak balik cuti semester universiti dia.. dia ada bawak balik PS2 dia sekali.. apa lagi gua dengan abang gua pun bantai main sampai pagi.. macam biasa la permainan budak jantan mesti la main bola.. bila da score.. dia punya suara merayakan jaringan boleh dengar satu kampung.. dalam kami hanyut dan lalai main ps.. ktorang tak perasan keseronokan kami main buatkan bapak gua dah bangkit dari tidur.. dengan mata merah bapak gua dah berdiri kat belakang gua dan abang gua.. "lu orang buat apa tak tido lagi?? hisap dadah?!!!" walaupun dakwaan bapak gua tak berasas tapi dia punya makan dalam boleh tahan..
gua dengan abang gua tak balas apa terus tutup suis.. padam lampu masuk bilik masing - masing..dalam setengah jam gua baring-baring dekat katil.. disebakan gian punya pasal tambah tak puas hati tak dapat kalahkan abang gua.. gua nekad nak praktis jugak bagi sampai champion.. jalan pun slow - slow tak nak bagi bapak gua bangun lagi.. sampai hall tengok - tengok abang gua dah ada kat depan tv.. senyum - senyum sambil hulur joystick.. ktorang sambung main sampai azan subuh..
satu yang gua tak boleh lupa benda magic bapak gua buat dekat gua.. masa gua tingkatan satu bapak dengan mak gua pegi tanah suci tunai fardhu haji.. masa nak jemput dorang balik dekat epot.. masa tu epot tempat gua dah macam pesta umat ramai ya amatt.. tapi gua tak ambik pusing tu semua sebab hati gua dah bunga -bunga.. sebab gua tau esok gua tak pegi sekolah sebab sambut mak bapak gua balik dari haji.. abang sepupu gua kejutkan gua yang nyenyak tidur dalam kereta bagi tau mak bapak gua dah sampai.. lepas sapu air liur lebih kurang gua pergi tempat bapak gua ingat nak cium tangan ambik berkat.. sekali tengok bapak gua siap peluk gua cium pipi gua kiri kanan.. tak pernah -pernah bapak gua buat.. otomatik air mata gua berderai.. gua sendiri pun tak tau apa hal..abang sepupu gua bantai gelak dekat gua.. celaka..
apa - apapun gua nak ucap selamat hari bapak kepada semua bapak - bapak.. bakal - bakal bapak.. kecuali bapak - bapak ayam..
kepada bapak gua.. semoga berjumpa lagi di alam lain..
Labels:
bapak gua,
hari bapak
Wednesday, June 16, 2010
apakah?!!..
gua biar skyline meluncur sendiri dia atas jalan raya..badan gua lenguh-lenguh ni la akibatnya tak keluarkan peluh satu bulan..gua singgah masjid kampung gua bila mana teringat gua tak asar lagi.."singgah masjid" gua keluarkan arahan padu dekat skyline.. tak lama kemudian skyline berhenti betul - betul depan pintu pagar masjid..
kelihatan di tangga masjid sekumpulan anak - anak muda sedang duduk berborak ada juga yang hanya mendiamkan diri.. dalam hati gua bertanya ada majlis apa dekat masjid hari ni.. setahu gua ceramah 1malaysia dah sudah minggu,lepas banting pun sudah diturunkan.. apa perangai budak - budak kampung gua berkumpul dekat masjid? selalunya waktu - waktu macam ni semua dah dekat padang tendang - tendang bola..
gua masuk pintu masjid sambil bagi salam dekat anak - anak muda yang sedang berkumpul.. hanya dua tiga anak muda yang menjawab salam gua dengan kuntuman senyuman.. gua meneruskan langkah kearah kolah untuk berwudhu dan menunaikan solat.. usai solat gua bangkit untuk balik kerumah.. gua ternampak faisal tengah bersadar disalah satu tiang didalam masjid menelaah kitab agama.. gua hampiri beliau sambil menghulurkan tangan.. tangan suam disambut mesra..
gua mulakan perbualan ..
" kenapa ramai dekat luar tu?? " sambil melirik mata kearah anak - anak muda yang berada di luar...
" ohh.. tunggu jenazah sampai kot??" balas faisal tenang.. sambil melihat jam di pergelangan tangannya
" haa.. siapa yang meninggal " balas gua sedikit terkejut??
" latip sekeluarga.." balas faisal sambil melipat bucu muka surat 243 sebelum menutupnya..
" latip deraman??? eksiden dekat mana?? " gua cuba mendapat kepastiaan sambil meneka.. hati gua berdebar - debar gua sendiri pun tak tau kenapa..
" aah..latip deraman.. bukan eksiden.. mati kebulur.." balas faisal sambil bingkas bangun dan meletakan kitab diatas tiang masjid..
" mati kebulur??!!!! macam mana boleh jadi macam tu??!! " gua bagi sedas soalan bernada kencang dekat faisal..
" ntah gua pun tak berapa tahu, tapi itu la yang gua dengar " balas faisal tenang sambil terbongkok - bongkok menuyusun sejadah.. meninggalkan gua sorang - sorang bersandar di tiang masjid.
otak kanan gua masih tidak dapat menghadam informasi yang gua terima.. "latip sekeluarga mati kebulur"?? ahhh mustahil..
gua kenal sangat dengan latip tu.. latip ni dulu salah satu ahli skuad sepak takraw negeri gua main sejak sekolah menengah lagi.. lu nak tengok lipat apa?? gulung apa?? semua dia boleh buat.. namun disebabkan kecederaan latip terpaksa mengundurkan diri.. selepas tu latip hanya buat kerja - kerja kampung untuk menampung keluarganya.. walaupun latip hanya buat kerja - kerja kampung gua ingat dia tak ada masalah untuk menanmpung isteri dan dua orang anaknya..
lagi pun latip ni rajin orangnya bukan jenis mengaharap bantuan dari orang lain.. lu campak dia ke laut.. ikan dibawak balik.. campak kehutan.. merasa la daging peladuk atau kijang.. rumah dua tingkat pun dia boleh siapkan.. pendek kata semua kerja dia boleh buat.. macam mana pulak boleh mati kebulur?? akal gua masih kuat tidak dapat menerima..
gua tinggalkan faisal yang sedang menyusun sejadah.. gua bergerak kearah anak - anak muda yang berada diluar masjid.. diluar anak - anak muda sedang rancak bersembang.. dalam kumpulan anak muda itu gua ternampak azmi adik ipar kepada latip duduk kaku tidak bersuara.. mukanya pucat.. seolah - olah terkejut.. gua hanya menghampiri dan mendengar perbualan anak - anak muda tersebut..
gua batalkan niat gua main bola petang itu.. untuk turut serta solat jenazah.. "dah sampai.. " sergah seorang anak muda mebuatkan semua yang berada disitu berdiri dan berhenti berbual.. gua tergamam.. apabila ternampak orang kampung mengusung keranda dari empat arah.. semua munuju ke masjid.. sekali lagi akal logik gua tak dapat menerima kenapa jenazah -jenazah tersebut datang dari empat arah berlainan??? gua abaikan semua persoalan.. suasan ketika itu sungguh hening dan syahdu.. air mata gua hampir - hampir menitis.. namun gua cekalkan hati.. masa arwah bapak gua meninggal dulu pun gua tak nangis.. lepas jenazah arwah bapak gua selamat dikebumikan baru gua nangis sorang - sorang dalam bilik.. itu pun sebab mengenangkan benda - benda yang gua tak sempat nak buat dengan bapak gua.. tiba - tiba gua berada didalam kelas masa gua mengaji ijazah dahulu..
...
...
...
...
amacam gampang tak mimpi gua??
Monday, June 14, 2010
piala dunia II..
gua dah nampak dah.. maradona ajak gua naik podium sekali julang piala dunia tahun ni..gua setat sokong argentina/tengok piala dunia masa 1994 main dekat USA.. masa tu gua dah setat pandai tidur lewat.. tu yang otak gua ada tak elok sikit kalau tak kurang - kurang belakang nama gua dah ada MD.. kalau tak pun depan nama gua dah ada IR.. masa tu bush masih memeritah lagi.. sadam hussein pun hidup lagi.. hero gua dalam argentina punya team ni sapa lagi tak lain dan tak kalaiu bukan maradona la.. tapi tahun 1994 maradona lagi suka main dadah dari main bola.. tahun ni lasngsung tak boleh main worldcup tak main langsung.. gua cuba semat dalam hati untuk minat dekat gabriel batistuta.. dia punya pukul pun boleh tahan jugak..
tahun 1994 ni tahun brazil dorang menang lawan dengan italy masa final, penalty. Dunga dengan romario punya gembira tahap naga menyerang dari ladang.. gua ingat lagi romario selebret dia punya gol gaya dodoi anak.. celaka.. argentina tahun 1994?? lagi celaka group stage dah out.. 3 team ada 6 mata.. argentina kalah jaringan.. gua tak berapa berkenan dengan team maradona pilih tahun ni.. dua hari tiga malam jugak gua bertekak dengan maradona aritu pasal tak masukkan cambiasso dengan riquelme untuk skuad piala dunia tahun ni..
tahun gua tengok baru jerman sahaja yang bermula dengan garang.. tapi macam biasa la yang garang awal-awal biasanya pancit hujung - hujung tournament.. semua team bermain selamat.. main ala-ala kadar..apa pun gua nak ucap selamat dekat team argentina!!
viva Albicelestes
p/s: kepada awek playsmart yang sokong pasukan dengan lambang ayam.. dah la ayam.. ayam tua pulak .. sabar je la yer..
p/s2: maradona je boleh score gune tangan ye.. jangan nak tiru - tiru..
Labels:
melepaskan batuk di tangga.,
piala dunia
Saturday, June 12, 2010
Thursday, June 3, 2010
june - tahun ni laju macam speed boat
gua duduk atas kerusi malas dagu lekat dekat dada kaki atas kabinet tv sambil picit-picit remote. nama pun kerusi malas kena la malas malas..
gua tekan butang (+).. sampai satu rangkaian mengudarakan rancangan sitkonm senario..
masa kecik - kecik dulu selain pi mai pi mai tang tu senario merupakan sitkom tak boleh miss gua.. guling -guling gua kena geletek oleh lawak dorang..
tapi semalam gua tengok senario gua tak ketawa barang seharkat.. lawak dorang dah kurang kick ke.. gua dah cerdik sikit.. gua pun tak berapa nak periksa.. patut la bapak gua lagi suka periksa buku budak sekolah dekat meja bulat dari tengok senario dulu..
gua lama tak menulis gua pegi menuai.. ni pun tak abis tuai lagi.. gua nak sambung balik.. takut lu orang tak cukup bekalan nasik sampai ujung tahun..
Tuesday, May 25, 2010
hilang lagi!!
tepat pukul 4:59:55. gua kemas kemas laptop.. gua duduk lama lama bukan ada tambah gaji..gua hayun laju kaki melangkah.. sampai parking gua bagi salam dekat skyline.. skyline balas titt.. titttt.. gua geleng kepala..
badan gua dah penat penat.. banyak jugak kerja gua siapkan arini.. dapat la gua menjawab dekat boss gua besok kalau kalau dia tanya gua buat apa semalam.. gua senyum.. gua tarik senyum gua balik simpan dalam poket sebab gua baru teringat gua ada kelas malam ni.. gua pandu skyline ke tempat gua belajar.. sampai kelajuan 60 km/j gua tekan butang panduautomatik..gua tambah darjah lengkungan kerusi gua.. sambil curi curi pejam mata..
sampai tempat gua belajar skyline berhenti bawah pokok besar.. ni la salah satu sebab gua sayang skyline ya amat.. dia dapat rasa apa yang gua rasa.. gua tak buang masa turunkan kerusi bagi melintang.. gua pejam mata sambil gua biar skyline buai gua dengan lagu lagu seleksi.. gua ingat nak tidur kejap sambil sambil tunggu maghrib..
gua terjaga bila dengan laungan azan dari masjid.. gua bangkit dalam kadar segera takut iblis himpit gua. gua kesat kesat mata.. tapi tiada apa yang boleh dikesat.. gua dengar dengar orang cakap tidur takda taik mata tak sihat.. betul ka??
gua celok tangan dalam poket.. takda.. hati gua dah tak sedap.. gua capai beg laptop guagua selongkar bagi puas hati.. hati gua bertambah tambah tak sedap.. sambil dalam hati gua dah maki maki.. gua ingat itu jam iblis dah sorak sorak untuk gua suruh maki maki lagi..
"takkan talipon bimbit hilang lagi" dengus hati gua.. ni talipon bimbit pejabat pulak.. dalam kepala gua tak rasa sangat la gaji gua bulan ni.. sebab kena bayar balik talipon yang gua hilangkan.. gua tarik napas dalam dalam.. skyline yang hampir hampir terlelap terjaga.. gua tak cakap banyak gua pecut patah balik pegi opis kali ni gua tak bagi autodriveskyline bukan boleh kalau laju laju.. cepat gugup..
dalam perjalan gua doa doa masih ada orang dekat opis.. dan takda orang yang termasuk dalam poket dia orang..tapi gua rasa lagi nbanyak gua maki maki dari doa doa.. dengan jalan jam.. abang baju putih berdiri tengah jalan suruh berhenti pun gua jalan jugak.. sori abang baju putih lain kali gua tak buat lagi..
sampai dekat opis gua parking skyline bagi seret tayar.. gua capai beg laptop letak bawah.. takut-takut laptop pulak yang hilang lagi gua haru.. dalam gelap gelap senja gua nampak benda bercahaya dekat lantai kereta gua..
bangsat.. gua hentak lantai skyline bertalu talu..
skyline bersuara.. mana gua tau lu carik apa...
badan gua dah penat penat.. banyak jugak kerja gua siapkan arini.. dapat la gua menjawab dekat boss gua besok kalau kalau dia tanya gua buat apa semalam.. gua senyum.. gua tarik senyum gua balik simpan dalam poket sebab gua baru teringat gua ada kelas malam ni.. gua pandu skyline ke tempat gua belajar.. sampai kelajuan 60 km/j gua tekan butang panduautomatik..gua tambah darjah lengkungan kerusi gua.. sambil curi curi pejam mata..
sampai tempat gua belajar skyline berhenti bawah pokok besar.. ni la salah satu sebab gua sayang skyline ya amat.. dia dapat rasa apa yang gua rasa.. gua tak buang masa turunkan kerusi bagi melintang.. gua pejam mata sambil gua biar skyline buai gua dengan lagu lagu seleksi.. gua ingat nak tidur kejap sambil sambil tunggu maghrib..
gua terjaga bila dengan laungan azan dari masjid.. gua bangkit dalam kadar segera takut iblis himpit gua. gua kesat kesat mata.. tapi tiada apa yang boleh dikesat.. gua dengar dengar orang cakap tidur takda taik mata tak sihat.. betul ka??
gua celok tangan dalam poket.. takda.. hati gua dah tak sedap.. gua capai beg laptop guagua selongkar bagi puas hati.. hati gua bertambah tambah tak sedap.. sambil dalam hati gua dah maki maki.. gua ingat itu jam iblis dah sorak sorak untuk gua suruh maki maki lagi..
"takkan talipon bimbit hilang lagi" dengus hati gua.. ni talipon bimbit pejabat pulak.. dalam kepala gua tak rasa sangat la gaji gua bulan ni.. sebab kena bayar balik talipon yang gua hilangkan.. gua tarik napas dalam dalam.. skyline yang hampir hampir terlelap terjaga.. gua tak cakap banyak gua pecut patah balik pegi opis kali ni gua tak bagi autodriveskyline bukan boleh kalau laju laju.. cepat gugup..
dalam perjalan gua doa doa masih ada orang dekat opis.. dan takda orang yang termasuk dalam poket dia orang..tapi gua rasa lagi nbanyak gua maki maki dari doa doa.. dengan jalan jam.. abang baju putih berdiri tengah jalan suruh berhenti pun gua jalan jugak.. sori abang baju putih lain kali gua tak buat lagi..
sampai dekat opis gua parking skyline bagi seret tayar.. gua capai beg laptop letak bawah.. takut-takut laptop pulak yang hilang lagi gua haru.. dalam gelap gelap senja gua nampak benda bercahaya dekat lantai kereta gua..
bangsat.. gua hentak lantai skyline bertalu talu..
skyline bersuara.. mana gua tau lu carik apa...
Labels:
kelas malam,
skyline
Thursday, May 20, 2010
brader pengawal..
dua minggu lepas..
macam biasa lebih kurang pukul 11 gua gerak pegi seken opis gua.. gua ingat gua tak payah nak cerita la macam mana perjalanan gua pegi seken opis gua.. macam mana makwe kereta sebelah ngorat gua masa tengah berhenti dekat lampu isyarat sementara tunggu lampu hijau.. tu la gua malas nak turunkan cermin masa memandu.. dah la gua tak berapa nak in sangat ekon-ekon ni.. lagipun lu orang bukan ada masa lapang sangat nak baca entri gua panjang panjang kecuali budak sains sukan dekat daerah yan kalau gua tak silap(yan kat mana??).. gua tak tau pulak budak sains sukan pandai bukak internet..
sampai dekat seken opis gua biasanya gua akan ajak pakgad (razif bukan nama sebenar) dekat seken opis gua tu layan sepam dua rokok sebelum buat kerja sambil sembang-sembang gossip opis.. komplen-komplen customer sebab biasa hal hal macam ni dia yang kena dulu.. lu orang tanya orang-orang yang duduk dalam bilik ekon kat dalam opis tu.. gua gerenti haram dorang tak tau apa..
macam biasa gua tendang pintu opis sampai terbuka.. gua tak nampak kelibat razif.. yang ada kat dalam bilik tu sorang brader rambut rebonding, kaca mata hitam, badan lebar satu setengah keping kertas saiz A4.. baju kaler biru dengan lencana 'SELAT TERBAU' gua syak nama syarikat keselamatan dia.. takkan nama dia pulak kan..
razif mana?? gua ajukan soalan pendek dekat brader tu tadi..
brader tu terkebil-kebil tengok dekat gua..
hampir gua nak gulung lengan baju brader dekat kaunter sampuk..
kontrak kampeni razif dah habis.. ni pengawal keselamatan baru..
gua berlalu sambil jeling guna ekor mata dekat pengawal keselamatan baru tu..
gua duduk dekat meja gua sambil silang kaki sambil tangan menaip laju.. lagi laju dari asdasda buat coding untuk web rangkaian sosial dua tiga tahun dahulu.. tak lama lepas tu gua didatangi pengawal keselamatan tadi.. tanpa dijemput dia duduk kerusi depan meja gua..
boleh tahan samseng brader ni.. bisik hati gua.. sambil tangan gua meraba-raba mencari pembuka surat..
dia memperkenalkan diri..
nama gua shamsul.. gua baru start kerja arini.. sambil betulkan kedudukan
ok.. gua balas pendek.. sambil gemgam kemas pembuka surat..
lepas tu brader tu beredar.. mungkin dia perasan gua tengah sibuk kot masa tu..
bila brader tu dah blah .. gua mengomel sendirian.. macam mana syarikat-syarikat pegawal keselamatan ni amik pekerja.. nama perkerjaan pun dah ada keselamatan.. macam mana orang-orang dekat opis ni nak rasa selamat.. kalau brader tadi tu makan dua pinggan pun pinggang dia boleh naik 26 je kot..
amik perkerja tangkap muat.. main-main.. bentak gua lagi..
semalam...
lepas gua bubuh komen dekat gambar member gua yang baru bertunang naik kompressor.. perut gua rasa tak sedap mintak makan.. gua berdiri dari kerusi ajaib gua.. gua pegi kaunter.. lenggang.. takda siapa datang bayar bil.. gua mintak izin dengan akak solid anak tiga kidnap brader kaunter teman gua makan..
gua tengok brader pengawal keselamatan tengah duduk silang kaki.. gua bagi signal guna tangan ajak makan.. brader pengawal keselamatan alih pandangan dekat akak solid anak tiga.. akak solid anak tiga angguk kepala dua kali tanda bagi kebenaran.. gua makan lebih tak kurang.. brader kaunter rancak bercerita sambil makan.. sekali-sekala disampuk oleh brader pengawal keselamatan.. gua hanya mendengar.. mak gua pesan tak elok bercakap sambil makan.. sebenarnya gua susun soalan-soalan untuk raging brader pengawal baru ni.. salah satunya macam mana lu boleh jadi pengawal keselamatan dengan badan lu yang sekeping ni.. pikir gua sambil tersenyum..
dah abis makan.. gua nyalakan rokok sebatang.. tiba - tiba brader pengawal keselamatan ajukan soalan dekat gua..
brader pengawal: "lu tinggal mana bro??"
gua sebut nama wilayah jajahan gua..
brader pengawal: "belah mana??" sambil pau rokok gua atas meja..
boleh tahan samseng brader ni..
gua sebut nama wilayah taklukan gua lebih spesifik...
brader pengawal: "gua duduk sebelah kampung lu.. lu anak sapa bro??"
gua sebut nama bapak gua dengan tegas..
pung.. pang.. pung.. pang.. skali tengok brader pegawal ada bau-bau bacang gua..
BANGSAT.. patut la samseng boleh tahan..
Friday, May 14, 2010
en. thomas
Dua tiga hari lepas gua pegi kerja gua dengar bising-bising dalam radio.. dj radio tu tengah bising-bising pasal malaysia kalah dengan jepun piala thomas.. gua sendiri pun takda tengok game tu live.. gua ada urusan penting .. yang gua sempat tengok dekat astro arena pemain no 20 dunia kalah dengan pemain no 200 dunia..secara matematiknya gua ingat gua tak payah bagitau lu orang siapa yang patut menang.. gua tengok pemain no 200 tu punya hepi sampai melulut dengan gengam penumbuk bila dapat game point. gua syak maharaja jepun janji nak bagi satu biji pulau di jepun kot dekat pemain mana yang menang.. lepas tu gua dengar-dengar ada player malaysia pulak nak serang penonton sebab kena booooo.. dengan isyarat tangan yang menyakitkan hati?? hati lu.. abis tu lu orang main macam sampah penyokong tak sakit hati?? macam mana nak kira?? jenis masuk gelanggang tak baca bismillah.. tu pun gua dengar dekat radio je la korang main macam sampah.. gua sendiri pun tak tengok..
masa jumpa denmark aritu gua sempat tengok dari seken bergu.. gua balik lambat ada kelas.. dari game pertama lagi gua dah syak mesti kalah pun.. nasib baik anak pak ashim perform nais malam tu.. tak jadi nak maki..
malam ni malaysia nak lawan china pula.. gua rasa malaysia tak boleh menang tapi gua nak sokong malaysia jugak.. dengan itu gua declare kelas malam ni gua nak tuang lagi.. hohoho.. sori ms.rachel gua bukan saja-saja tak nak datang.. maruah negara ni.. heee..
masa jumpa denmark aritu gua sempat tengok dari seken bergu.. gua balik lambat ada kelas.. dari game pertama lagi gua dah syak mesti kalah pun.. nasib baik anak pak ashim perform nais malam tu.. tak jadi nak maki..
malam ni malaysia nak lawan china pula.. gua rasa malaysia tak boleh menang tapi gua nak sokong malaysia jugak.. dengan itu gua declare kelas malam ni gua nak tuang lagi.. hohoho.. sori ms.rachel gua bukan saja-saja tak nak datang.. maruah negara ni.. heee..
Monday, May 10, 2010
kursus..
pagi tadi macam biasa gua datang opis hu-ha-hu-ha depan boss gua kejap.. tapi gua memang banyak kerja pun.. gua nak niat hu-ha-hu-ha pun tak sempat.. nak turun minum pagi sambil bahas isu muka depan newspaper pun tak sempat.. nak pegang newspaper jauh sekali.. bila gua rasa badan dah keras-keras, bibir dah kering.. gua bungkus laptop gua siap-siap nak pegi seken opis gua.. sebelum keluar opis gua sempat gurau-gurau manja dengan akak receptionist dengan harapan attendance gua esok dia bagi hijau kalau gua datang lambat. gua cepat-cepat beredar bila perasan boss HR dah setat jeling- jeling kat gua..
gua masuk skyline.. gua syak PRU akan datang gua ingat nak minta besarkan jalan raya gua tengok tempat gua sekarang dah boleh tahan ramai kereta.. jam pun kadang-kadang boleh menguji iman gua yang senipis kulit bawang ni.. gua bawak skyline dalam kelajuan sederhana.. tak sempat nak masuk gear enam pun.. baru nak masuk gear empat dah kena tekan break.. nak masuk gear enam jadah.. sampai seken opis gua.. gua pecut laju-laju pegi tempat gua selalu park skyline.. dah agak dah mesti ada orang amik parking gua nasib baik la ada orang kat dalam kereta tu kalu tak percuma kena sisip nota ugutan bunuh dekat wiper.. gua bagi signal sambil ketik lampu tinggi dua kali dalam masa satu saat.. brader tu tak perasan jugak.. gua tekan hon panjang-panjang sambil buat muka ketat-ketat.. baru brader tu perasan kelam kalibut reversekan keta dia.. brader tu beredar sambil senyum dan angkat tangan yang membawa maksud "mintak maap gua tumpang parking lu" kot.. gua balas senyum dengan muka ketat-ketat.. gua masuk parking sambil break bunyi tayar..
gua capai laptop dekat seat belakang.. gua keluar skyline sambil pesan suruh jaga diri elok-elok.. gua bergerak ke opis seken gua.. beg laptop sangkut bahu kanan.. tangan kiri masuk poket.. dada bagi naik.. jalan pun kena ada skill.. mana boleh sembarangan.. opis seken gua ni sekali dengan jabatan-jabatan gomen banyka jugak la makhluk-makhluk sarungkan baju kilat-kilat setiap ari khamis.. yang ni pun sampai sekarang gua tak tau siapa punya idea pakai baju kilat-kilat ni.. dalam perjalanan gua nak pegi opis di kejauhan gua nampak seorang brader tengah usha-usha gua.. gaya lagak macam kaki pukul.. rambut pacak-pacak, kulit tebal-tebal, badan sedap-sedap.. hati gua dah debar-debar tangan kiri dalam kocek gua dah gemgam jadi penumbuk.. langkah berjaga-jaga mana tau brader tu nak serang gua.. brader bergerak kearah gua.. gua tambah gugup.. takkan gua pakai semat-semat macam ni nak bertumbuk.. takkan gua nak patah balik pulak.. gua gagahkan langkah gua jugak terus kedepan.. brader tu semakin hampir dengan gua.. ada dalam satu meter jarak gua dengan brader tu.. brader tu bersuara setelah usha gua dari jauh.. "bang.. tumpang tanya kursus kawin dekat mana"..
fuhhhh.. "owh.. dekat atas" gua balas pendek sambil perati sorang awek tengah senyum-senyum sweet dekat gua tak jauh dari situ.. "terima kasih bang"
gua teruskan langkah gua masuk ke opis.. awek brader tadi tak berhenti-henti jeling gua..
p/s: kepada brader tadi, sori banyak-banyak gua pun tak tau kat mana tempat kursus kawin tu gua harap lu jumpa.. lu buat gua nebes dengan lagak lu macam kaki pukul.. nasib baik awek lu sweet.. gua doakan lu orang jumpa tempat kursus tu.. apa gila gua tau tempat kursus kat mana gua sendiri pun tak pegi lagi
p/s2: kepada cik playsmart.. kite bile nak pegi kursus ni?? hikhik..
Sunday, May 9, 2010
Congratulations M.U!!!!
gua dah syak dah dari awal season.. MU boleh dapat jadi champion lagi season ni.. MU ada rudeboy rooney dah cukup.. best player of the year kot.. sapa cakap takda ronaldo kaki bersilang tak bolih menang EPL???.. bagi gua ada player macam giggs dengan scholes dah cukup kot.. pengalaman tu penting mat.. lagi satu gua saspek pak alex ada buat kerjasama dengan bomoh siam.. tu yang liat amat nak kalah..
apa-apa gua nak ucapkan taniah dekat team setan merah..
selamat ber666 dengan piala yang baru dimenangi
GG M.U!!!
Tuesday, May 4, 2010
Fara..
16 jam sebelum perlawanan
fara: hello..
gua : lu tengah buat apa?? (gua tanya tak tunggu lampu hijau bukan wajib bagi salam pun)
fara: tengah gosok tie merah gua..
gua : hais lu ni tak abis-abis.. lu ni cuba ikut macam wan jamak.. pakai tracksuit dengan tshirt jer..
(fara tak balas.. gua syak dia makan hati.. gua tambah soalan gua..)
gua : match malam ni macam mana?
fara: macam mana apa?
gua : tu la lu.. macam mana nak dapat manager of the year.. line up la.. line up...
fara: ooo.. macam biasa la..
gua : details plis..
fara: gua ingat nak bagi torres main jugak malam ni mana tau boleh score dalam 5-6 goal..
gua : takyah gua nak pakai torres dengan aquilini malam ni.. gua nak bawak jumpa Datuk K.. nak deal dengan dia jadikan budak dua ekor tu duta produk simply siti..
fara: abis tu lu nak gua simpan siapa kat atas malam ni??
gua : lu simpan la ngog ke.. elzhar ke.. mane tau ada score boleh jual mahal sikit season depan.. yang lain tu lu pepandai ler..
gua : tapi ingat malam ni amik kalah tau..
fara: eh apasal pulak?? taknak ambik top 4 ke season ni?
gua : jangan nak mengada.. tak payah..
fara: ok (balas fara lemah)
gua send email dekat torres dengan aqualini..
"malam ni ikut gua jumpa dato k dengan datuk siti"
torres balas..
"pukul brapa?? nak pakai apa??"
aquilini balas..
"yey.. okies.. xoxo"
6 jam sebelum perlawanan..
"kensel malam ni.. datuk siti kena buat show dekat AIM"
torres balas..
"alaaaa.. u ni penat i set rambut tau.."
aquilini balas..
":'("
2 jam sebelum perlawanan..
gua email fara pulak..
"line up"
fara balas..
"???"
gua balas balik..
"gampang!! line up malam ni la.."
fara balas..
"Reina, Kyrgiakos, Carragher, Agger, Ayala , Maxi , Gerrard, Mascherano, Lucas, Benayoun , Kuyt."
gua balas..
"lu sayang sangat dengan ayala tu pasal apa??.. adik bini lu ke?? gua tak jadi pakai aquilini malam ni.. bagi dia main.. dia da rehat lama sangat.."
1 jam sebelum perlawan..
gua email fara cc jirad n rina..
"amik kalah, pelantar minyak sorang dapat satu!!"
sorang pun takda reply.. hati gua pulak bedebar.. takut-takut dorang tak baca email gua..
minit 33 perlawanan
the Drog score.. gua senyum..
jarang-jarang gua senyum kalau the Drog yang score sebab dia buat muka lansi lepas score paling champion..
minit 54 perlawanan
super frank plak score..
gua dah tengok match sambil silang kaki..
minit 70 perlawanan
gua email fara
"lu keluarkan budak aquilini tu.. main tak putus napas karang tak pasal-pasal menang plak nanti"
minit 93 perlawanan
Alan Wiley tiup wisel penamat gua pun dah boleh tarik napas lega..
gua tutup tivi.. tarik comforter.. apa gila gua nak tengok match MU.. BUANG MASA!!!
sambil gua layan - layan mata.. talipon bimbit gua berbunyi email masuk..
"good job!
regards,
Roman Abramovich."
Thursday, April 29, 2010
tali besen
gua baring-baring atas sofa sambil picit-picit remote usha racangan best.. gua ingat lepas ni gua nak gua nak pasang parabola kat laman rumah sebab tak banyak banyak pilihan sangat.. gua tertarik dengan satu rancangan bertajuk "apabila musang berjanggut" gua tekan ok.. tengah iklan pulak.. boleh tahan kreatif jugak pegarah-pegarah kat malaysia ni pandai pilih tajuk sampai orang yang macam gua pun boleh tertarik.. dalam kepala gua mesti cerita ni kelakar macam cerita musang berjanggut p.ramlee main.. iklan-iklan sekarang ni pun gua tengok macam gampang, tukang main iklan semua nak pakai yang cantik-cantik dan ensem-ensem macam gua.. tak pandai langsung nak jaga hati orang yang tak berapa nak cantik.. gua masih ingat lagi iklan Nespray masa gua kecik-kecik dulu dia punya pemain budak pompuan dengan budak lelaki boroi pakai baju taris-taris hijau putih dan cermin mata bingkai besar.. gua ingat gambar tu amik tepi padang bola jer kot dah bolih nampak macam dekat ladang tenusu new zealand.. gua tekan cenel 103 gua igt time-time macam ni berita karut tengah tayang pasal sukan.. tu jer yang boleh percaya gua rasa..
ahhhhhhhhhhhhhhh... bangsat bukan gua nak tgk cerita "apabila musang berjanggut" ke tadi???.. iklan lama yaaaaa amat!! gua campak remote atas meja nak baling kat tv mak gua ada tengah tengok sekali.. gua bingkas bangun.. hilang mood gua nak menonton..
Saturday, April 24, 2010
Masjid??..
masa sekolah rendah dahulu gua belajar dekat sekolah luar dari kampung gua.. jadi gua tak ramai sangat kawan lagi.. hutan-hutan kat kampung gua pun gua tak abis khatam lagi.. selalunya kalau musim cuti sekolah gua mesti fullblast pusing-pusing kampung.. gua akan buat aktiviti-aktiviti balik kampung, walaupun selama ni memang gua duduk kat kampung tu jer.. macam-macam aktiviti gua buat..keluar pagi balik sebelum maghrib..balik selpas maghrib ada chance kena reket badminton dengan bapak gua.. makan tenghari tak payah risau.. banyak buah bolih carik.. burung bolih lastik.. pekena telur belangkas pun sedap boleh layan kepala .. kalau gua tanya budak-budak sekarang mesti dorang tak pernah buat.. tak payah tanya jenis-jenis burung.. gua tanya tau apa itu belangkas pun gua berani jamin budak-budak zaman sekarang ni tak tau.. gua ada dua orang klik jamil dengan sam(dua-dua bukan nama sebenar).. memang ktorang slalu buat aktiviti-aktivi jantan bersama..
macam-macam benda ktorang buat.. kekadang pergi lastik burung dekat reban pak jakub .. lepas tu tangkap bawak masuk dalam hutan sembelih.. sekarang bila gua pikir-pikir balik gua ingat rukun penyembelihan ktorang pass.. tang syarat sah penyembelihan tu yang gua rasa ada barai sikit.. kekadang ktorang jadi pegawai pemeriksa kualiti makanan untuk kebun tembikai ahsiong.. itu jam gua ingat hati banyak senang.. muka ada senyum.. takda apa yang nak dirisaukan macam sekarang.. waktu petang masa cuti sekolah jugak budak-budak ramai kumpul dekat taman permainan kampung gua.. masa ni la nak tunjuk terer dekat budak-budak pompuan yang tgh main kawen-kawen.. buai laju-laju pastu.. pop... lompat.. itu jam siapa lompat paling dia punya hieraki paling tinggi dalam taman permainan tu..
Tapi gua, jamil dengan sam tak kesah sangat tentang hieraki ni semua.. sebab ktorang ada master plan untuk aktiviti ktorang petang tu.. apa kelas main buai dan lompat.. macam budak-budak!! sedang gua dengan jamil perhati sorang kutu tengah buai, lompat dan summersault. sam bagi signal sambil memuncungkan bibir kearah pak mad dan jemaah lain yang baru keluar dari masjid.. kami beraksi seperti budak - budak lain yang tengah beronok main..pak mad ni bilal kampung gua.. orangnya baik.. selalu jemaah kat masjid.. yang gua hairan imam kampung gua yang susah nak nampak.. takkan hari-hari ada orang nak nikah kot.. bilamana pak mad dan jemaah lain hilang dari pandangan mata.. gua, sam dan jamil mengatur langkah memasuki kawasan masjid.. darah gua mula mengalir laju keluar masuk jantung gua.. napas gua turun naik.. dia punya ghairah lain macam sikit.. master plan ktorang petang tu ialah nak lepak-lepak kat atas masjid.. ktorang berlari-lari anak ke pintu menara masjid kampung gua.. berkunci!!.. ahh.. bukan jadi masalah.. tanpa perlu arahan sam berlari ke tempat amik wudhu..tak sampai seminit sam dah bukak pintu dari dalam.. ktorang dulu memang kalau buat kerja mesti sungguh-sungguh.. buat sampai menjadi.. tak macam budak-budak sekarang takda pembaris pun bolih jadi alasan tak buat kerja sekolah buat gua rasa nak lempang sampai makan nasik guna tiub.. nasib baik anak orang..
ktorang mula memanjat tangga berputar masjid kampung gua.. makin tinggi dari paras laut makin naik sheikh jadinya.. sampai kat atas masjid dia punya perasaan macam orang dewasa.. rasa bebas!!.. kat atas masjid tu ktorang main kejar-kejar, makan buah mangga.. main semunyik-semunyik.. pergh.. waktu rasa macam dah melancung dekat negeri arab.. "woi.. korang buat apa kat atas tu.." jerit makcik rosmah dari rumahnya yang terletak dsebelah masjid apabila nampak kelibat kami bertiga.. cepat-cepat kami semunyik sambil gelak-gelak besar.. ktorang sambung main kejar-kejar lagi.. agak-agak dah penat.. ktorang pun berhenti.. seterusnya ialah acara kemuncank!! panjat sampai puncak menara.. ktorang bertiga berlari memanjat menara masjid.. makin tinggi makin laju kami berlari.. sampai diatas.. pehhh.. menara masjid kampung gua tinggi 75meter bila dah sampai kat puncak menara boleh namapak satu kampung dan perasan tinggi diri menjadi-jadi.. kami menjerit-jerit sambil melambai-lambai kutu -kutu yang tengah main dekat taman permainan.. nampak jelas dari raut wajah mereka perasaan dengki dah ingin berada di tempat kami berada sekarang.. perasaan takbur menjadi-jadi..
Namun kegembiraan kami tidak kekal lama apabila ternampak kelibat kereta pontiac GTO kaler oren milik bapak gua.. kami sembunyik di belakang menara.. dibelakang menara.. dengan harapan bapak gua tak nampak kami..gua berdoa bapak gua dalam perjalan ke pekan nak belikan gua dindang tak pun dia pegi kebun buah dia.. namun doa gua tidak dijawab.. kedengaran derauan enjin kereta bapak gua dimatikan depan pintu masjid.. gua cuba curi-curi tengok dekat bawah.. waktu tu gua rasa jatung gua dah jatuh ketanah.. mana taknya masa gua curi-curi tengok bapak gua tengah berdiri isap rokok luar kereta sambil pandang ke atas tepat ke mata gua.. gua punya takut bukan main.. gua ada terniat nak terjun jer terus dari atas menara tu dari mengadap bapak gua..tanpa diberi arahan gua turun mengadap bapak gua kat bawah.. jamil dengan sam pun ikut sekali.. sesampai di bawah gua mengadap bapak gua.. gua buat muka tak bersalah dan secomel mungkin.. bapak gua menjentik rokok virginia gold yang baru terbakar separuh.. PANG!!!!.. gua tertiarap di atas tar.. gua toleh belakang gua tengok sam dan jamil dah lari bertempiaran.. mata gua berkaca.. sakit bukan main.. gua pun berlari sambil menangis tanda protes.. tapi gua lari-lari pun gua lari balik rumah.. masa tu tak terpikir pula nak lari sampai ke australia.. nak pegi pekan sorang-sorang pun tak lepas.. dari kejauhan ternampak makcik rosmah senyum nipis dari atas beranda rumahnya.. gua syak dia la yang pegi repot dekat bapak gua.. sampai kat rumah tagisan gua makin kuat tadi gua kaver-kaver lagi.. mak gua tanya kenapa menangis pun gua tak sempat nak jawab dia punya sakit sampai ke hati.. gua masuk dalam bilik kunci pintu sebagai langkah keselamatan takut kena belasah dengan reket badminton pula.. gua pun tak tau berapa la gua menangis.. yang gua tau gua menangis sampai tetido..
keesokan pagi disebabkan tak makan malam.. gua breakfast dengan bapak gua.. bapak gua bersuara "jangan buat lagi" gua balas.. "emmmm".. gua makan laju-laju.. raya tahun berikutnya gua sempat mintak ampun dengan bapak gua.. sebab lepas kejadian tu gua ada naik atas masjid lagi.. hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)