Pages

Tuesday, July 13, 2010

jubli emas..

petang semalam waktu tengah tunggu nak pergi padang main tendang bola.. macam biasa budak-budak kampung gua lepak-lepak dekat port biasa.. tu pun ada budak-budak plan nak buat aktiviti lain memandangkan hujan pun dah turun manja-manja sama manja macam air dari mulut ustaz gua dulu masa mengajar dekat surau.. gua selalu pakai alasan rabun dekat sebab tak nak duduk dekat - dekat.. sebenarnya gua tak tahan nak tepis.. berkat - berkat jugak tapi bab-bab macam ni gua pun pandai naik geli..


nak dijadikan cerita dekat kampung gua ada sorang makwe.. tapi makwe yang dah jadi mak orang.. gua tau ramai budak-budak kampung gua yang makan hati masa makwe ni naik pelamin.. tapi apakan daya makwe cun memang la laris macam pisang panas.. budak-budak kampung gua nganga mulut je la tengok makwe tu kawin dengan orang luar.. budak-budak kampung gua pun satu.. masa makwe tu belum jadi bini orang budak-budak kampung gua cuma muncung-muncung bibir kuar bunyi cerocot.. bukan ada inisiatif nak mintak nombor talipon ke.. email ke.. kurang-kurang pun pesbuk..


nak dijadikan cerita lagi kebetulan petang tu makwe datang beli dekat kedai berdepan dekat port budak-budak kampung gua lepak.. dari terhidu bau tayar kereta makwe tu lagi mata budak-budak kampung gua dah lekat dekat kereta makwe tu.. tak kurang jugak yang curi-curi pandang.. cukup sekadar bagi laju degupan jatung sekejap..


makwe parking kereta betul-betul depan kedai.. tak sempat kaki kanan makwe cecah tanah dah kedengaran bunyi cerocot dari budak-budak kampung gua.. gua syak makwe tu guna produk Dr rozmey tu yang masih dapat cerorot dari budak-budak kampung gua.. cerorot berhenti bila sosok makwe hilang dari pandangan masuk dalam kedai.. budak-budak kampung sambung sembang-sembang balik..


dalam tujuh minit makwe keluar dari kedai bunyi cerocot bergema kembali.. makwe cuma balas dengan senyum nipis tapi manis.. tapi makwe tak masuk dalam kereta terus.. makwe tunjuk-tunjuk dalam kereta guna jari telunjuk.. ada dua tiga orang budak kampung gua perasan pelakuan makwe.. ada yang dah berdiri.. ada yang pura-pura beli barang dekat kedai lepas tu keluar balik kedai.. gua nampak dari jauh pipi makwe dah merah-merah macam panik..


dua tiga budak kampung gua menghampiri kereta makwe.. rupa-rupanya anak makwe umur dua tahun dah kunci kereta dari dalam.. makwe dari tadi gua tengok tak berhenti-henti tunjuk dalam kereta.. tak lama lepas tu ramai orang berkumpul dekat kereta makwe cuba membantu.. cuaca pula tak membantu hujan panas dah turun.. tapi itu semua tak menghalang budak - budak kampung gua nak membantu.. padahal tadi dah plan tak nak main bola kalau hujan .. gua tau budak -budak kampung gua semua baik - baik.. walaupun hujan sedia membantu.. baju england yang makwe pakai pun dah basah sikit - sikit..


banyak buah pikiran keluar dari kepala budak-budak kampung gua.. waktu tu baru nampak budak-budak kampung gua betul-betul guna otak.. kereta makwe dah macam kereta autoshow.. ramai orang keliling.. macam-macam rupa ada.. anak makwe yang umur 2 tahun bila disuruh tarik lock dia cuma ketawa macam ada orang bawak bergurau.. ada yang cadangkan pecahkan sahaja cermin sambil tunjuk siku.. uncle magic pun bagi idea biar dia tukar jadi asap masuk lalu ekzos keluar dari corong penyaman udara.. tapi dia cakap magic dia tak mujarab waktu siang.. ada yang bagi cadangan ambik kunci spare.. yer kunci spare ada.. satu dekat laki dia yang tengah outstation.. satu lagi dekat rumah.. tapi kunci rumah pun dalam kereta.. memang A.


dalam setengah jam kereta makwe masih tak boleh. tapi makin ramai yang datang membantu.. pipi makwe makin merah.. gua tengok dari jauh pun naik geram.. tak lama lepas tu abang pomen berjaya bukak jugak pintu depan kereta makwe guna pembaris besi satu meter.. makwe punya gembira memang nombor satu.. tapi sempat jugak bagi cubitan dekat paha anaknya.. makwe tak habis-habis ucap terima kasih dekat abang pomen yang berjaya bukak pintu.. abang pomen hanya malu tersipu-sipu.. menerima ucapan terima kasih dari makwe..



petang semalam waktu tengah tunggu nak pergi padang main tendang bola.. macam biasa budak - budak kampung gua lepak - lepak dekat port biasa.. lepas kejadian menolong makwe yang terkuci kereta dari dalam.. budak - budak kampung gua siap -siap nak pergi padang termasuk gua sekali.. gua angkat bontot bergerak ke kereta.. gua seluk poket.. gua intai dalam kereta , kunci kereta tergantung kemas dekat tempat kunci.. gua bagi sumpah seranah secukup rasa..

gua jerit.. "celaka kunci gua tinggal dalam kereta!!"..

budak-budak kampung gua cepat-cepat gerak pergi padang.. takut tak puas keluar peluh..

No comments: