cerita 1
kamal sedang menunggu bas setelah selesai kerjanya untuk hari ini..sesekali kamal mengesat debu yang terlekat di dahi dengan lengan bajunya sambil mengunyah goreng pisang yang dia beli sebentar tadi dari gerai kak jah yang berniaga di luar kilang tempat beliau berkerja.. satu persatu goreng pisang itu dimasukkan kedalam mulutnya dalam kadar yang agak laju.. mana tidaknya, itulah sajian pertama yang dijamahnya untuk hari ini.. bas yang ditunggu tak kunjung tiba.. dalam kepala kamal sudah terbayang toto yang terbentang di rumah kongsinya.. tidak sabar rasanya untuk berbaring sambil disirami angin dari kipas pensonic yang baru dibelinya bulan lepas dengan duit upah menolong abang zul menjual burger dipasar malam.. dengan harapan dapat mengurangkan lenguh-lenguh dibadannya.. sedar tak sedar licin bungkusan beg kertas yang yang sebelum ini berisi goreng pisang.. dilipat kemas beg kertas tersebut sambil dimasukkan ke dalam beg sandangnya.. sambil menunggu bas yang tidak kunjung tiba fikiran kamal merewang membayangkan dia sedang barada dalam bilik kuliah menimba ilmu demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang arkitek.. kamal dapati dirinya tersenyum sendirian.. tawaran melanjutkan pelajaran ke ipta 2 tahun lalu terpaksa ditolak atas faktor kewangan..
jauh disudut hati kamal rindu akan ibubapa dan adik-adiknya yang berada di kampung.. sihatkah mereka? tengahari tadi mereka makan apa? adik-adik tengah buat apa? persoalan-persoalan itu berlegar-legar di ruang minda kamal.. lebih sayu lagi bila mengenangkan ayahnya yang sedang terlantar dirumah, lumpuh separuh badan lantaran menjadi mangsa langgar lari ketika ayahnya sedang mengayuh ke kebun getah pak kassim tempat ayahnya mengambil upah menoreh getah.. sekarang kamal selaku anak sulung memikul taggungjawab seorang abang dan juga ayah kepada adik beradiknya.. dicekalkan hati untuk menempuh liku-liku kehidpuan untuk memastikan adik beradiknya mendapat pendidikan yang sempurna..
cerita 2
rizal sedang tersangkut di tengah-tengah kesesakan kota raya kuala lumpur.. memeang sudah menjadi adat jalan-jalan di kuala lumpur akan menjadi sesakk waktu-waktu begini.. kereta mewah yang dipandunya acap kali hampir-hampir digesel oleh pembonceng-pembonceng motorsikal yang berduyun-duyun balik kerumah untuk bertemu isteri dan anak-anak setelah seharian keluar mencari rezeki.. rizal hanya mampu membunyikan hon sebagai amaran kepada pembonceng-pembonceng tersebut.."dasar mat rempit.." getus hati rizal.. sudah 5 bulan rizal berada di tanah air setelah hampir tujuh tahun melanjutkan pelajaran di luar negara.. dan kini sedang berkerja dengan syarikat swasta di ibu kota..tiba-tiba handphone rizal berbunyi... diskrin tertera "mama"..
apa pulak yang mak aku nak ni.. bisik hati rizal
rizal:" helo!"
mama :" Assalamualikum.."
rizal: "ha.. waalaikumsalam.."
mama :" rizal dah makan?"
rizal:" rizal baru balik kerja la mana sempat nak makan lagi.. ni mama nak apa call rizal ni?"
mama : "takda apa.. ni abah suruh tanya bila rizal nak mula kerja dengan abah.. abah cakap dia dah tak larat nak uruskan syarikat kita tu.. rizal sorang je la harapan mama dengan abah.."
rizal: "mama ni.. kan dari dulu lagi rizal dah cakap.. rizal nak berusaha sendiri.. rizal tak nak la kerja dengan abah.. ok mama.. rizal tengah driving ni.. "
tutt..tutt..tutt..
kedengaran dihujung talian selepas rizal menutup handphonenya...
p/s: rizal.. gua tau lu taknak bergantung dengan family lu.. yang tu gua respek.. tapi gua sajes baik lu balik keja dengan bapak lu.. gua takut lu jadi batu sekali dengan kereta mewah,kredit kad, dan kondo yang bapak lu bayar tiap-tiap bulan.. lu pegi ngaji jauh-jauh dulu pun gua ingat lu takda dapat apa-apa biasiswa.. lu sejahterakan mak bapak lu pun dah cukup ok..
p/s2:gua paling tak berkenan anak-anak orang kaya yang konon-konon nak berusaha sendiri.. tapi apa yang diusahakan tak nampak apa.. kalau gua jumpa gua tampar sampai berselerak gigi..
p/s3:perghh.. entri gua kali ini macam cerita drama tv kerajaan.. kadang-kadang gua konpius.. masyarakat kita tiru tv ke.. tv memang tayang benda yang jadi kat masyarakat kita?
2 comments:
memang layan citer2 u neh :)
Hah yang ini memang betul. nak berusaha sendiri,,tapi kereta, rumah and card credit masih bapa yg bayar. Apa nama mcm tu.
Post a Comment