Pages

Saturday, April 24, 2010

Masjid??..

masa sekolah rendah dahulu gua belajar dekat sekolah luar dari kampung gua.. jadi gua tak ramai sangat kawan lagi.. hutan-hutan kat kampung gua pun gua tak abis khatam lagi.. selalunya kalau musim cuti sekolah gua mesti fullblast pusing-pusing kampung.. gua akan buat aktiviti-aktiviti balik kampung, walaupun selama ni memang gua duduk kat kampung tu jer.. macam-macam aktiviti gua buat..keluar pagi balik sebelum maghrib..balik selpas maghrib ada chance kena reket badminton dengan bapak gua.. makan tenghari tak payah risau.. banyak buah bolih carik.. burung bolih lastik.. pekena telur belangkas pun sedap boleh layan kepala .. kalau gua tanya budak-budak sekarang mesti dorang tak pernah buat.. tak payah tanya jenis-jenis burung.. gua tanya tau apa itu belangkas pun gua berani jamin budak-budak zaman sekarang ni tak tau.. gua ada dua orang klik jamil dengan sam(dua-dua bukan nama sebenar).. memang ktorang slalu buat aktiviti-aktivi jantan bersama..



macam-macam benda ktorang buat.. kekadang pergi lastik burung dekat reban pak jakub .. lepas tu tangkap bawak masuk dalam hutan sembelih.. sekarang bila gua pikir-pikir balik gua ingat rukun penyembelihan ktorang pass.. tang syarat sah penyembelihan tu yang gua rasa ada barai sikit.. kekadang ktorang jadi pegawai pemeriksa kualiti makanan untuk kebun tembikai ahsiong.. itu jam gua ingat hati banyak senang.. muka ada senyum.. takda apa yang nak dirisaukan macam sekarang.. waktu petang masa cuti sekolah jugak budak-budak ramai kumpul dekat taman permainan kampung gua.. masa ni la nak tunjuk terer dekat budak-budak pompuan yang tgh main kawen-kawen.. buai laju-laju pastu.. pop... lompat.. itu jam siapa lompat paling dia punya hieraki paling tinggi dalam taman permainan tu..





Tapi gua, jamil dengan sam tak kesah sangat tentang hieraki ni semua.. sebab ktorang ada master plan untuk aktiviti ktorang petang tu.. apa kelas main buai dan lompat.. macam budak-budak!! sedang gua dengan jamil perhati sorang kutu tengah buai, lompat dan summersault. sam bagi signal sambil memuncungkan bibir kearah pak mad dan jemaah lain yang baru keluar dari masjid.. kami beraksi seperti budak - budak lain yang tengah beronok main..pak mad ni bilal kampung gua.. orangnya baik.. selalu jemaah kat masjid.. yang gua hairan imam kampung gua yang susah nak nampak.. takkan hari-hari ada orang nak nikah kot.. bilamana pak mad dan jemaah lain hilang dari pandangan mata.. gua, sam dan jamil mengatur langkah memasuki kawasan masjid.. darah gua mula mengalir laju keluar masuk jantung gua.. napas gua turun naik.. dia punya ghairah lain macam sikit.. master plan ktorang petang tu ialah nak lepak-lepak kat atas masjid.. ktorang berlari-lari anak ke pintu menara masjid kampung gua.. berkunci!!.. ahh.. bukan jadi masalah.. tanpa perlu arahan sam berlari ke tempat amik wudhu..tak sampai seminit sam dah bukak pintu dari dalam.. ktorang dulu memang kalau buat kerja mesti sungguh-sungguh.. buat sampai menjadi.. tak macam budak-budak sekarang takda pembaris pun bolih jadi alasan tak buat kerja sekolah buat gua rasa nak lempang sampai makan nasik guna tiub.. nasib baik anak orang..



ktorang mula memanjat tangga berputar masjid kampung gua.. makin tinggi dari paras laut makin naik sheikh jadinya.. sampai kat atas masjid dia punya perasaan macam orang dewasa.. rasa bebas!!.. kat atas masjid tu ktorang main kejar-kejar, makan buah mangga.. main semunyik-semunyik.. pergh.. waktu rasa macam dah melancung dekat negeri arab.. "woi.. korang buat apa kat atas tu.." jerit makcik rosmah dari rumahnya yang terletak dsebelah masjid apabila nampak kelibat kami bertiga.. cepat-cepat kami semunyik sambil gelak-gelak besar.. ktorang sambung main kejar-kejar lagi.. agak-agak dah penat.. ktorang pun berhenti.. seterusnya ialah acara kemuncank!! panjat sampai puncak menara.. ktorang bertiga berlari memanjat menara masjid.. makin tinggi makin laju kami berlari.. sampai diatas.. pehhh.. menara masjid kampung gua tinggi 75meter bila dah sampai kat puncak menara boleh namapak satu kampung dan perasan tinggi diri menjadi-jadi.. kami menjerit-jerit sambil melambai-lambai kutu -kutu yang tengah main dekat taman permainan.. nampak jelas dari raut wajah mereka perasaan dengki dah ingin berada di tempat kami berada sekarang.. perasaan takbur menjadi-jadi..



Namun kegembiraan kami tidak kekal lama apabila ternampak kelibat kereta pontiac GTO kaler oren milik bapak gua.. kami sembunyik di belakang menara.. dibelakang menara.. dengan harapan bapak gua tak nampak kami..gua berdoa bapak gua dalam perjalan ke pekan nak belikan gua dindang tak pun dia pegi kebun buah dia.. namun doa gua tidak dijawab.. kedengaran derauan enjin kereta bapak gua dimatikan depan pintu masjid.. gua cuba curi-curi tengok dekat bawah.. waktu tu gua rasa jatung gua dah jatuh ketanah.. mana taknya masa gua curi-curi tengok bapak gua tengah berdiri isap rokok luar kereta sambil pandang ke atas tepat ke mata gua.. gua punya takut bukan main.. gua ada terniat nak terjun jer terus dari atas menara tu dari mengadap bapak gua..tanpa diberi arahan gua turun mengadap bapak gua kat bawah.. jamil dengan sam pun ikut sekali.. sesampai di bawah gua mengadap bapak gua.. gua buat muka tak bersalah dan secomel mungkin.. bapak gua menjentik rokok virginia gold yang baru terbakar separuh.. PANG!!!!.. gua tertiarap di atas tar.. gua toleh belakang gua tengok sam dan jamil dah lari bertempiaran.. mata gua berkaca.. sakit bukan main.. gua pun berlari sambil menangis tanda protes.. tapi gua lari-lari pun gua lari balik rumah.. masa tu tak terpikir pula nak lari sampai ke australia.. nak pegi pekan sorang-sorang pun tak lepas.. dari kejauhan ternampak makcik rosmah senyum nipis dari atas beranda rumahnya.. gua syak dia la yang pegi repot dekat bapak gua.. sampai kat rumah tagisan gua makin kuat tadi gua kaver-kaver lagi.. mak gua tanya kenapa menangis pun gua tak sempat nak jawab dia punya sakit sampai ke hati.. gua masuk dalam bilik kunci pintu sebagai langkah keselamatan takut kena belasah dengan reket badminton pula.. gua pun tak tau berapa la gua menangis.. yang gua tau gua menangis sampai tetido..



keesokan pagi disebabkan tak makan malam.. gua breakfast dengan bapak gua.. bapak gua bersuara "jangan buat lagi" gua balas.. "emmmm".. gua makan laju-laju.. raya tahun berikutnya gua sempat mintak ampun dengan bapak gua.. sebab lepas kejadian tu gua ada naik atas masjid lagi.. hehe..

1 comment:

Blogger said...

berdasarkan cerita zaman kanak-kanak ko, ko layak dapat gelaran anak kampong sejati.