Pages

Tuesday, September 7, 2010

1994 part 2

ismail ghaib bukan dilarikan oleh orang bunian.. bukan jugak dilarikan oleh jin.. mana ada jin bulan-bulan puasa ni.. sebenarnya ismail sudah berada di luar masjid.. sesudah dia menyarungkan seliparnya.. ismail dengan lincah berlari ke destinasi seterusnya.. destinasi yang merupakan titik tolak kepada kejayaan misinya untuk malam ni.. kelihatan ismail berlari-lari anak kearah kedai runcit pakcik salam.. ditangannya digenggam kemas botol kaca bekas kordial sun valley yang diletaknya tepi pintu masjid siang tadi..

sesampai di kedai runcit pakcik salam.. kelihatan hanya makcik munah isteri pakcik salam ada disitu.. kelibat pakcik salam langsung tidak kelihatan.. tiada pulak ismail ternampak pakcik salam di masjid tadi.. tapi ismail tidak mau ambik pusing itu semua.. dia tidak mahu tahu pakcik salam kemana atau pakcik salam sedang buat apa.. ismail menghampiri makcik munah..

"50sen.." pendek dari ismail kepada makcik munah sambil menghulurkan botol kaca ditangannya..
makcik munah menyambut botol tersebut dan pergi ke belakang kedai.. selang seminit makcik munah keluar dengan botol kaca yang tadinya kosong kini berisi.. ismail segera mengeluarkan not seringgit dari celah songkoknya.. baki duit 50sen ditukar dengan aiskrim kacang dengan beberapa biji coklat koko jelly.. terima kasih makcik ucap ismail dengan kaki sudah mula melangkah..

sementara itu dirumah kamil, kamil sedang gusar menanti kehadiran ismail.. usai berbuka tadi lagi dia sudah menunggu ismail di beranda rumahnya.. kamil yang tadinya duduk kini berdiri apabila ternampak kelibat ismail diperkarangan rumahnya..

"ada??" soal kamil pendek kepada ismail??
ismail menjawab dengan mengangkat botol kaca berisi munyak kerosene ditangannya dan ais kacang diketip kemas dimulutnya..
"jom" pelawa kamil pantas sambil berlari ke belakang rumah kamil..

kamil bergegas mengeluarkan sebatang buluh sepanjang 5 kaki dan sebesar pahanya.. dari reban ayam ayahnya.. kamil mengangkat bulluh tersebut sambil memuncungkan bibirnya dan dihampirkan ke batang buluh tersebut.. ya.. itulah misi mereka berdua malam ini iaitu bermain meriam buluh.. di kiri kanan bunyi meriam buluh sudah galak kedengatran .. kawasan kejiranan rumah kamil merupakan kawasan panas bagi geng-geng meriam buluh..

kamil meletakkan buluh diatas pancang yang sudah siap-siap dipasang siang tadi.. muncung meriam buluh ditujukan tepat kearah anak-anak jiran kamil yang juga sedang bermain meriam buluh.. minyak kerosene dimasukkan dengan teliti dari muncung buluh.. seterusnya..kamil melakukan ritual pemanasan meriam buluh sekeping surat khabar dibakar dibawah meriam buluh sambil mengoncang buluh tersebut.. kamil berhati-hati meramas buluh tersebut..

"dah boleh kot ni" ujar kamil kepada ismail setelah berpuas hati dengan buluh yang sudah berada pada kepanasan optimum..
ismail hanya mengangguk tanda setuju.. kamil melakukan percubaan pertama.. kamil mencucuh meriam dengan berhati- hati..
plup.. bunyi dari meriam buluh.. kamil segera meniup corong pencucuh untuk mengelurkan asap.. ismail tidak bersuara barang sepatah.. cubaan kedua..

Ktak.. ada sedikit peningkatan disibel dikeluarkan oleh meriam buluh yang dicucuh oleh kamil.. kamil meniup lari corong pencucuh.. kali ini lebih banyak asap yang di keluarkan..

kaboooooooomm.. ismail dan kamil yang tadinya duduk mencangkung terduduk diatas tanah terkejut dengan bunyi meriam mereka.. ismail dan kamil berbalas senyuman..

kaboooooooomm.. bunyi kali ini makin garang.. ismail dan kamil bersorak riang.. jauh disudut hati ismail bersetuju dengan kata-kata pakcik leman.. buluh tersebut memang sedap dibuat meriam buluh.. tidak sia-sia dia dan kamil memanjat dua buah bukit semata-mata untuk mendapatkan buluh tersebut.. giliran ismail pulak bermain meriam buluh..

kaboooooooomm..
kaboooooooomm..
kaboooooooomm..

kamil dan ismail bersorak puas..kelihatan ismail dan kamil sudah naik syeikh seperti dirasuk hantu.. bunyi meriam mereka menengelamkan bunyi-bunyi meriam lain yang sedang aktif waktu itu.. tunggu kejap celah kamil matikan langkah ismail.. kamil berlari kedapan rumahnya.. tidak lama kemudian kamil muncul dengan beberapa tin minuman berkarbonat berjenama sudir.. kamil melatakan tin tersebut di muncung meriam.. OK.. kamil memberi arahan go kepada ismail.. ismail memandang tepat kemata kamil sambil menyoal.. boleh ke ni?? untuk mendapatkan kepastian.. boleh balas kamil yakin.. kalau tak berani biar gua buat.. tambah kamil menduga ismail.. tercabar oleh kamil, ismail kentalkan hati.. berhati-hati ismail mencucuh meriam buluh dengan tangan kanan sambil tangan kirinya menutup sebelah telinganya..

kaboooooooomm..

bunyi meriam sambil tin minuman berkarbonat melayang di udara umpama misil menuju kearah anak-anak jiran kamil.. hoi main kasar ke?? jerit anak-anak jiran kamil apabila tin minuman hampir mengena mereka.. jeritan anak-anak jiran kamil hanya dibalas dengan gelak tawa mereka berdua.. sekali lagi misil tin minuman dilancarkan.. kelihatan anak-anak jiran kamil bersembunyi mengelak misil yang datang.. maka semakin galak la kamil dan ismail ketawa..
kelihat anak-anak jiran kamil cuba membalas.. namun percubaan mereka gagal tin minuman hanya mampu melayang beberapa meter dihadapan mereka..

kentuk mak gua lagi kuat la wei.. jerkah kamil.. diikuti dengan hilai tawa mereka berdua.. ismail dan kamil makin rancak melancarkan misil-misil tin minuman mereka.. dan anak-anak jiran kamil mula bising-bising dan mencarut.. ternyata keliahatn puas dari riak wajah kamil dan ismail.. sedang ismail rancak bermain meriam.. dalam samar kegelapan malam.. tiba-tiba ismail perasan ada objek datang kearahnya.. hanya beberapa inci baru ismail perasan objek tersebut ialah batu sebesar penumbuk.. ismail tidak dapat berbuat apa-apa.. yang dia tahu batu tersebut sudah mengena mulutnya.. ismail terbaring atas tanah.. mulutnya terasa kebas darah mula membasahi baju.. kamil segera mendapatkan ismail..

tahun tersebut.. hari raya bagi ismail tidak bermakna.. baju maui&sons.. jam boy london tapi bibir bengkak ada apa hal??

No comments: