Pages

Thursday, April 29, 2010

tali besen

gua baring-baring atas sofa sambil picit-picit remote usha racangan best.. gua ingat lepas ni gua nak gua nak pasang parabola kat laman rumah sebab tak banyak banyak pilihan sangat.. gua tertarik dengan satu rancangan bertajuk "apabila musang berjanggut" gua tekan ok.. tengah iklan pulak.. boleh tahan kreatif jugak pegarah-pegarah kat malaysia ni pandai pilih tajuk sampai orang yang macam gua pun boleh tertarik.. dalam kepala gua mesti cerita ni kelakar macam cerita musang berjanggut p.ramlee main.. iklan-iklan sekarang ni pun gua tengok macam gampang, tukang main iklan semua nak pakai yang cantik-cantik dan ensem-ensem macam gua.. tak pandai langsung nak jaga hati orang yang tak berapa nak cantik.. gua masih ingat lagi iklan Nespray masa gua kecik-kecik dulu dia punya pemain budak pompuan dengan budak lelaki boroi pakai baju taris-taris hijau putih dan cermin mata bingkai besar.. gua ingat gambar tu amik tepi padang bola jer kot dah bolih nampak macam dekat ladang tenusu new zealand.. gua tekan cenel 103 gua igt time-time macam ni berita karut tengah tayang pasal sukan.. tu jer yang boleh percaya gua rasa..

ahhhhhhhhhhhhhhh... bangsat bukan gua nak tgk cerita "apabila musang berjanggut" ke tadi???.. iklan lama yaaaaa amat!! gua campak remote atas meja nak baling kat tv mak gua ada tengah tengok sekali.. gua bingkas bangun.. hilang mood gua nak menonton..

Saturday, April 24, 2010

Masjid??..

masa sekolah rendah dahulu gua belajar dekat sekolah luar dari kampung gua.. jadi gua tak ramai sangat kawan lagi.. hutan-hutan kat kampung gua pun gua tak abis khatam lagi.. selalunya kalau musim cuti sekolah gua mesti fullblast pusing-pusing kampung.. gua akan buat aktiviti-aktiviti balik kampung, walaupun selama ni memang gua duduk kat kampung tu jer.. macam-macam aktiviti gua buat..keluar pagi balik sebelum maghrib..balik selpas maghrib ada chance kena reket badminton dengan bapak gua.. makan tenghari tak payah risau.. banyak buah bolih carik.. burung bolih lastik.. pekena telur belangkas pun sedap boleh layan kepala .. kalau gua tanya budak-budak sekarang mesti dorang tak pernah buat.. tak payah tanya jenis-jenis burung.. gua tanya tau apa itu belangkas pun gua berani jamin budak-budak zaman sekarang ni tak tau.. gua ada dua orang klik jamil dengan sam(dua-dua bukan nama sebenar).. memang ktorang slalu buat aktiviti-aktivi jantan bersama..



macam-macam benda ktorang buat.. kekadang pergi lastik burung dekat reban pak jakub .. lepas tu tangkap bawak masuk dalam hutan sembelih.. sekarang bila gua pikir-pikir balik gua ingat rukun penyembelihan ktorang pass.. tang syarat sah penyembelihan tu yang gua rasa ada barai sikit.. kekadang ktorang jadi pegawai pemeriksa kualiti makanan untuk kebun tembikai ahsiong.. itu jam gua ingat hati banyak senang.. muka ada senyum.. takda apa yang nak dirisaukan macam sekarang.. waktu petang masa cuti sekolah jugak budak-budak ramai kumpul dekat taman permainan kampung gua.. masa ni la nak tunjuk terer dekat budak-budak pompuan yang tgh main kawen-kawen.. buai laju-laju pastu.. pop... lompat.. itu jam siapa lompat paling dia punya hieraki paling tinggi dalam taman permainan tu..





Tapi gua, jamil dengan sam tak kesah sangat tentang hieraki ni semua.. sebab ktorang ada master plan untuk aktiviti ktorang petang tu.. apa kelas main buai dan lompat.. macam budak-budak!! sedang gua dengan jamil perhati sorang kutu tengah buai, lompat dan summersault. sam bagi signal sambil memuncungkan bibir kearah pak mad dan jemaah lain yang baru keluar dari masjid.. kami beraksi seperti budak - budak lain yang tengah beronok main..pak mad ni bilal kampung gua.. orangnya baik.. selalu jemaah kat masjid.. yang gua hairan imam kampung gua yang susah nak nampak.. takkan hari-hari ada orang nak nikah kot.. bilamana pak mad dan jemaah lain hilang dari pandangan mata.. gua, sam dan jamil mengatur langkah memasuki kawasan masjid.. darah gua mula mengalir laju keluar masuk jantung gua.. napas gua turun naik.. dia punya ghairah lain macam sikit.. master plan ktorang petang tu ialah nak lepak-lepak kat atas masjid.. ktorang berlari-lari anak ke pintu menara masjid kampung gua.. berkunci!!.. ahh.. bukan jadi masalah.. tanpa perlu arahan sam berlari ke tempat amik wudhu..tak sampai seminit sam dah bukak pintu dari dalam.. ktorang dulu memang kalau buat kerja mesti sungguh-sungguh.. buat sampai menjadi.. tak macam budak-budak sekarang takda pembaris pun bolih jadi alasan tak buat kerja sekolah buat gua rasa nak lempang sampai makan nasik guna tiub.. nasib baik anak orang..



ktorang mula memanjat tangga berputar masjid kampung gua.. makin tinggi dari paras laut makin naik sheikh jadinya.. sampai kat atas masjid dia punya perasaan macam orang dewasa.. rasa bebas!!.. kat atas masjid tu ktorang main kejar-kejar, makan buah mangga.. main semunyik-semunyik.. pergh.. waktu rasa macam dah melancung dekat negeri arab.. "woi.. korang buat apa kat atas tu.." jerit makcik rosmah dari rumahnya yang terletak dsebelah masjid apabila nampak kelibat kami bertiga.. cepat-cepat kami semunyik sambil gelak-gelak besar.. ktorang sambung main kejar-kejar lagi.. agak-agak dah penat.. ktorang pun berhenti.. seterusnya ialah acara kemuncank!! panjat sampai puncak menara.. ktorang bertiga berlari memanjat menara masjid.. makin tinggi makin laju kami berlari.. sampai diatas.. pehhh.. menara masjid kampung gua tinggi 75meter bila dah sampai kat puncak menara boleh namapak satu kampung dan perasan tinggi diri menjadi-jadi.. kami menjerit-jerit sambil melambai-lambai kutu -kutu yang tengah main dekat taman permainan.. nampak jelas dari raut wajah mereka perasaan dengki dah ingin berada di tempat kami berada sekarang.. perasaan takbur menjadi-jadi..



Namun kegembiraan kami tidak kekal lama apabila ternampak kelibat kereta pontiac GTO kaler oren milik bapak gua.. kami sembunyik di belakang menara.. dibelakang menara.. dengan harapan bapak gua tak nampak kami..gua berdoa bapak gua dalam perjalan ke pekan nak belikan gua dindang tak pun dia pegi kebun buah dia.. namun doa gua tidak dijawab.. kedengaran derauan enjin kereta bapak gua dimatikan depan pintu masjid.. gua cuba curi-curi tengok dekat bawah.. waktu tu gua rasa jatung gua dah jatuh ketanah.. mana taknya masa gua curi-curi tengok bapak gua tengah berdiri isap rokok luar kereta sambil pandang ke atas tepat ke mata gua.. gua punya takut bukan main.. gua ada terniat nak terjun jer terus dari atas menara tu dari mengadap bapak gua..tanpa diberi arahan gua turun mengadap bapak gua kat bawah.. jamil dengan sam pun ikut sekali.. sesampai di bawah gua mengadap bapak gua.. gua buat muka tak bersalah dan secomel mungkin.. bapak gua menjentik rokok virginia gold yang baru terbakar separuh.. PANG!!!!.. gua tertiarap di atas tar.. gua toleh belakang gua tengok sam dan jamil dah lari bertempiaran.. mata gua berkaca.. sakit bukan main.. gua pun berlari sambil menangis tanda protes.. tapi gua lari-lari pun gua lari balik rumah.. masa tu tak terpikir pula nak lari sampai ke australia.. nak pegi pekan sorang-sorang pun tak lepas.. dari kejauhan ternampak makcik rosmah senyum nipis dari atas beranda rumahnya.. gua syak dia la yang pegi repot dekat bapak gua.. sampai kat rumah tagisan gua makin kuat tadi gua kaver-kaver lagi.. mak gua tanya kenapa menangis pun gua tak sempat nak jawab dia punya sakit sampai ke hati.. gua masuk dalam bilik kunci pintu sebagai langkah keselamatan takut kena belasah dengan reket badminton pula.. gua pun tak tau berapa la gua menangis.. yang gua tau gua menangis sampai tetido..



keesokan pagi disebabkan tak makan malam.. gua breakfast dengan bapak gua.. bapak gua bersuara "jangan buat lagi" gua balas.. "emmmm".. gua makan laju-laju.. raya tahun berikutnya gua sempat mintak ampun dengan bapak gua.. sebab lepas kejadian tu gua ada naik atas masjid lagi.. hehe..

Tuesday, April 20, 2010

TAK TIK

gua check dalam almari.. tak jumpa.. gua tarik drawer.. takda juga.. gua keluar dari bilik periksa dekat ampaian.. senyuman terukir dekat bibir gua gua.. gua hampiri ampaian.. gua ramas-ramas.. kering!.. senyuman gua naik satu darjat.. gua dekatkan hidung.. bau sabun pencuci jenama TOP.. pergh.. gua punya happy itu jam sampai ke sum-sum tulang.. rasa nak buat tumbuk angin macam rooney buat masa score penalti lawan liverpool aritu..ceh setakat penalti gua pun boleh score sambil tutup sebelah mata.. gua sentap boxer gua dari ampaian. berputar-putar sepit kain mak gua diudara sebelum ditidakkan oleh graviti..



gua sarung laju-laju.. dia punya nikmat dapat sarung boxer baru basuh.. macam minum slurpee guna hidung tengah panas.. dia punya kick bolih sampi ke otak.. sambil sarung otak kanan gua menjalankan tugasnya.. lalu menghantar signal kepada bibir gua untuk membuatkannya senyum..dimana otak sebelah kanan gua menghasilkan pertimbangan yang wajar,secara mudah, bebas dan bersahaja ke arah penyelesaian masalah kekurangan bekalan boxer bersih yang gua hadapi.. siap gua sarung baju kerja.. gua kutip semua pakaian yang gua dah pakai dekat belakang pintu.. atas almari.. bawah katil.. dalam selimut.. gua masukkan dalam dalam laundry bag.. sambil capai kunci skyline gua.. gua tendang laundry bag tepat tepi mesin basuh.. dekat opis gua buat kerja-kerja gua.. sambil gua selang-selikan dengan bukak facebook untuk menambahkan produktiviti gua.. banyak sangat orang add gua.. gua malas nak add orang yang gua tak kenal..nanti takda slot untuk orang yang gua kenal.. balik kerja gua layan main bola pulak.. sempat juga gua tendang 2,3 batang tulang kering siku tengkuk dan sewaktu dengannya.. puas.. memang puas..




lepas mandi baru gua perasan.. laundry bag yang gua sepak tepi mesin basuh pagi tadi masih disitu tak berusik.. dem mak gua dah tau taktik letak tepi mesin basuh gua.. ternyata taktik ni dah tak bolih diaplikasikan lagi.. usai maghrib.. gua sumbat semua pakaian dalam mesin basuh.. malam tu gua tidur dengan kipas bertiraikan boxer.. apa gila gua nak pakai seluar bola pegi pejabat esok..

Friday, April 16, 2010

leman..

semalam gua lepak dengan member-memeber gua.. sorang member gua datang bawak anak akak dia skali umur dalam 8 tahun. member gua kena babysit anak akak dia sebab akak dia pegi attend function koperat-koperat laki bini.. elok sangat la tu bolih budak tu belajar cara-cara hormat orang tua (maksud gua orang lebih tua dari dia.. gua muda lagi..) gua tengok budak-budak zaman sekarang dia punya moral ada kurang sikit.. cakap ikut suka.. gua syak ini semua pengaruh siaran tv yang kerajaan tayang.. semua cakap ikut dan.. memang ada can nak hinggap tangan..

gua yang memang sedia peramah memulakan perbualan dengan member gua punya akak punya anak.. ahhhhh.. susah -susah dalam cerita ni gua panggil dia leman..

gua :"leman sekolah tak besok?"
leman: "skolah.." jawab leman pendek sambil cedok aiskrim atas meja..
gua : "periksa baru ni dapat nombor berapa?"
leman: "18".. jawab takda perasaan..


kalau gua dapat nombor macam tu masa sekolah dulu memang gua tak merasa la zaman kanak-kanak gua.. mesti bapak gua suruh ngadap buku 24jam.. nasib gua maintain nombor 1 - 2, 1 - 2.. paling teruk pun gua penah jatuh no 5.. tu pun sebab gua tak datang periksa.. sebab gua sakit apa gua tak ingat.


gua : "18??" (gua buat-buat nada terkejut)..
gua :"leman belajar la rajin - rajin... kalau leman dapat abang bagi hadiah.." gua membahasakan diri gua sebagai abang dengan leman.. gua pun muda lagi.. lagi satu supaya leman tak rasa kekok sembang dengan gua..
gua :"leman nak hadiah apa?".. sambung gua lagi..
leman: "handphone macam uncle pi.." (hp nokia ape tah yang cucuk-cucuk gua batang lidi tu)


peh!.. gua agak tekejut dengan jawapan leman.. dia nak buat apa jadah handphone?? handphone gua pun abis2 gua guna buat sms n kol awek gua.. takkan dia dah ada awek??

gua :"ok.. kalau leman dapat no 1 abang belikan.. " sambil calit ibu jari.. gua berani buat janji dengan leman sebab gua tengok budak ni takda ciri-ciri nak dapat no 1.


gua syak sekarang ni handphone dah jadi teknologi yang tak canggih.. dah macam kalkulator jer stendet dia..


gua sendiri pun umur 19 tahun baru pakai handphone.. lagi satu gua perasan trend sekarang handphone dah canggih-canggih siap boleh surf net, send email.. tapi handphone yang ada aplikasi merepek ni semua gedabak-gedabak saiz dia.. gua suka jenis yang kecik-kecik muat kalau simpan dekat coin pocket seluar jeans.. boleh sms dengan dengar suara awek gua dihujung talian cukup.. oleh jawapan yang diberikan oleh leman gua terpanggil untuk buat entri pasal henaphone gua penah pakai.. gua banyak kali juga bersilih ganti handphone.. bukan gua tak setia.. semua hanpdphone gua barai.. mungkin sebab kecik kot tu yang cepat rosak




ni handphone pertama gua.. adiah dari akak gua sebab gua dapat masuk U.. barulah student U pakai hp.. baru "cool".. handphone ni gua pakai satu tahun jer.. gua punya dulu kaler silver vodafone.. sebab kekerapan gua guna handphone keypad dia semua ilang tulisan.. handphone ni ditamatkan perkhidmatan dengan gua sebab dia ikut sekali junam dengan seluar jeans dalam mesin basuh..








lepas tu gua pakai handphone ni pulak kaler itam.. sebangsa dengan handphone gua dulu.. brand ni agak TOP waktu tu.. gua pun tak tau apahal.. gua saspek waktu tu kilang-kilang di negara china masih tertumpu kepada pembuatan kereta-kereta hotwheels. handphone ni abang gua yang hadiahkan.. takda sebab.. kesian dengan gua kot sebab handphone gua masuk kelas renang.. handphone ni boleh berdiri dan "menari" kalau ada vibrate.. kira cool la jugak waktu tu.. handphone ni la jugak bertanggungjawab untuk CERITA entri gua sebelum ni.. handphone ni agak batak dari hanpphone gua sebelum ni.. handphone ni kena curik masa gua tido lepas asar.. gua syak pencuri tu pro sebab bolih amik dari bawah bantal..


lepas tu gua tak pakai handphone lama jugak.. apa gila duk kolej asik kena curik jer.. lagipun gua lebih prefer gua public phone.. masa tu publicphone tumbuh bagai cendawan lepas hujan lagi.. sekarang jer gua dah susah sikit nak tengok.. lagipun dulu gua mana ada awek.. mane ade orang nak dengan gua yang takda pinjaman PTPTN ni.. masuk sem 3 gua apply PTPTN, apa gila orang joli katak gua duduk diam-diam kat kolej.. keluar pinjaman gua angkat hp ni.. harga gua tak ingat.. agak mahal jugak la masa tu.. gua suka hp ni sebab dia kecik.. masa ni orang tengah top pakai 3310.. boleh main game snake dekat handphone.. UP sikit guna hp nokia butterfly.. lagi canggih bolih lawan main game snake guna infrared.. peh.. tp gua suka lain dari lain.. hp gua sebijik yang sebelah kiri.. tapi gua tak pakai hp ni lama.. gua tolak hp ni dekat abang gua dengan simkad skali.. waktu tu takda leceh macam skrg nak beli simkad pun nak tunjuk ic.. sebab gua bukan pakai sangat.. top up 30rm tamat tempoh kedit ada lagi dalam 20 lebih.. masa gua tolak kedit dalam tu ada dekat2 200 cuma dah tamat tempoh.. waktu ni jugak handphone dah takda antenna..


sebab duit gua banyak tak tau nak beli apa.. lagipun duduk kolej mana ada nak bayar apa..nak beli grapikkad pun dulu mana ada game power-power.. paling kuat pun main redalert. lagi satu dulu mane ade lagi ram 2gig.. kalau lu pakai ram 256 dua keping pun performance pc lu dah terbaik.. makan pun kerajaan tanggung.. gua angkat phone ni kaler biru laut.. zaman ni pulak tengah TOP ringtone poliponik.. volume ringtone bagi max baru satu kelas bolih dengar kalau ada panggilan masuk.. masa ni pun handphone kaler screen baru nak naik..handphone pun gua tak pakai lama sebab gua bagi dekat mak gua.. rumah baru kita orang masa tu xda telefon lagi.. senang sikit gua kontek mak gua tiap-tiap minggu..



gua angkat handphone ni pulak sebab zaman ni pesen tukar-tukar no telefon.. dan selalu gua cakap takda phone.. bagi memastikan orang tak pikir gua sombong gua beli la juga hanphone.. lagi pun senang sikit nak buat assignment dengan budak-budak siswi.. lagi satu senang gua kontek lecturer gua untuk bincang pasal pelajaran..handphone ni pun boleh tahan lasak gua guna sampai 3 tahun.. lepas tu skrin dia dah buat perangai main hilang - hilang..


zaman ni handphone dah jadi satu keperluan..walaupun hanphone lu takda kedit sekurang-kurangnya orang boleh carik lu kalau ada apa-apa urusan yang penting.. handphone ni dah ada fungsi 3G.. tapi haram sekali pun gua tak penah pakai function tu..ringthone pun dah bolih sumbat mp3.. gua tak pakai handphone ni lama.. sebab screen dia dah mula keluar sebelah jer.. mungkin sebab gua beli second. tu yang cepat rosak.. oh ya.. hp gua kaler pink.. waktu tu "pink is new black"..



lepas tu gua tukar guna handphoe ni pulak.. gua rasa hanphone ni cukup sempurna buat gua.. nipis, kecik, alarm dia kuat yaaa amat.. memang gua terjaga kalau dengar alarm dia.. memang elok je la handphone ni.. gua tak dapat cari kekurangan dia dengan cara gua pakai handphone. handphone ni gua beli masa dia baru keluar lagi harga dalam lapan ratus.. tapi jodoh ktorang tak lama.. handphone ni pun barai selepas jatuh dari meja makan dan tertendang ke dinding.. ahhh.. lu merupakan benda terbaik pernah hadir dalam hidup gua..

hujung bulan lepas gua angkat pulak handphone ni.. gua tertarik untuk mentuankan hanphone ni sebab dia kecik.. cuma gua tak berapa berkenan dengan dia punya program kat dalam GUI dia gua bagi 4/10.. lagi satu handphone ni macam berat tak padan dengan saiz dia.. padahal kecik jer.. warranty ada lagi setahun.. dengan berbaki 351hari warranty lagi.. handphone ni pergi menghilangkan diri.. gua kol-kol nak kesan dia berada kat mana asyik awek omputeh jer yang sambut.. dan sekarang gua takda handphone.. macam mana gua nak koling2 dengan awek gua..
macam mana kalau-kalau syarikat minyak dari abu dhabi try kontek gua nak offer gua kerja gaji 6 angka??
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
BANGSAT!!!!
ni semua kapitalis punya kerja..

Tuesday, April 13, 2010








"Sebutir nasik ibarat setitik peluh petani"

lepas ni gua janji akan rajin-rajin makan nasik..

Monday, April 12, 2010

lu layak dapat gua punya tabik spring!!

gua : "uncle.. umur u brapa??"

uncle j : "aish tua suda ni.. tahun ni masuk 51 tahun suda uncle hidup."

gua : "lama suda uncle buat kerja ni??"

uncle j : "dari aku umur 14 tahun lagi sampai ada anak 11 orang sekarang.."
uncle j balas sambil senyum kesipuan..

gua : "brapa la uncle dapat 1 kali naik?"

uncle j : "tengok jenis barang la.. kalau yang berat-berat macam ni dapat la 30rm satu kali naik.."

gua : "satu hari brapa kali pulak uncle turun naik.."

uncle j : "kalau cuaca ok.. 3-4 kali la jugak.."
balas uncle j sambil hembus asap rokok daun.. memang klasik aroma dia..

gua : "tak penat ke uncle??"
uncle j memberi jawapan hanya dengan senyuman..

uncle j : "ok la uncle naik dulu.. ada dua bijik lagi tong gas dibawah.."

gua : "ok.. pelan-pelan uncle.."

Tak sampai 5 minit uncle j memasuki blind side gua.. sambil gua dua tiga kali berhenti amik napas..








p/s : gua ingat gua nak menuntut ilmu dengan uncle j.. lu orang nak join??? mane tau blaja ramai-ramai bolih dapat diskaun.


p/s2: lepas ni gua dah ada point nak lempang orang sampai berterabur gigi kalau gua ada dengar orang yang keje duduk dalam ekon lepas tu bising-bising cakap penat..

Saturday, April 3, 2010

binatang bersisik..




mak : "agak-agak kalau spray guna ridsect boleh tak ni??"
mak gua mengutarakan pendapat..

gua tak balas pertanyaan mak gua.. gua cuma bagi jelingan dengan kening berkerut tanda kurang bersetuju dengan pendapat mak gua.. mak gua terdiam.. mak gua mengekori belakang gua.. ditangannya tergengam kemas batang penyapu.. gua??.. hanya berbekal sebungkus plastik hitam berisi belerang..

gua selak pintu reban ayam mak gua.. dimulakan dengan bacaan bismillah gua melangkah masuk .. gua nampak binatang bersisik panjang lebih kurang dua meter sedang melingakari kotak double A tempat ayam mak gua mengeram telur.. diluar reban kedengaran ibu ayam sedang riuh.. mungkin sedang risau akan telur-telurnya yang satu persatu dilapah oleh binatang bersisik tersebut.. bukan ibu ayam tersebut tidak menjaga keselamatan telur-telurnya.. dia sudah mencuba.. namun mungkin bintang bersisik itu bukan lawannya ibarat helang dengan pipit.. sudah dicubanya untuk menghalau binatang bersisik tersebut namun dengan hanya sekali libas, ibu ayam terkeluar dari reban ayam..

binatang bersisik tersebut masih rancak melapah telur-telur ayam tersebut.. gua cuba aplikasikan ilmu yang gua ada.. gua letak lutut kanan diatas tanah.. tangan kanan diatas lutut kiri.. siku kiri diatas peha kiri.. gua toleh kebelakang pandang tepat kat mak gua.. mak gua paham.. cepat-cepat mak gua tutup pintu reban.. gua pejamkan mata.. sambil gua baca apa yang patut.. dengan izin yang maha Esa.. gua berjaya masuk ke alam ular tersebut.. dengan lembut gua bagi salam..

gua : "Assalamualaikum.."

binatang bersisik tersebut tidak menjawab.. cuma dia sempat memaling kepalanya kearah gua lalu menyambung menelan telur-telur ayam tersebut..

gua : "kenapa kamu makan telur-telur tu?.." gua bertanya lagi..

skali lagi biantang bersisik tersebut berpaling cuma kali ini berserta dengan jawapan..

BS : "aku jumpa aku makan la".. jawab binatang bersisik tersebut..
gua : "masalah dia telur ni hak orang, kamu tak boleh ambik hak orang sesuka hati.." balas gua..
BS : "ahh.. aku lapar!!!" bentak binatang bersisik tersebut..

gua agak terkejut dengan suara binatang bersisik itu yang agak kuat..

gua : "saya sarankan bagus kamu beredar sembelum terjadi apa-apa, takpa yang kamu dah makan tu saya halalkan" bicara gua lembut kepada binatang bersisik..
BS : "ahhh... aku mahu habiskan semua!!!.." balas binatang bersisik.. "
gua : "baiklah kalau itu yang kamu pilih.."




gua seluk beg plastik berisi belerang.. gua hancurkan sehinga menjadi serbuk dengan tangan.. gua baca apa yang patut..
Allahuakbar!! jerit gua sambil mecampak belerang kearah binatang bersisik tersebut.. binatang bersisik berhenti menelan telur-telur tersebut dan memberi riaksi seakan-akan kepanasan.. dengan tidak semena-mena kulit binatang bersisik bertukar menjadi warna keemasan.. dan mata menjadi merah menyala.. badan membesar dua kali ganda..

"KENAPA KAU GANGGU AKU!!!" jerit binatang bersisik sambil menerpa kearah gua.. PANG!! binatang bersisik melanggar pendinding yang gua pasang sehingga pecah.. gua terpelanting ke tepi dinding.. mata gua berpinar.. kepala gua bergoyang.. badan gua seolah - olah termati seketika.. keaadan dalam reban ayam mak gua dipenuhi asap.. belum sempat gua berdiri sekali lagi binatang bersisik menerpa kearah gua.. kali ini gua tak sempat buat apa-apa yang gua sempat buat memeluk bahu kanan gua dengan tangan kiri bagi mengelakkan binatang bersisik melilit leher gua..









.................................................................. ahhhhhhhhhhhhhhhh apa gila gua nak buat cerita berlawan dengan ular sawa.. ceh!!



p/s : cerita diatas rekaan semata-mata.. tang ridsect tu je yang betul..

p/s2 : sebenarnya brader dalam gambar tu yang tumpaskan ular sawa tersebut.. steady.. cuma guna batang paip..

p/s3 : apa gila gua nak lawan dengan ular sawa.. nyaris-nyaris gua kol bomba suruh tangkap..

Friday, April 2, 2010

.....

kenapa gua lama tak buh entri..
gua ada aktiviti baru..
ahhh.. kalau gua sembang panjang-panjang pun bukan lu orang baca..
lu orang KLIK SINI kalau nak tau..
lu orang bolih pilih ikut citarasa lu orang..
kalau stakat nak hilangkan sakit-sakit badan takda hal..