Pages

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul..

harini masjid baharu kampung gua dah mula digunakan setelah menunggu hampir 2 tahun...
ramai yang berpendapat masjid baharu ni lebih sempit dari masjid yang lama.. penduduk kampung mula berdiskusi secara serius macam mana benda ni boleh berlaku.. kenapa buat masjid yang lebih kecil sedangkan sudah sedia maklum masjid dahalu yang lebih luas tidak dapat menapung jemaah yang ramai.. jemaah yang ramai mereka maksudkan adalah solat jumaat yang kena waktu cuti am, solat hari raya aidifitri dan aidiladha.. walhal solat fardhu nak dapat 2 saf pun susah.. ramai yang mengandaikan terdapat penyelewengan yang berlaku semasa proses pembinaan dijalankan.. dan bermacam-macam andaian negatif telah dibuat keatas mereka -mereka yang terlibat dengan proses pembinaan masjid baharu kampung gua..

penduduk a : "siapa yang rasmi masjid tu tadi.. TYT ke?" (soal salah seorang penduduk kampung.. nampak sangat tak pergi solat jumaat)

penduduk b : "mana ada.. belum kena rasmi pun.."

penduduk a : "aik.. kenapa gua nampak dari rumah ada makan-makan usai solat jumaat td?"

penduduk b : "ler... kan ke harini maal hijrah.."

penduduk a : "oooooo..."

p/s: gua rasa tak lama lagi kampung gua kena langgar dengan ombak besar..

No comments: