Pages

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul..

harini masjid baharu kampung gua dah mula digunakan setelah menunggu hampir 2 tahun...
ramai yang berpendapat masjid baharu ni lebih sempit dari masjid yang lama.. penduduk kampung mula berdiskusi secara serius macam mana benda ni boleh berlaku.. kenapa buat masjid yang lebih kecil sedangkan sudah sedia maklum masjid dahalu yang lebih luas tidak dapat menapung jemaah yang ramai.. jemaah yang ramai mereka maksudkan adalah solat jumaat yang kena waktu cuti am, solat hari raya aidifitri dan aidiladha.. walhal solat fardhu nak dapat 2 saf pun susah.. ramai yang mengandaikan terdapat penyelewengan yang berlaku semasa proses pembinaan dijalankan.. dan bermacam-macam andaian negatif telah dibuat keatas mereka -mereka yang terlibat dengan proses pembinaan masjid baharu kampung gua..

penduduk a : "siapa yang rasmi masjid tu tadi.. TYT ke?" (soal salah seorang penduduk kampung.. nampak sangat tak pergi solat jumaat)

penduduk b : "mana ada.. belum kena rasmi pun.."

penduduk a : "aik.. kenapa gua nampak dari rumah ada makan-makan usai solat jumaat td?"

penduduk b : "ler... kan ke harini maal hijrah.."

penduduk a : "oooooo..."

p/s: gua rasa tak lama lagi kampung gua kena langgar dengan ombak besar..

Thursday, February 25, 2010

buah - buahan import bersurat finale

gua sampai kat port yang gua cakap tadi.. tapi kene parking jauh sikit.. sapa la perancang bandar dia ni tak cerdik langsung.. kalau gua la, da lama gua buat satu flyover dari rumah gua sampai parking kat office gua.. gua menapak ada la jugak dalam 200m dahi gua pun dah galak berpeluh.. orang kulit halus memamg cepat berpeluh.. gua sampai kat destinasi.. gua nampak kotak buah2han import.. tapi takda org.. tutup.. kat hujung kot.. gua sedapkan hati.. gua percepatkan langkah.. sampai kat hujung gua nampak pisang... pisang.. pisang.. gua sergah akak tu..

"hoii.. mak gua nak anggur yg lu p jual pisang pasal apa??" akak tu tak bagi respon.. mungkin sebab gua sergah dalam hati.. gua dapat bayangkan ah so-ah so yang selalu jual buah2 import kat situ tengah beraya dengan cucu-cucu dia.. gua patah balik.. gua cuba menggunakan algebra mudah untuk mempertimbang kebarangkalian gua pegi balik giant untuk beli epal mak gua.. tapi bila gua teringatkan senyuman pakgad tu tadi gua bantutkan niat gua.. takkan gua sanggup diperkotak-katikkan oleh seorang pakgad.. neraka tidak!!!.. gua ada satu tempat lg.. tp gua tak pegi sebelum-sebelum ni sebab supermarket ni dah tutup 2 hari sebelum raya cina lg.. gua cuba juga.. gua taknak mak gua lari pegi batu belah batu betangkup plak nanti.. susah nak kejar gua tak hafal jalan sangat.. takda lengah gua terus pegi supermarket tu.. gua nampak banyak kereta-kereta murah parking kat luar.. hati gua berbunga.. gua kembali senyum.. gua melangkah gagah.. gua pegi section buah2an.. ahh suda.. epal jer yang tinggal tu pun tak sebotox yang kat giant.. gua cuba guna ilmu psikologi gua untuk reka alasan yang konkrit kenapa takda anggur.. otak gua buntu.. keliru.. rasa macam gua jawab kertas prinsip akaun masa spm dulu.. dengan longlai gua capai epal setengah dozen.. gua ambik aiskrim walls 2 liter.. harap dapat sejukan hati mak gua..

gua bayar.. tiba-tiba gua terdengar suara menahan gelak.. hik.. hik.. bunyi seolah-olah tersekat-sekat.. gua toleh kanan.. gua toleh kiri.. seorang pun tiada memberi mimik muka seolah-olah sedang ketawa.. gua abaikan.. tak penting.. gua masuk dalam skyline.. gua letak barang kat passenger seat.. "ahhhhhhhhhhh.. sudahhhhhh..." kali ni gua dengar gelak ketawa besar.. halkum ketawa dengan riangnya.. gua terbeli aiskrim macammana gua nak basuh skyline... nasib baik la gua takda buat janji kerat jari dengan skyline nak bawak dia pegi main air arini... gua usap - usap stering skyline.. sambil cakap.. "hujung minggu ni ye".. skyline tak bagi respon.. ceh.. memang jenis takda perasaan..

gua malas nak pikir panjang gua terus shoot balik rumah.. gua rumuskan aktiviti arini kurang berjaya.. gua tak dapat carik anggur mak gua.. gua tak dapat bawak skyline pegi main air.. sepanjang perjalanan balik gua suasana di iringi dengan hilai tawa halkum sampailah gua jerit "DIAM!!!".. baru ler dia senyap.. sesampai di rumah.. mak gua tengah lepak-lepak kat hall tengok tv.. gua terus cakap kat mak gua sebelum dia sempat bertanya..

gua: mak anggur lu nak takda..
mak: owh habis la tu.. baru CNY kan..

ler.. camtu jer respon mak gua?? gua saspek mak gua akan nangis sambil lari pegi batu belah.. hati gua jadi sedap sikit.. gua letak barang-barang yang gua beli tadi atas meja makan.. gua amik aiskrim gua letak dalam peti sejuk.. karang tukar nama jadi air krim pulak.. gua letak epal dalam raga.. gua nampak milo yang gua beli tadi...

ahhhhhhhhhhh FARK!!!!!!

gua lupa beli ais... kesian tekak gua....

Wednesday, February 24, 2010

buah - buahan import bersurat part III

Gua pegi ada satu supermarket G*MART nama dia, beroperasi dengan motto now everyone can buy!.. tak kreatif langsung... tak sempat masuk gear 3 dah sampai.. gua masuk gua pegi section buah2an.. gua riki-riki epal jer ada.. tu pun yg macam tak cukup botox. gua tak jadi beli.. tapi gua sempat rembat jus oren ngan milo.. panas-panas macam ni kene milo ais pekat sedap ni.. tekak gua bersuara.. gua ikutkan jer..gua bayar.. gua blah.. gua shoot pergi giant pulak , gua sempat layan drift kat roundabout kali ni.. kat giant gua jumpa epal yg cukup botox.. gua angkat 1 dozen.. gua carik-carik anggur pulak takda.. aik.. malaysia dah bekukan import anggur ker? ke CNY bebaru ni limau mandarin dah kene ganti dengan anggur?? gua cuba merungkai permasalahan yang gua hadapi.. dem gua rasa kecewa xdapat sempurnakan amanah mak gua..tapi gua berusaha jugak gua pegi fridge tengok air anggur.. takda jugak.. watdehel..pastu gua bajet nak beli ribena jer.. tapi gua jadi konpius kejap anggur dengan blackurrant sama ke? bab-bab ni gua lemah sebab gua tak main farmville.kensel ribena..vmasa gua lalu dekat section beverages tu gua nampak ada sorang staff tengah gigih punggah aiskrim masuk dalam kotak ais., halkum gua bisik pulak.. "pergh.. panas-panas macam ni pekena aiskrim konpem terangkat".. gua cakap betul jugak.. dah nak sampai kat kotak ais gua patah balik.. tak boleh, skyline nak pegi main air pasni.. tak ke cair aiskrim tu nanti.. gua try bagi penjelasan dekat halkum. tak dengar satu bunyi dari halkum.. majuk la tu.. gua tak kesah.. bukan nye boleh manjakan sangat nanti naik kepala..

tiba-tiba random access memory gua berfungsi dengan baik.. gua teringat satu port tempat mak gua slalu ajak gua beli epal dan anggur masa gua kecik-kecik dulu.. gua suka ikut mak gua pegi port tu bukan sebab gua suka makan buah2an... sebab kat situ ada jual ding dang dengan hotwhells made in china harga 2 ringgit.. 2 minggu lepas pun gua ada lalu area-area tu.. gua masih boleh nampak anggur kena gantung banyak-banyak dah macam kedai mainan kat masjid india gua tengok.. gua letak balik epal yang gua amik tadi ingat nak beli kat sana skali boleh dapat diskaun sikit.. gaji gua ribu-ribu pun kena bijak berbelanja.. jadi gua keluar dari giant lengang kangkung.. sampai ada sorang pakgad ni jeling kat gua sebab tengok gua lalu jer kaunter tu takda bayar barang..("lu ada sumbat battery triple AAA ke kat dalam poket sluar lu tu? ke lu tak cukup duit??") gua jeling balik..("kedai tokey lu tak cukup barang.. meniaga main-main.. gua balas")... dia senyum.. gua balas balik dia punya senyum...

to be continue.. hohoho..

Tuesday, February 23, 2010

cerita kedai kopi..

Gua tengah tunggu kawan gua kat kedai kopi.. kat tempat gua xda stabak.. gua janji nak teman member gua untuk beli barang-barang basah untuk kenduri majlis bertunang dia esok.. gua saja datang awal.. gua manusia jenis gua cakap gua buat.. gua cakap gua datang pukul 2 pukul 1 gua dah sampai.. tapi gua gagal aplikasikan benda ni masa gua stadi dulu sebab gua tak cakap gua nak datang awal pegi kelas.. tak pun hantu himpit kat rumah sewa gua banyak sangat.. tu yang susah sangat nak bangkit.. tu tak termasuk jin dari blok sebelah buat jahat kat rumah sewa gua.. gua ada dengar jugak pakcik duduk rumah sebelah cakap kat belakang rumah sewa gua keras.. bukan gua saja2 tak hormat lecturer gua masuk time dia da start membebel..

gua bukak rokok lucky strike gua baru beli td.. gua ronyok plastik sumbat lubang bawah meja.. gua lunjurkan kaki letak atas kerusi depan.. gua sedut sepam.. gua minum teh tarik gua order tadi... gua sedut asap dalam-dalam.. gua hembus guna hidung..

gua nampak kelibat manusia yang gua kenal baru masuk kedai kopi yg gua tengah langgan.. sah gua kenal.. gua cam dia punya parut dekat lengan sebelah kiri.. ni member gua dari kecik merangkap jiran member gua yang nak bertunang esok tu.. parut tu dia dapat jatuh dari pokok gajus.. masa jatuh dia landing guna tangan.. skali tulang bagi koyak dia punya otot flexors.. jatuh tak guna otak!!!.. itu masa dia paling cool datang sekolah tangan balut simen.. siap bagitau tangan dia ada pasang besi.. padahal mak dia story, dia tak benti-benti meraung masa doktor nak suntik ubat bius.. awek-awek semua nak sain kat simen dia.. 1 bulan lebih jugak saham gua kat sekolah jatuh.. lepas dia bukak simen saham gua naik balik.. dulu boleh cakap gua dengan dia sealiran..lepak sama.. buat benda baik sama-sama.. cuma lepas dia kawen 2 tahun lepas gua dah jarang lepak dengan dia.. gua tak kecik ati.. bagus la dia bagi komitmen kat family dia.. hati gua mula berbisik.." ok jugak ni boleh lepak dengan dia sambil tunggu member gua yang nak bertunang tu sampai.."

gua jerit..
"Hoi mat!!"
dia berpaling ke arah gua.. dia bagi reaksi macam ada perompak nak rompak dia.. ada penyamun nak samun dia..tapi dia gagahkan jugak pergi meja gua.. gua tau la masa sekolah dulu gua selalu suruh dia belikan gua nasik lemak kat kantin.. tak kan dia ingat gua nak suruh dia beli lemak lagi.. gua pindah kan rokok tangan sebelah kiri.. gua hulur tangan salam dengan dia..

"lu nak p mana?"
"mimiminum" dia jawab pendek dan tersekat-sekat..
gua tak perasan pulak dia ni gagap sebelum ni..
"jom la skali gua tengah tunggu dol ni.." pelawa gua..
"takpa.. gua ada janji nak jumpa kawan".. terang dia..
"owh.. ok" balas gua..

dia pun pegi duduk meja selang 4 buah dari meja gua.. gua dengar dia ni ada bukak bisnes.. bisnes apa gua tak berapa pasti..ni nak jumpa client dia la tu kot.. xpon bisnes partner dia.. gua pun takut jugak nak lepak semeja dengan dia.. takut takda bahan nak disembang.. kekadang isu-isu yang dibangkitkan orang-orang yang dah kawen bukan ilmiah sangat.. gua tengok jam blackberry gua baru pukul 1.30.. gua sambung hisap rokok..sambil hirup teh tarik kurang manis gua.. 10 minit lepas tu member gua sampai dengan motor rxz dia beli guna duit PTPTN masa dia stadi lagi.. ktorang bersalaman..

"da lama sampai??" member gua tanya..
"tak lah.. baru jer.." jawab gua beradab..
"mat kat blakang.." gua bagitau dol sambil gua toleh belakang.. eh dah makan.. td cakap minom jer dah kawen pun makan kat kedai??..
(mungkin dia nak ambik tenaga nak meeting dengan member dia tu nnt.. gua cuba hilang prasangka buruk gua..)
"ooooo" jawab dol 2 harkat..

mat seolah-olah dapat rasa kitaorang tengah sembang pasal dia.. mat berpaling kearah kitaorang.. gua dan dol senyum serentak..mat sambung makan tanpa balas senyuman kitaorang.. nikmat sangat kot beriani kambing yang dia makan tu..dah selesai buat plan lebih kurang nak beli kat mana barang-barang member gua kitaorang pun gerak.. gua himpit note rm10 bawah gelas teh tarik yang dah habis gua minum.. kitaorang pun masuk skyline gua.. sambil reversekan skyline gua saja usik member gua yang duduk sebelah..

"lu dah ready ke nak kawen ni?? lu tengok mat tu.. anak baru satu dah makan kat kedai sorang-sorang..lu nak jadi macam tu ke?? macam orang takda bini? haha" saja nak uji tebal mana iman member gua..

"oooo...bini dia pegi kursus,anak dia hantar rumah mak dia.. loan bank rakyat 100k dia baru approved.." jawapan ringkas dol kepada soalan gua yang panjang lebar..

"BANGSAT!!!!!"
..gua balas lagi ringkas... sambil tenung ubun-ubun dia tajam-tajam..

patut la gua ajak lepak skali tak nak.. lu ingat gua nak pow lu punya loan ke??

breakfast ringan...

Gua ingat nak breakfast ringan-ringan hari ni..
memandangkan poket gua pun dah tak brapa nak berat..
gua order nescafe suam dengan roti telor..
skali gua tengok dia punya penebar roti seorang gadis..
ni la pertama kali gua rasa roti telor gua kena tebar oleh seorang gadis..
tak sampai hati gua nak makan roti telor tu...

"mungkin sebab gadis tu tak pakai tudung??..
atau sebab gadis tu pakai babyT nampak ketiak??.."

gua balik opis gua jadi runsing..
kenapa gua sanggup makan roti telur air peluh seorang mamak daripada roti telur air tangan seorang gadis??

breakfast gua hari ini betul-betul ringan...

Monday, February 22, 2010

buah - buahan import bersurat part II

ehh.. langkah gua terhenti.. gua tgk surat tu tulis nama gua.. gua sambung langkah balik.. gua guna otak sebelah kanan gua cuba flashback balik kalau-kalau gua ada terlibat dalam kemalangan menyebabkan tauma kepala baru2 ni.. takda pulak.. seingat gua.. masa stadi dulu gua amik bidang IT. lagipun gua rasa gua tak pernah gatal2 antar resume nak jadi lawyer.. wasiat arwah bapak gua pun dah settle 8 tahun lepas.. nak cakap bini gua nak tuntut cerai, gua tak kawen lg.. kenapa pulak ROZAINAH & CO , Advaocates & Solicitors Syar'ie Lawyer bagi surat kat gua, pastu otak sebelah kiri gua bisik dengan tertib.. weh.. PTPTN lu xbayar lagi kan??.. gua bukak, memang dia pun.. surat tu bagitau gua tak bayar PTPTN lagi.gua baca dengan teliti ada satu statement tu cakap gua dah tertunggak dalam 5k lebih.. aik.. macam tak kukuh jer surat ni.. macam naik court masih boleh menang.. gua tak ambik pusing pun bukan gua tak nak bayar.. gua ada duit gua bayar la nanti.. gua tak bayar gua masuk kubur nanti pun susah..

Gua percepatkan langkah kesian skyline kepanasan.. sebenarnya takut langkah abang baju puith lagi laju dari gua. gua sampai skyline. gua jenguk wiper.. clear.. gua senyum.. gua masuk, ajar skyline turun island plak.. gua shoot pergi bsn plak, kali ni gua dapat parking betul2 depan bank.. xde la berpanas skyline.

Gua masuk bank gua beratur kat kaunter bayaran bill. awek jaga kaunter sebelah senyum manis kat gua. gua tak cepat tergugat.. gua balas senyum sikit.. untung-untung nextime datang takyah ambik no lagi.. takpun dia tolong bayar terus bil mak gua bulan depan.. nanti gua tak senyum orang cakap sombong gua sombong pulak.. gua tunduk.. checked.. zip naik.. gua buat-buat pegang hidung.. takut-takut ada tahi hidung kering terkeluar.. checked.. takda.. kat depan gua ada sorang uncle tengah bayar bil.. agak lama jugak la gua jadi tenungan rakus awek tu.. dah settle semua.. gua blah.. awek kaunter sebelah sempat ucap manja, byeeeeeee.... gua balas pendek dan kemas, bye! sampai skyline gua terpikir balik adakah mitos rambut pacak itu benar?? ahhh persetan tu semua, satu amanah gua dah settlekan.. skang p carik buah mak..

to be continue lagi.. heheh

iblis

Tiap petang budak-budak kampung gua ada main bola, tp kalau hujung-hujung minggu gua orang lebih prefer main tendang2 kaki. lu orang cuba bayangkan 1 team 20 - 30 orang, kalau lu keluar rumah pasang niat nak main bagi peluh keluar.. gua sajes lu tak payah main ala2 liga inggeris,main pass2, lu dapat bola lu bawak dari bawah sampai atas,sampai lu orang rasa napas lu orang dah xda..takyah teamwork sangat, kalau tak sampai ke maghrib la ketiak lu masih kering..yang main pulak semua budak2 muda yang gagah2 berlari, gua bisik dalam hati.. "gua dulu pun pernah buat bawah 11 saat 100 meter", gua tarik dalam-dalam gua hembus guna hidung asap rokok sambil ikat tali but gua kat tepi padang..

tapi siyes kalau lu orang boleh elak lu orang punya tulang kering dari kena tendang pun suda cukup bagus..Michelle Wie pun boleh terseliuh ankle.. ni kan pula main bola dengan orang ala2 cerita sami main bola..gua ingat kalau wayne "RudeBoy" ronney main skali boleh duduk tahiyat akhir kat tepi padang..

usai main bola gua dengan member gua lepak-lepak kejap bagi otot-otot kita orang benti menguraikan glukosa dan glikogen.. sambil sembang-sembang, tiba-tiba sorang member gua terkedu..

cepat2 gua sergah member gua, takut2 member gua dah xda..
"lu apahal?? tertelan hingus??"...
"macam lu!"...
member gua balas pendek..

gua toleh belakang gua cuba cari apa yang member gua cuba sampaikan..gua tengok ade sorang brader kacak baru keluar dari kereta mewah.. gua ikut terkedu skali.. mamat kacak tu sebijik macam muka gua.. sorang member gua jerit nama gua, member-member gua lain pun join sepam.. pastu disudahi dengan hilai tawa.. sampai la brader tu blah.. selain brad pitt ni la pertama kali gua jumpa sebijik macam muka gua..

sedang otak gua mencernakan oksigen2 yang baru diserap tiba gua teringat satu hadis yang ada cakap waktu senja menjelang maghrib eloklah berada di dalam rumah sebab waktu-waktu macam ni iblis da start keluar.

gua istigfar panjang...
gua balik mandi.. ambik wudhu..

gua saspek brader tu td iblis menyerupai gua... tu yang boleh pakai kereta mewah..

Thursday, February 18, 2010

buah - buahan import bersurat

Sebelum raya cina aritu gua dapat surat pos daftar,gua pikir-pikir sapa pulak yang nak bagi pos daftar kat gua,nak cakap gua menang peraduan power root memang tak lah sebab gua tak pernah hantar pun dia punya borang peraduan.ada skali gua tengok dia punya show,contestants dia semua cam bengap2 jer.. banyak sangat minum power root la tu.. 26 tahun gua hidup pernah pulak gua dapat angpow melalui pos, kad ucap CNY lagi lah tak, secret2 admire gua pun dah lama tak antar2 hadiah kat gua, dalam kepala gua member kat aus hantar barang baik kat gua kot. gua agak je la. sebab dia sorang jer handal main pos2 ni. masa abang posmen hantar takda orang kat rumah, jadi kena amik kat post office. arini lastday gua cuti jadi gua ingat nak ringankan tulang pegi post office amik surat lagipun gua nak cuci gua punya skyline skali, kesian dia luar dalam berhabuk. sebelum keluar rumah, rambut gua bagi pacak. orang cakap rambut pacak ada market, saja gua nak test tengok mitos tu betul ke tak.

tak sempat gua panaskan enjin skyline mak gua yang tengah bagi ayam makan tegor gua..

mak : lu nak p mana?
gua : post office amik surat.
mak : lu tolong bayar bil api boleh?
gua : orait xda hal, bak bill

tak sampai 2 minit mak hulur bil api ngan duit skali.... sambil pesan.. bayar kat bsn.. cepat..
gua capai bil api bagi balik duit, sambil cakap, "ni duit simpan beli barang dapor, malam ni masak best2" tapi dalam hati la.. sori mak, gua tak gaji lagi. takpa ananda krishnan punya bil nanti gua tolong settlekan. gua simpan kemas-kemas niat suci murni gua dalam hati.

gua : .....
mak : ni duit lu tolong beli buah2 cket.
gua : buah apa?
mak : epal ngan anggur.
gua : amboi.. limau mandarin tak nak?
mak : ...... (sambung bagi ayam makan)

gua masuk dalam skyline, cucuh rokok, masuk gear 1... 2... 3... 4... 5... 6... maintain kelajuan 210 km/j. 4 minit sampai post office.. dem.. ramai pulak orang kat post office. Dorang tak ada hari lain ke nak berurusan dengan post office ni, dah tawaf post office dalam 3 kali tak dapat parking lagi.gua nekad.. gua nampak island baik punya gua ajar skyline cara2 macamana nak parking atas island dengan kaedah yg betul. gua ingat skyline paham dengan ajaran gua. sambil kunci skyline supaya tak kena culik. gua panjatkan doa agar abang2 baju putih tak nampak wiper skyline gua untuk selit surat cinta, ataupun tengah brunch untuk kesekian kalinya.

masuk post office ade la dalam 20 orang customer, gua terus pegi kaunter claim surat. tapi takda orang. gua nampak kelibat orang kat dalam opis tengah susun-susun surat. gua saje2 berdehem.. takda respon.. gua bagi kuat sikit.. takda respon jugak.. terpaksa gua guna sixth sense gua cuba untuk berkomunikasi dengan minda separa sedar akak yg tengah susun surat tu.. gua cuba.. gua dah masuk minda akak tu.. gua jerit dalam minda akak tu.. "akak saya nak amik surat!!". alih2 ada abang sorang lagi kat belakang pulak tengok kat gua.dengan kadar segera gua angkat form apa ntah.. nak bagi tau yang gua nak amik surat ("tinggi ilmu abang ni boleh dengar apa yang gua cakap kat akak tu"). abang tu terus bagitau akak yang tengah susun2 surat tadi.. akak tu toleh belakang, lepas tu sambung susun surat balik.. takpa gua pun bukanya nak rush sangat, lagipun ntah bila lagi gua berkesempatan ziarah post office ni. seminitlepas tu akak tadi tu datang.. gua hulur form tu td.. dia paham.. dia masuk dalam balik carik surat gua. xsampai 15 saat akak tu keluar balik bawak surat,wow.. efisyen akak ni buat kerja (sambil puji dalam hati) akak tu mintak ic.. gua hulur.. akak tu mintak sain plak.. untuk tidak mengahampakan akak tu gua sain jugak, gua sain ala2 pegawai kerajaan gred F52.. akak tu hulur surat dengan ic skali.. takut jugak akak tu terlupa bagi balik ic, takut takda bukti yang gua ni warganegara, sebab ramai orang ingat gua asal dari eropah. gua capai surat dengan ic sambil ucap terima kasih, akak tu balas dengan senyuman protokol jer..

ehh.. Tiba2 langkah gua terhenti.......

to be continue.. hehe