gua rasa dah makin dekat hari tu..
petang tadi macam biasa gua dengan kutu-kutu kampung gua lepak-lepak dulu sebelum pegi main bola.. apa gila nak pegi main bola awal-awal dalam cuaca kemarau dengan matahari terang sampai tak boleh dongak kepala ke atas.. macam biasalah kalau nama pun dah lepak-lepak mesti la diintisarikan dengan bual kosong.. makin lama makin ramai kutu-kutu datang lepak tempat kita orang berkumpul.. dari besar sampai ke kecik.. tapi yang gua paling perasan ada sorang budak nama jeman umur dalam lingkungan 13 tahun.. sebab dia tengah sedut aiskrim malaysia perisa asam boi.. naik kembang air liur gua tengok di sedut sampai kecut aiskrim tu..
macam-macam isu yang disembangkan dari yang ada nilai-bilai murni sampai stakat sembang-sembang sampah.. kutuk-mengutuk antara satu sama lain sudah menjadi lumrah biasa.. gua rasa kalau ada orang luar yang sembang-sembang dengan kutu-kutu kampung gua boleh makan sampai ke hati.. kalau iman tak kuat boleh tergelincir menjerumus kepada pergaduhan.. tapi setakat ni takda lagi orang luar yang berani.. ada pun yang berani budak army baru sorang tu.. tu pun dia pegi bawak sampai satu batalion.. bertempiaran jugak la kutu-kutu kampung gua lari itu jam.. navy pun kutu-kutu kampung gua lemaskan ni kan pulak army yang training takat guling-guling atas tar.. setelah bersilih ganti topik.. ada sorang kutu bukak topik pasal mimpi..
kutu B: "haaaa.. tu maksudnye rezeki lu nak murah.. baik lu turun ke laut malam ni.. mesti lu dapat banyak.."
kutu C: "ehh yeke.. setahu gua kalau mimpi macam tu akan jadi sebaliknya mesti ada bala nak menimpa.. elok lu takyah keluar .."
kutu B: "eh apasal pulak.. kan ke dia mimpi dapat banyak udang mesti la murah rezeki.. haaa.. bagus lu beli nombor perahu lu untung-untung nombor dia naik.." tambah kutu B..
dalam nada rendah diri gua bersuara..
gua : "gua pun bukan pandai sangat.. tapi kan.. yang gua pernah dengar.. mimipi ni terbahagi kepada dua.. pertama.. mimpi orang beriman.. biasa orang-orang macam ni mendapat petunjuk ataupun peringatan daripada Allah melalui mimpi.. kedua.. mimpi orang yang kurang beriman.. selalunya mimpi datang kat orang-orang macam ni ialah gangguan daripada syaitan.. bertujuan sama ada untuk menyesatkan atau memesongkan manusia di muka bumi ini.. wallahualam.. " gua sedut rokok sepam..gua sambung balik.." lu orang rasa lu orang jatuh golongan mana?" terang gua panjang lebar bila perasan perbualan kita orang agak terpesong akidahnya sedikit sambil gua saja bagi sedikit soalan kbkk supaya perbualan dapat diteruskan..
tiba-tiba jeman bersuara..
jeman: "semalam gua mimpi jumpa Nabi Muhammad.."
PANG!!!!!!!!
gua lempang jeman sampai terpisah aiskrim dari mulutnya.. gua takut akidah kutu-kutu kampung gua lagi jauh terpesong..
No comments:
Post a Comment