Pages

Thursday, May 20, 2010

brader pengawal..

dua minggu lepas..

macam biasa lebih kurang pukul 11 gua gerak pegi seken opis gua.. gua ingat gua tak payah nak cerita la macam mana perjalanan gua pegi seken opis gua.. macam mana makwe kereta sebelah ngorat gua masa tengah berhenti dekat lampu isyarat sementara tunggu lampu hijau.. tu la gua malas nak turunkan cermin masa memandu.. dah la gua tak berapa nak in sangat ekon-ekon ni.. lagipun lu orang bukan ada masa lapang sangat nak baca entri gua panjang panjang kecuali budak sains sukan dekat daerah yan kalau gua tak silap(yan kat mana??).. gua tak tau pulak budak sains sukan pandai bukak internet..

sampai dekat seken opis gua biasanya gua akan ajak pakgad (razif bukan nama sebenar) dekat seken opis gua tu layan sepam dua rokok sebelum buat kerja sambil sembang-sembang gossip opis.. komplen-komplen customer sebab biasa hal hal macam ni dia yang kena dulu.. lu orang tanya orang-orang yang duduk dalam bilik ekon kat dalam opis tu.. gua gerenti haram dorang tak tau apa..

macam biasa gua tendang pintu opis sampai terbuka.. gua tak nampak kelibat razif.. yang ada kat dalam bilik tu sorang brader rambut rebonding, kaca mata hitam, badan lebar satu setengah keping kertas saiz A4.. baju kaler biru dengan lencana 'SELAT TERBAU' gua syak nama syarikat keselamatan dia.. takkan nama dia pulak kan..

razif mana?? gua ajukan soalan pendek dekat brader tu tadi..
brader tu terkebil-kebil tengok dekat gua..
hampir gua nak gulung lengan baju brader dekat kaunter sampuk..
kontrak kampeni razif dah habis.. ni pengawal keselamatan baru..
gua berlalu sambil jeling guna ekor mata dekat pengawal keselamatan baru tu..

gua duduk dekat meja gua sambil silang kaki sambil tangan menaip laju.. lagi laju dari asdasda buat coding untuk web rangkaian sosial dua tiga tahun dahulu.. tak lama lepas tu gua didatangi pengawal keselamatan tadi.. tanpa dijemput dia duduk kerusi depan meja gua..

boleh tahan samseng brader ni.. bisik hati gua.. sambil tangan gua meraba-raba mencari pembuka surat..
dia memperkenalkan diri..
nama gua shamsul.. gua baru start kerja arini.. sambil betulkan kedudukan
ok.. gua balas pendek.. sambil gemgam kemas pembuka surat..
lepas tu brader tu beredar.. mungkin dia perasan gua tengah sibuk kot masa tu..

bila brader tu dah blah .. gua mengomel sendirian.. macam mana syarikat-syarikat pegawal keselamatan ni amik pekerja.. nama perkerjaan pun dah ada keselamatan.. macam mana orang-orang dekat opis ni nak rasa selamat.. kalau brader tadi tu makan dua pinggan pun pinggang dia boleh naik 26 je kot..
amik perkerja tangkap muat.. main-main.. bentak gua lagi..





semalam...

lepas gua bubuh komen dekat gambar member gua yang baru bertunang naik kompressor.. perut gua rasa tak sedap mintak makan.. gua berdiri dari kerusi ajaib gua.. gua pegi kaunter.. lenggang.. takda siapa datang bayar bil.. gua mintak izin dengan akak solid anak tiga kidnap brader kaunter teman gua makan..

gua tengok brader pengawal keselamatan tengah duduk silang kaki.. gua bagi signal guna tangan ajak makan.. brader pengawal keselamatan alih pandangan dekat akak solid anak tiga.. akak solid anak tiga angguk kepala dua kali tanda bagi kebenaran.. gua makan lebih tak kurang.. brader kaunter rancak bercerita sambil makan.. sekali-sekala disampuk oleh brader pengawal keselamatan.. gua hanya mendengar.. mak gua pesan tak elok bercakap sambil makan.. sebenarnya gua susun soalan-soalan untuk raging brader pengawal baru ni.. salah satunya macam mana lu boleh jadi pengawal keselamatan dengan badan lu yang sekeping ni.. pikir gua sambil tersenyum..

dah abis makan.. gua nyalakan rokok sebatang.. tiba - tiba brader pengawal keselamatan ajukan soalan dekat gua..

brader pengawal: "lu tinggal mana bro??"

gua sebut nama wilayah jajahan gua..

brader pengawal: "belah mana??" sambil pau rokok gua atas meja..

boleh tahan samseng brader ni..

gua sebut nama wilayah taklukan gua lebih spesifik...

brader pengawal: "gua duduk sebelah kampung lu.. lu anak sapa bro??"

gua sebut nama bapak gua dengan tegas..

pung.. pang.. pung.. pang.. skali tengok brader pegawal ada bau-bau bacang gua..
BANGSAT.. patut la samseng boleh tahan..

No comments: