ismail siap-siap menyarung seluar jeans dikenakan dengan baju maui&sons sambil digayakan dihadapan cermin..apa barang sarung baju jenama kiko..ismail senyum nampak gigi susu baru tumbuh.. pakai baju maui&sons baru awek-awek darjah enam pandang.. abang-abang tingkatan pun boleh naik jaki tengok baju ismail.. ismail tarik kerusi dekat dengan almari.. panjat.. ismail capai songkok yang terletak atas almari.. ismail periksa celah songkok.. not seringgit terselit kemas dicelah songkok.. senyuman terukir dibibir ismail.. not seringgit itulah juga merupakan pemangkin kepada misi yang dirancang dengan kamil sejak siang tadi.. ismail meluru lincah kearah pintu rumahnya..
"mak.. mail pergi taraweh dulu ye.." jerit ismail dari muka pintu dengan suara parau budak baru akil baligh..
"awalnya.. taknak tunggu ayah ke??" .. balas ibunya yang sibuk basuh pinggan usai berbuka tadi..
"takpe la.. mail gerak dulu.." balas mail kepada ibunya..
"haa.. ye la.." balas ibunya pula pendek..
ismail menyarung kemas kakinya dengan selipar getah.. ismail berlari ke masjid.. dia tahu sedikit kesilapan boleh mencacatkan misinya dengan kamil malam ini.. tiba-tiba langkah ismail terhenti..
"ahh..macam mana boleh terlupa.." getus hati ismail.. ismail patah balik kerumahnya.. sampai kerumah ismail meluru masuk ke dapur.. ibunya yang ternampak kelibatnya menegur..
"haa.. tadi cakap nak ke masjid??.." soal ibu ismail..
"jam.." balas ismail pendek persoalan ibunya..
ismail melangkah kearah peti sejuk.. dibukanya pintu peti sejuk.. ismail senyum sumbing penuh makna.. jam boy london yang diletakkan dalam peti ais berwarna biru petang tadi kini sudah bertukar menjadi warna hijau.. ismail memasang kemas jam tangan di tangan kirinya.. tanpa membuang mas ismail pecut ke masjid.. sesampai di masjid hanya kelihantan beberapa dua tiga orang baru sampai.. kelibat bilal pun masih belum kelihatan.. ismail merenung berkali-kali jam ditangannya.. kalau diikutkan hati ismail hendak sahaja dia jemput bilal dirumahnya supaya bilal boleh segera melaungkan azan.. tapi ismail tau itu semua mustahil dan mungkin bpleh mencacatkan misinya..
selang sepuluh minit lebih ramai orang-orang kampung hadir ke masjid.. ayah ismail pun sudah datang.. ismail bertegur sapa dengan ayahnya dengan isyarat angkat kening.. kelibat bilal sudah kelihatan.. sewaktu azan isyak dilaungkan.. hati ismail sudah mula berdebar-debar.. sebab dia tahu misinya untuk malam ini semakin hampir.. selesai bilal melaungkan qamat.. ismail memilih saf paling belakang malam tersebut supaya mudah untuk dia melangsungkan misinya.. solat isyak malam tersebut diimamkan oleh anak pakcik sudin yang baru balik dari mesir.. tapi dalam kepala ismail dia siap merancang apa langkah setrusnya yang perlu dilakukan selepas ini.. boleh dikatakn solat isyak ismail malam tersebut barai.. selesai anak pakcik sudin memberi salam terakhir.. ismail terus ghaib..
bersambung...
No comments:
Post a Comment