Pages

Tuesday, July 27, 2010

baju t kuning..

maghrib menjelang tiba..warna jingga menghiasi bibir langit..kudapan untuk malam ini sebagai pengalas perut sehingga esok hari belum ada lagi..jangan kan beras.. garam pun tiada di dapur..dari dalam bilik bunyi batuk ibu aiman kedengaran begitu perit sekali..sudah berbulan ibunya terlantar sakit..

sakit apa aiman sendiri pun tidak tahu memandangkan ibunya tidak pernah ke hospital untuk menerima rawatan..kenapa bapak aiman tak pernah bawak ibunya ke hospital??.. aiman sendiri pun tidak pernah bersua muka dengan bapaknya.. entah hidup entah tidak..dari dia lahir ibu lah ibu.. ibu lah bapak..

ahhh.. ini bukan masa untuk aku merungut.. bisik hati aiman..

perut suda berkeroncong harus di isi jugak malam ini.. aiman membuka kotak pakaian terletak dibucu bilik.. aiman kenakan baju t berwarna kuning dan seluar panjang nampak buku lali.. baju kena kemas - kemas sikit.. nanti kena cekup dengan abang pegawai kebajikan susah pulak nanti..selesai bersiap aiman menjenguk mak di dalam bilik.. "mak.. aiman keluar sekejap yer.." jerit aiman lembut dari muka pintu.. ibu aiman hanya mampu mengangguk.. sambil batuk tidak henti-henti menerobos kerongkong keringnya..baru selangkah kaki aiman melangkah..ibu aiman bersuara dari atas toto..

"aiman dah makan?" soal ibu aiman..
"dah mak.. " bohong aiman dengan yakin..

kelihatan ibu aiman megesat ekor mata..mengenangkan nasib malang yang terpaksa dilalui oleh anaknya.. dia tahu anaknya berbohong.. apakan daya kesihatannya tidak mengizinkan.. berdiri pun bila ke bilik air sahaja.. itu pun terpaksa berkaki empat hingga ke pintu bilik air..aiman meninggalkan ibunya , menutup rapat pintu pondok buruk mereka.. sebelum berlari keluar dari kawasan rumah mereka yang berpagarkan semak..

diluar suasananya lain.. keadaan sekitar pesat membangun.. kereta membanjiri jalan raya seakan tidak akan putus.. waktu - waktu macam ni jugak ramai yang baru keluar dari pejabat bergegas untuk balik kerumah.. aiman berjalan kearah sebuah bangunan besar.. kelihatan berpusu - pusu umat bertali leher keluar dari pintu utama bangunan tersebut.. muka aiman yang tadinya tidak bermaya datang serinya.. dalam hatinya digarap seribu harapan..

"bang.. abang dah nak balik ke?? abang ada duit tak??" sapa aiman manja.. namun teguran aiman tidak diendah orang seorang jejaka yang sibuk dengan telefon bimbitnya.. ya, itulah yang dilakukan aiman saban hari.. meminta simpati dari mereka yang lebih berkemampuan.. atau bahasa kasarnya mengemis.. itu sahajalah yang mampu aiman lakukan.. bukan aiman tidak pernah mecari ikthiar lain selain daripada mengemis.. aiman pernah cuba meminta kerja di gerai -gerai yang tumbuh bagai cedawan.. namun tiada yang berani mengambil budak 9 tahun berkerja dengan mereka..

aiman ternampak seorang lelaki bebaju kemeja sedang duduk atas bonet kereta.. aiman menghampiri lelaki tersebut..

"abang tunggu siapa??" lelaki tersebut sedikit terkejut dengan sapaan aiman..
"tunggu bini abang.." balas lelaki tersebut..
"ooo.. abang ada duit tak??" sambung aiman terus terang..
"kamu nak buat apa dengan duit??" soal lelaki itu lagi.. sambil menghembuskan asap rokok
"nak beli makanan.." balas aiman jujur..

tersentuh hati lelaki tersebut diseluknya poket kemeja lalu menghulurkan not berwarna hijau kepada aiman.. terima kasih abang.. tambah aiman setelah duit betukar tangan.. "ingat.. beli makanan tau.." pesan lelaki itu lagi..aiman membalas dengan kuntuman senyuman yang cukup manis..

aiman berlari dengan riang ke kedai runcit berhampiran.. dibelinya sekilo beras dah lima biji telor.. selesai usursan jual beli dilansungkan.. aiman bergegas kerumahnya.. hatinya begitu riang.. malam ini dia dan ibunya akan makan nasik berlauk telur rebus..

esok..... tidak tahu pula bagaimana ceritanya..







celaka gua kena pow dengan budak 9 tahun..
nasib lu budak!!

2 comments:

Cinta Sufie said...

kamu ke lelaki berbaju kuning itu???
hehehe

Mati Bah!!! said...

bukan.. budak kecil yang ssangat chomel..