Pages

Wednesday, March 17, 2010

suatu masa dahulu ketika masih hijau..

jam dah pukul 4 pagi.. gua tak tidur lagi.. gua tengah galak menjawab soalan algebra.. esok gua ada ujian.. ujian-ujian gua sebelum - sebelum ni semua macam gampang.. carrymark gua untuk paper ni ade la dalam 7/20 untuk setakat ni.. esok kalau gua dapat 20/20 untuk carrymark.. masa final boleh la gua datang bawak pen,rokok sebatang dua buat isap dalam toilet masa exam nanti.. gua cuba sematkan rasa yakin dalam diri gua boleh jawab soalan ujian esok.. roomate gua yang lain dah lama tidur.. bukan gua nak cakap gua rajin dari roomate gua.. sebenarnya paper ni gua sangkut.. gua saspek lecturer gua last semester yang tak pandai ajar.. cuma sem ni dia ada ajar ok sikit.. gua pulak tak berapa rajin nak turun kelas..namun begitu gua dah boleh tersenyum sebab gua dah masuk chapter vektor.. chapter ni chapter last dalam silibus subjek ni.. tp bila gua try buat soalan untuk chapter yang gua dah cover.. siyes gua tak ada idea macam mana nak jawab.. padahal dah banyak gua telan kismis.. gua saspek gabungan nicotine dengan caffeine yang buat otak gua tak berapa nak pick up.. setelah gua rasa ilmu penuh di dada untuk jawab soalan-soalan ujian esok.. gua baring-baring sambil tunggu subuh..

tiba-tiba.. sayup - sayup kedengaran suara memanggil nama gua.. gua rasa gua kenal suara ni.. bisik hati kecil gua.. tak syak lagi ni suara roomate gua ni.."lu bukan ada ujian ke arini?" sambung roommate gua bila nampak mata gua dah celik.. gua capai telefon bimbit bawah bantal gua tengok jam dah pukul 2 ptg.. ahhh fark!!! gua capai tuala gua bergegas ke bilik air.. gua patah balik sebab gua lupa bawak bekas sabun gua.. setelah lalu 2-3 kali bawah shower.. gua balut badan gua dengan tuala.. gua keluar dari bilik air gua tengok ada bapok berdiri depan pintu.. gua tendang perut dia sampai terduduk.. gua syak dia senak sebab dia tak bunyi apa.. kali ni gua dah berlari-lari anak kebilik.. gua sarung seluar dengan baju, gosok deodoren lebih kurang, sikat rambut guna jari.. gua sarung selipar.. gua tengok jam kat telefon bimbit pukul 2lapan minit.. boleh tahan jugak gua bersiap 8 minit masih boleh kelihatan segak.. gua simpan telefon bimbit gua dalam poket.. mana la tau ada peminat-peminat gua yang call nak belanja nasik goreng ayam mayonis kat cafe nanti..

memandangkan kaki gua la transport gua masa stadi dulu.. gua pun berjalan ke tempat ujian dijadualkan cuma kali ini gua tak berlari-lari anak.. apa gila nak berlari-lari anak lalu asrama siswi.. boleh jatuh saham gua.. cuma gua rasa langkah gua lagi deras dari langkah Teoh Boon Lim.. 5 minit lebih kurang gua da sampai tempat ujian.. gua bukak pintu.. gua bagi salam.. satu kelas toleh belakang tengok gua baru sampai.. satu orang pun takda sambut salam gua.. mungkin dorang jawap dalam hati.. atau tak sempat jawap sebab maki gua ganggu konsentrasi dorang tengah jawab soalan?.. gua terus pergi depan amik kertas soalan dekat meja lecturer gua..

lecturer gua hulur kertas soalan sambil bertanya separa berbisik.. "kenapa lambat??"..
"gua lambat bangun".. gua jawab tanpa berkias..

gua carik tempat duduk kosong.. gua baca soalan.. kepala gua jadi pening.. "apa jadah soalan ni nak?? kenapa gua tak jumpa soalan serupa ni masa buat latihan semalam.." gua mengomel sendirian..gua tarik nafas dalam-dalam,selawat 7-8 kali.. gua baca balik soalan tu sampai gua dah faham apa yang soalan tu nak sampaikan.. gua rasa tangan gua semkain lancar mencoret kertas jawapan.. dalam lima minit gua duduk ... ada pulak sorang lagi baru sampai.. gua tersenyum nipis.. takda la gua lambat sangat..

tit..ttiiitt...tiiitttt..
tit..ttiiitt...tiiitttt..
tit..ttiiitt...tiiitttt..

dalam kekhusyukan gua menjawab soalan ujian tersebut.. fokus gua terganggu oleh bunyi dari alat electronik yang gua sendiri kurang pasti apa jenisnya.. bunyinya jelas kedengaran dari arah belakang.. boleh tahan lama jugak benda alah tu berbunyi.. nak jugak gua sound junior kat belakang tu.. tapi gua pendam amarah gua dalam hati.. gua cuba tumpukan sepenuh perhatian gua tak nak perkara kecil macam tu menganggu niat suci murni gua untuk mendapatkan markah penuh untuk ujian kali ini.. tak lama kemudian bunyi tersebut berhenti.. gua kembali fokus.. darah kembali lancar mengalirkan ke tangan untuk meyalurkan oksigen apabila tangan mula bergerak dalam kadar yang laju..

selang sepuluh minit...

tit..ttiiitt...tiiitttt..
tit..ttiiitt...tiiitttt..
tit..ttiiitt...tiiitttt..

sekali lagi bunyi tersebut memenuhi ruang bilik ujian..benda alah tu berbunyi lagi.. kali gua tak boleh tahan tapi masih dalam keadan terkawal cuma gua agak galak menyumpah dan memaki dalam hati.. gua toleh kat belakang.. gua syak bunyi tu datang dari junior duduk belakang gua.. gua senyum kat junior gua harap dia paham apa yang gua cuba sampaikan.. junior gua balas gua punya senyum.. sambil tangan meraba-raba sesuatu dibawah meja.. tak lama lepas tu bunyi tersebut hilang suasana kembali sunyi cuma sesekali kedengaran batuk-batuk kecil gua pun tak pasti sama ada yang tu betul-betul batuk atau morse code yang dorang gunakan untuk bertukar-tukar jawapan..

tit..ttiiitt...tiiitttt..
tit..ttiiitt...tiiitttt..
tit..ttiiitt...tiiitttt..

ahhhhhh fark.. kali gua dah tahan lagi.. gua tak sumpah seranah semua dah.. gua lompat atas meja gua tendang kepala junior yang duduk belakang gua sampai tekehel rahang.. tapi yang tu gua plan nak buat la.. hakikatnya gua amik penutup pen gua tutup kemas-kemas letak atas meja.. sambil peluk tubuh gua tenung muka lecturer gua dalam-dalam kot-kot keluar jawapan.. gua rasa otak gua dah tak jalan lagipun perut gua tak bagi kerjasama.. asik berbunyi mintak makan.. tapi sebab utama memang bunyian-bunyian ayng membingitkan telinga tu menghatui gua nak jawab soalan ujian gua..

agak lama jugak gua tenung muka lecturer gua.. baru dia bersuara.. "oookkk..ada lima belas minit lagi.. sapa da siap boleh hantar.." gua tunggu 2-3 orang berdiri baru la gua hantar kertas jawapan gua.. takda la kurang ajar sangat keluar awal, tapi jawap tak penuh.. gua melangkah keluar dari bilik ujian.. gua seluk poket amik telefon bimbit nak check kot-kot ada peminat hantar pesanan ringkas nak melayan perut gua yang boleh tahan nak makanan..

langkah gua terhenti.. gua toleh kiri kanan.. dekat skrin telefon bimbit gua terpampang

ALARM ON dan option snooze/stop ..








1 comment:

Anonymous said...

"sebenarnya paper ni gua sangkut.. gua saspek lecturer gua last semester yang tak pandai ajar"--macam based on true story jak ni. lect math yg sesuai dgn pernyataan di atas ialh Mr. Kelvin