Dah masuk 20 hari puasa.. sekali pun gua tak jejak kaki dekat pasar ramadhan lagi.. sebab biasanya gua sampai rumah balik dari pejabat lagi dua tiga minit nak azan maghrib..makanan dah siap terhidang atas meja.. tinggal tunggu dijamah.. gua tak rasa meriah sangat puasa tahun ni.. maksud gua bab-bab makanan.. lepas taraweh pun selalu gua balik terus malas nak layan moreh..
tugas pegi bazaar ramadhan diserahkan bulat bulat dekat mak gua.. gua tak suruh.. dia yang nak pergi.. gua syak mak gua malas nak masak.. tiap-tiap hari mak gua akan beli pulut panggang, yang tu jer la yang gua rasa kena dengan tekak gua sambil bilas dengan ABC.. gua ada sekali cuba bilas dengan cendol tak lepas.. gua hirup setengah gelas.. gelas penuh balik.. selera gua seakan putus sejak masuk bulan puasa aritu..
masuk sahur pun gua tak makan banyak sesenduk nasi dengan lauk lebihan berbuka.. cukup buat asal perut..kadang - kadang gua bilas mulut dengan segelas susu dan dua batang rokok cukup..dah 20 hari macam tu..tapi apa celaka sixpack gua tak timbul-timbul lagi???
Monday, August 30, 2010
Friday, August 27, 2010
meminang..
lepas sampai rumah semalam gua sms awek playsmart bagitau gua dah sampai rumah.
gua campak badan gua atas katil.. tak lama lepas tu talipon bimbit gua berdering..
gua tersenyum.. rindu jugak awek playsmart dekat gua..
gua capai talipon bimbit..
eh bukan awek playsmart.. takda keluar nama..
gua berdehem lebih kurang bagi ejas suara..
dihujung talian..
'budak lu ada pakai subaru merah??'
ah.. gua dah kenal mamat ni, suara dia yang tak berapa sedap tu gua boleh cam..
gua geleng sambil balas.. 'waalikumsalam??'
'eh.. assalamualaikum, budak lu ada pakai subaru merah??'
'bonet itam??' gua mintak kepastian
'aaaaa.. tak tau plak, plate AFH ****'
'ada!' gua balas yakin
'ni budak gua ada nak main.. lu tolong pinangkan..'
'aaaa.. nnt gua ejaskan..'
'assalamualaikum'
'waalaikumsalam..'
apa gila nak suruh gua ejaskan.. bulan puasa macam ni cuba buat amal jariah sikit..
bukan apa gua takut lu tak sempat cium tangan mak bapak lu orang lagi..dah la cium tangan mak bapak setahun sekali masa raya..
awek playsmart ni pegi mana tak reply sms gua???
gua campak badan gua atas katil.. tak lama lepas tu talipon bimbit gua berdering..
gua tersenyum.. rindu jugak awek playsmart dekat gua..
gua capai talipon bimbit..
eh bukan awek playsmart.. takda keluar nama..
gua berdehem lebih kurang bagi ejas suara..
dihujung talian..
'budak lu ada pakai subaru merah??'
ah.. gua dah kenal mamat ni, suara dia yang tak berapa sedap tu gua boleh cam..
gua geleng sambil balas.. 'waalikumsalam??'
'eh.. assalamualaikum, budak lu ada pakai subaru merah??'
'bonet itam??' gua mintak kepastian
'aaaaa.. tak tau plak, plate AFH ****'
'ada!' gua balas yakin
'ni budak gua ada nak main.. lu tolong pinangkan..'
'aaaa.. nnt gua ejaskan..'
'assalamualaikum'
'waalaikumsalam..'
apa gila nak suruh gua ejaskan.. bulan puasa macam ni cuba buat amal jariah sikit..
bukan apa gua takut lu tak sempat cium tangan mak bapak lu orang lagi..dah la cium tangan mak bapak setahun sekali masa raya..
awek playsmart ni pegi mana tak reply sms gua???
Wednesday, August 25, 2010
jodoh..
gua sampai tempat letak skyline pukul 5.14 gua geleng kepala.. biasanya waktu macam ni jalan dah setat sesak.. lu guna kereta berkelajuan cahaya macam skyline pun tak gua sebab tetap sangkut dalam kesesakan jalan raya.. gua lambat sampai skyline bukan sebab time management gua tak bagus.. tadi gua tolong sorang warga emas melintas jalan.. gua rasa nak baling jer pakgad dengan kasut gua tadi.. bukan nak tolong orang tua tu melintas jalan.. sebok main dengan walkie talkie dia.. nasib baik iman gua taf bulan-bulan puasa ni..
setelah mencongak dan mengunakan teori taklukan mantik gua buat keputusan untuk solat asar dahulu.. sambil tu boleh bagi reda sikit kesesakan lalu lintas tu.. macam biasa gua pegi port tempat gua selalu solat tiap kali singgah dekat msjid tu.. segala urusan berjalan dengan lancar.. sehingalah selesai gua memberi salam terakhir..
gua terkedu..
dada gua turun naik..
tengkuk gua rasa kembang..
bulu-bulu roma gua terpacak-pacak..
gua istigfar banyak-banyak ..
di tiang sebelah tak jauh dari tempat gua menunaikan solat sekujur tubuh kecil sedang besandar di tiang..
gua bisik dalam hati..
"celaka.. aiman ni lailatulqadar ke apa???"
Monday, August 23, 2010
kerja luar..
duit raya punya pasal dua minggu lepas gua pukul dua minggu kerja luar dengan harapan gua dapat raya sedap -sedap sikit tahun ni.. dah la raya tahun lepas anak-anak sedara gua pelekeh gua sebab tak hulur duit raya.. raya tahun ni gua nak buat dorang salam sambil cium tangan..
gua kira - kira ada dalam 4 ribu lebih kilometer gua driving keliling utara borneo.. guna kereta company.. kereta company pun boleh tahan serasi dengan gua.. takda masalah sepanjang perjalanan gua.. skyline gua bagi rehat bulan- bulan ramadhan ni.. dia pun tak berapa nak sehat
kalau ikut gua dah boleh tak bepuasa kalau dihitung dengan jarak pengembaraan gua dah melimpah -limpah dari 2 marhalah.. tapi gua taf.. iman gua tak setebal kulit bawang bulan - bulan puasa macam ni..ada seorang member gua tak bagun sahur pun boleh jadi alasan tak puasa..gua hitung-hitung guna jari.. gua ingat claim gua dah cukup untuk duit raya dan belanja sikit-sikit.. pagi tadi gua sikit punya semangat isi borang claim.. telefon bimbit gua berbunyi tanda email masuk, gua tekan butang - butang yang berkenaan.. gua dapat email bertajuk no kereta company..
Dear ********,
Attached photo is self explanatory.
Get hold of ********* and find out why.
Thanks,
SIMON
gua geleng kepala tiga kali. abis duit claim gua..
lu orang tau mana tempat ada kedai potong???
Friday, August 20, 2010
ahlan wasahlan ya Ramadhan..
sempena bulan ramahan yang mulia ini..
gua nak mintak... eh gua bahasakan diri gua ustaz untuk entry kali ni boleh?? ahhh.. suka hati gua la kan.. eh suka hati ustaz la kan...
ok ustaz mula sekali lagi..
walaupun sudah 11 hari kita memnunaikan ibadat puasa, ustaz rasa belum terlambat untuk ustaz memohon ampun dan maaf kalau ustaz ada tersalah kata.. termaki.. terguris hati.. lagi pun amat digalakan untuk maaf memaafi sesama insan bagi mengukuhkan ukhwah yang sekian lama terbina..
di kesempatan in jugak ustaz nak memohon maaf kepada adik aiman yang berada di shoutbox maafkan ustaz yer lama tak update.. jangan ingat ustaz kena rantai pulak sebab lama tak update.. ustaz pun macam orang lain jugak kena kerja.. lain la kalau kerja ustaz pegawai sukan.. kena pulak bulan ramadhan ni memang takda kerja langsung la.. baiklah , disini ustaz ingin berpesan sedikit.. terutama kepada encik pegawai sukan.. mesti banyak masa lapang bukan??
Dalam bulan ramadhan ini marilah kita bersama-sama menunaikan ibadah puasa dengan sepenuh jiwa, seikhlas hati (adik aiman jangan puasa yang yok yer),
kerana Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah.. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu.. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan.. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.. Semoga pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. isha'Allah..
renung-renungkan dan selamat beramal..
p/s : gua banyak nak cerita ni tapi tak tau macam mana nak start.. adik aiman sabar yer.. kalau lu ada kakak takpa jugak..
Monday, August 2, 2010
garis langit..
bulan lepas masa lu kena buasir gua ganti lu punya tempat keluar angin..
lepas tu lu cakap tapak kasut lu dah haus.. bukan satu.. dua pasang gua ganti..
makanan lu kurang dua takuk gua top up bagi penuh..
lu cakap dada lu rasa tak sedap.. on the spot gua belikan ubat batuk..
ni lu cakap mata lu tak terang tak boleh jalan malam pulak..
lu macam - macam la skyline
lepas tu lu cakap tapak kasut lu dah haus.. bukan satu.. dua pasang gua ganti..
makanan lu kurang dua takuk gua top up bagi penuh..
lu cakap dada lu rasa tak sedap.. on the spot gua belikan ubat batuk..
ni lu cakap mata lu tak terang tak boleh jalan malam pulak..
lu macam - macam la skyline
Subscribe to:
Posts (Atom)