Pages

Friday, August 20, 2010

ahlan wasahlan ya Ramadhan..

sempena bulan ramahan yang mulia ini..
gua nak mintak... eh gua bahasakan diri gua ustaz untuk entry kali ni boleh?? ahhh.. suka hati gua la kan.. eh suka hati ustaz la kan...

ok ustaz mula sekali lagi..

walaupun sudah 11 hari kita memnunaikan ibadat puasa, ustaz rasa belum terlambat untuk ustaz memohon ampun dan maaf kalau ustaz ada tersalah kata.. termaki.. terguris hati.. lagi pun amat digalakan untuk maaf memaafi sesama insan bagi mengukuhkan ukhwah yang sekian lama terbina..
di kesempatan in jugak ustaz nak memohon maaf kepada adik aiman yang berada di shoutbox maafkan ustaz yer lama tak update.. jangan ingat ustaz kena rantai pulak sebab lama tak update.. ustaz pun macam orang lain jugak kena kerja.. lain la kalau kerja ustaz pegawai sukan.. kena pulak bulan ramadhan ni memang takda kerja langsung la.. baiklah , disini ustaz ingin berpesan sedikit.. terutama kepada encik pegawai sukan.. mesti banyak masa lapang bukan??

Dalam bulan ramadhan ini marilah kita bersama-sama menunaikan ibadah puasa dengan sepenuh jiwa, seikhlas hati (adik aiman jangan puasa yang yok yer),
kerana Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah.. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu.. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan.. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.. Semoga pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. isha'Allah..

renung-renungkan dan selamat beramal..




p/s : gua banyak nak cerita ni tapi tak tau macam mana nak start.. adik aiman sabar yer.. kalau lu ada kakak takpa jugak..

No comments: