gua pun tak berapa nak ingat, kalau gua tak silap dalam gua darjah 5.. ya gua pasti masa tu gua darjah 5.. sebab gua ingat ada satu orang budak tu berpenyakit "attention seeker".. masa perhimpunan.. pengsan, cikgu suruh tulis jawapan kat papan hijau... pengsan, beratur beli mee sup 50sen kat kantin.. pengsan.. pegi tandas berteman... pengsan, masa pergi tandas sorang-sorang ok pulak.. takda plak datang penyakit pengsan dia.. ada sekali tu masa dia buat-buat pengsan.. masa tu cikgu tak sampai budak-budak perempuan baru nak panggil.. kita orang pakat pijak perut dia ramai-ramai.. kelam kalibut dia bangun.. naik biru jugak muka dia.. dan-dan report kat cikgu cakap budak-budak pijak perut dia..
kesudahannya.. habis kami satu-satu kena panggil dengan guru besar.. dalam bilik guru besar.. gua nampak guru besar sangat sibuk waktu tu..tangan kanan pegang pen.. tangan kiri kat dahi.. gua syak guru besar gua tengah buat teka silangkata gila-gila.. tu yang serius sangat tu.. guru besar gua belanja makan cokelat koko jelly.. masa biar cekelat tu cair dalam mulut gua rasa gua sama kacak macam baggio... gua syak gua punya guru besar pun tak suka dengan budak yang kerap sangat pengsan tu.. guru matematik gua lagi rare.. masa budak tu pengsan dia boleh nak bukak seluar budak tu.. pehh.. ternyata berkesan, budak tu automatik sedar, yang tak tahan masih nak belakon pengsan tu.. itu jam gua rasa nak pijak balik perut dia.. nasib baik cikgu gua tahan gua..
ehh.. sebenarnya gua bukan nak cerita pasal budak ni.. budak ni tak penting .. watak sampingan jer.. kalau tak silap last gua jumpa dia masa kat masjid sembahyang tarawih puasa tahun 1998.. gua pun tak berapa pasti kat mana dia sekarang.. dulu dia tinggal dengan nenek dia.. gua dengar-dengar mak bapak dia dah bercerai kot masa dia kecik lagi.. nenek dia la yang bela dia.. urus makan pakai dia.. belanja dia.. ahhhh... fark kan gua dah cakap gua bukan nak story pasal budak ni.. takda untung..
ok .. gua sebenarnya nak story pasal sorang budak kelas gua ni.. gua panggil dia daud dalam cerita ni (bukan nama sebenar).. nama betul dia tak berapa nak sedap.. daud ni budak baru kat sekolah gua.. baru jer masuk dalam 2 bulan.. daud ni datang dari keluarga miskin..ayah dia dah takda.. dorang baru pindah kat kampung gua.. datang dari satu tempat agak pedalaman jugak la.. ada jugak la sikit-sikit cerita gua dengar dari tempat dia dahulu.. kat tempat asal dia dulu masih kuat lagi orang pakai ilmu-ilmu ni.. gua rasa lu orang da cukup bijak untuk faham ilmu apa yang gua maksudkan.. pada awalnya daud menjalani alam persekolahan seperti biasa.. lama-kelamaan alam persekolahan daud berubah.. daud telah menjadi bahan buli kutu-kutu kelas gua.. sebabnya daud ni lemah sedikit bab-bab belajar, dah darjah lima nak membaca pun lidah masih lagi keras.. macam-macam gelaran daud dapat.. daud bodoh.. daud bangang.. daud otak cokelat ding dang masuk agin dan bermacam-macam lagi.. kutu-kutu kelas gua pun boleh tahan samseng dia.. kutu-kutu ni cuma takut dengan orang-orang yang bijak pandai lagi kacak contoh macam gua.. memang dorang tak berani nak sentuh..
nak dijadikan cerita.. satu hari tu masa waktu rehat.. tengah gua tunggu awang belikan gua mee goreng karan dengan air oren yang layak tukar nama kepada air gula kat kantin.. gua lepak-lepak dalam kelas.. gua suruh awang beli bukan sebab gua malas beratur dekat kantin beli makanan sendiri.. gua malas sebab jalan nak pergi kantin kena lalu kelas budak darjah 6.. kalau dah lalu kat sana bertalu-talu la gua dapat surat dari akak-akak senior yang nak ambik gua jadi adik angkat.. apa gila.. gua mana ada buku latihan khas untuk tulis biodata sahaja.. kalu sorang dua takpa.. kalau dah semua budak perempuan darjah 6 macam mana nak crita?? boleh habis buku latihan 80 mukasurat.. tak pun boleh nipis buku latihan bahasa inggeris asik kena cabut kat tengah-tengah.. alaa.. masa sekolah rendah dahulu pun bukan boleh percaya sangat dengan cikgu bahasa inggeris gua.. gua syak guru besar gua ambik budak baru abis spm jer jadi guru inggeris gua.. eh.. dem.. apasal dah jadi macam cerita gua pulak ni.. gua nak cerita pasal daud..
ok berbalik kepada cerita si daud ni.. masa gua santap mee goreng karan sambil sambil air oren gua sangkut kemas dekat bucu meja.. dalam kelas gua ada gua, awang, daud dengan dua orang kutu.. dua orang kutu tu tengah main lawan pedang guna penyapu lidi.. awang tengah main guli atas meja.. daud tengah duduk statik dekat meja dia.. gua perhati dari tadi takda plak daud keluar kan bekal makanan dia macam selalu.. gua ingat nak share dengan daud makanan gua.. ahhhh.. apa gila.. gua pun lapar.. sedang gua menikmati makan gua dengan penuh kesyukuran.. tiba-tiba.. KLUK!! pemadam kayu papan hijau hinggap tepat dekat kepala daud.. dikuti dengan hilai ketawa dua orang kutu tu.. gua dengan awang pun join ketawa sekali.. "eh sori daud.." salah seorang kutu meminta maaf dekat daud sambil kutip pemadam papan hijau tersebut.. tak lama lepas tu.. loceng tamat waktu rehat berbunyi.. kriiing.. berbunyi panjang ada dalam lima harakat.. cepat-cepat gua baca doa lepas makan sambil sedut air oren.. gua letak plastik bungkusan makanan dalam laci budak perempuan duduk depan gua.. budak-budak kelas gua mula masuk dalam kelas sambil buat bising.. KLUK!! sekali lagi pemadam papan hijau hinggap dekat kepala daud.. kali ni satu kelas ketawakan daud.. daud hanya mendiam diri.. kutu yanng baling tadi pergi kutip pemadam papan hijau.. sambil berdiri belakang daud.. kutu tu tepuk-tepuk kepala daud dengan pemadam tersebut.. rambut daud yang hitam bertukar jadi warna putih.. lantas daud berdiri.. sambil pandang tepat ke mata kutu tu.. kutu tu jadi panik lalu beredar balik kemejanya.. kelas gua jadi senyap sunyi umpama baru dilanggar garuda.. lirikan mata daud tepat mengekori kutu tersebut sambil tangan kanan menyelongkar beg sekolahnya.. tiba-tiba daud mengeluarkan sebuah gunting bebalut kain kuning.. dalam keadaan duduk dan mata tertutup daud meletakkan guting didalam tapak tangannya sambil mulutnya terkumat kamit..
"fark... inikah yang dipanggil gunting hikmat\terbang"(sama spesis macam lembing awang pulang ke dayang).. tempat asal daud memang popular benda-benda macam ni.. satu kelas jadi kaget.. dalam kepala gua dah terbayang dinding kelas gua bertukar cat menjadi merah satu kelas berlumuran darah.. gua tengok daud masih terkumat-kamit.. menyesal gua gelakkan dia tadi.. gua mula baca alfatihah,ayat kursi, doa qunut yang gua baru hafal pun gua bantai baca... gua syak kalau gua dah wajib mandi wajib waktu tu.. doa mandi wajib pun gua bantai baca buat pendinding.. gua tak henti-henti baca dalam hati.. tapi muka gua masih cool kat dalam jer.. gua rasa masa tu nadi gua dah sama laju dengan nadi Linford Christie nak masuk 70 meter..sambil gua balik-balik usap dahi gua.. takut-takut benda tu naik kat atas.. tak lama kemudian guru kelas gua masuk.. hati gua jadi lega.. budak - budak kelas gua semua berdiri bagi salam dekat guru kelas gua kecuali daud yang masih terkumat-kamit.. guru kelas gua perasan akan kelakuan daud lalu menghampirinya..
PANG!!! tepat di pipi sebelah kiri.. gunting terlepas dari tangan daud.. hati gua bertambah lega..
"kamu buat apa ni?" soal guru kelas gua.. daud hanya diam membisu.. daud dibawa kebilik guru.. kelas gua jadi riuh kembali.. tapi tiada seorang pun mempersoalkan perlakuan daud sebentar tadi.. semua buat cool macam haram.. tak lama kemudian guru kelas gua datang balik skali dengan daud.. daud dibenarkan pulang awal .. gua pun tak berapa pasti atas alasan apa.. gua perhati daud senyum lebar sewaktu melangkah keluar dari kelas.. dan semua budak-budak lelaki kelas gua kena denda tarik sideburn.. dia punya sakit sampai terjengket-jengket.. kecuali awang kena rotan kuku dengan pembaris sebab dia spesis kurang rambut..selesai menerima hukuman.. dalam hati gua pasang niat kemas-kemas, lu ada gunting hikmat tak hikmat.. esok lu datang sekolah lu siap..
No comments:
Post a Comment