Pages

Thursday, July 29, 2010

jumpa..

semalam gua jumpa aiman lagi..
ini sudah lebih..

Tuesday, July 27, 2010

baju t kuning..

maghrib menjelang tiba..warna jingga menghiasi bibir langit..kudapan untuk malam ini sebagai pengalas perut sehingga esok hari belum ada lagi..jangan kan beras.. garam pun tiada di dapur..dari dalam bilik bunyi batuk ibu aiman kedengaran begitu perit sekali..sudah berbulan ibunya terlantar sakit..

sakit apa aiman sendiri pun tidak tahu memandangkan ibunya tidak pernah ke hospital untuk menerima rawatan..kenapa bapak aiman tak pernah bawak ibunya ke hospital??.. aiman sendiri pun tidak pernah bersua muka dengan bapaknya.. entah hidup entah tidak..dari dia lahir ibu lah ibu.. ibu lah bapak..

ahhh.. ini bukan masa untuk aku merungut.. bisik hati aiman..

perut suda berkeroncong harus di isi jugak malam ini.. aiman membuka kotak pakaian terletak dibucu bilik.. aiman kenakan baju t berwarna kuning dan seluar panjang nampak buku lali.. baju kena kemas - kemas sikit.. nanti kena cekup dengan abang pegawai kebajikan susah pulak nanti..selesai bersiap aiman menjenguk mak di dalam bilik.. "mak.. aiman keluar sekejap yer.." jerit aiman lembut dari muka pintu.. ibu aiman hanya mampu mengangguk.. sambil batuk tidak henti-henti menerobos kerongkong keringnya..baru selangkah kaki aiman melangkah..ibu aiman bersuara dari atas toto..

"aiman dah makan?" soal ibu aiman..
"dah mak.. " bohong aiman dengan yakin..

kelihatan ibu aiman megesat ekor mata..mengenangkan nasib malang yang terpaksa dilalui oleh anaknya.. dia tahu anaknya berbohong.. apakan daya kesihatannya tidak mengizinkan.. berdiri pun bila ke bilik air sahaja.. itu pun terpaksa berkaki empat hingga ke pintu bilik air..aiman meninggalkan ibunya , menutup rapat pintu pondok buruk mereka.. sebelum berlari keluar dari kawasan rumah mereka yang berpagarkan semak..

diluar suasananya lain.. keadaan sekitar pesat membangun.. kereta membanjiri jalan raya seakan tidak akan putus.. waktu - waktu macam ni jugak ramai yang baru keluar dari pejabat bergegas untuk balik kerumah.. aiman berjalan kearah sebuah bangunan besar.. kelihatan berpusu - pusu umat bertali leher keluar dari pintu utama bangunan tersebut.. muka aiman yang tadinya tidak bermaya datang serinya.. dalam hatinya digarap seribu harapan..

"bang.. abang dah nak balik ke?? abang ada duit tak??" sapa aiman manja.. namun teguran aiman tidak diendah orang seorang jejaka yang sibuk dengan telefon bimbitnya.. ya, itulah yang dilakukan aiman saban hari.. meminta simpati dari mereka yang lebih berkemampuan.. atau bahasa kasarnya mengemis.. itu sahajalah yang mampu aiman lakukan.. bukan aiman tidak pernah mecari ikthiar lain selain daripada mengemis.. aiman pernah cuba meminta kerja di gerai -gerai yang tumbuh bagai cedawan.. namun tiada yang berani mengambil budak 9 tahun berkerja dengan mereka..

aiman ternampak seorang lelaki bebaju kemeja sedang duduk atas bonet kereta.. aiman menghampiri lelaki tersebut..

"abang tunggu siapa??" lelaki tersebut sedikit terkejut dengan sapaan aiman..
"tunggu bini abang.." balas lelaki tersebut..
"ooo.. abang ada duit tak??" sambung aiman terus terang..
"kamu nak buat apa dengan duit??" soal lelaki itu lagi.. sambil menghembuskan asap rokok
"nak beli makanan.." balas aiman jujur..

tersentuh hati lelaki tersebut diseluknya poket kemeja lalu menghulurkan not berwarna hijau kepada aiman.. terima kasih abang.. tambah aiman setelah duit betukar tangan.. "ingat.. beli makanan tau.." pesan lelaki itu lagi..aiman membalas dengan kuntuman senyuman yang cukup manis..

aiman berlari dengan riang ke kedai runcit berhampiran.. dibelinya sekilo beras dah lima biji telor.. selesai usursan jual beli dilansungkan.. aiman bergegas kerumahnya.. hatinya begitu riang.. malam ini dia dan ibunya akan makan nasik berlauk telur rebus..

esok..... tidak tahu pula bagaimana ceritanya..







celaka gua kena pow dengan budak 9 tahun..
nasib lu budak!!

Wednesday, July 21, 2010

pakcik baju pejabat cermin mata bingkai besar..

teeeeeeet.. teeeeeeettt..


buzzer berbunyi dua kali gua sambung satu ayat lagi dengan sekali napas dengan harapan dapat markah lebih dari pengadil.. gua akhiri bacaan dengan Sadaqallahul azim..ada sesetangah orang cakap baca Sadaqallahul azim bila abis bacaan adalah bidaah, tapi ustazah gua cakap amalan tu jadi sunat sekiranya ia dikira khair.. lagipun gua tak nampak dari celah mana boleh sampai jatuh hukum haram.. yang penting niat..


gua buka muka surat untuk peserta seterusnya.. gua rasa gua dah buat yang terbagus hasil latihan berminggu-minggu.. ditengking dan dirotan ustazah gua.. gua rasa suara gua pun boleh tahan ekselen.. tak sia-sia air asam jawa ustazah gua sedia kan pagi tadi.. tapi mula -mula gua nebes jugak .. ustazah gua pegi letak air asam jawa dekat botol ubat batuk hospital kerajaan.. gua ingat ustazah gua nak bagi gua high.. gua bergerak ke belakang pentas.. di situ jamil sudah menunggu gua.. dia lagi awal selesai dari gua..


gua buka pintu belakang pentas.. jamil tengah duduk atas sofa.. gua kuntumkan senyuman kepada jamil.. jamil balas kuntuman senyuman gua.. gua hempas badan duduk sebelah jamil.. sambil borak-borak kosong dengan jamil nak pergi training bola tak petang nanti.. pakcik yang duduk di sofa sebelah mencelah perbualan kami.. "anak ke yang baru habis bacaan tadi.." sambil menujukan ibu jari kepada gua.. gua tengok pakcik tu berpakaian pejabat.. bercermin mata bingkai besar.. gua syak pakcik tu ajk majlis tersebut.. gua balas sopan "ye pakcik.." "sedap suara dan bacaan anak.." tambah pakcik tersebut.. "biasa - biasa je pakcik" balas gua merendah diri.. tapi dalam hati yes!! pipi gua pun dah merah.. dalam hati gua dah syak gua akan ada nombor macam selalu.. tolak jamil gua gua kena saing dengan 28 orang sahaja lagi..


pakcik biarkan gua dengan jamil sambung bincang hal-hal duaniawi.. gua dan jamil keluar dari dewan.. sambil tunggu peserta-peserta lain selesai gua dan jamil pergi usha awek-awek tudung labuh.. semua comel - comel.. pipi merah - merah.. bikin hati gua berdebar-debar.. nasib baik gua ingat dengan awek gua ketua kumpulan bahas waktu tu.. kalau tak dah sah-sah gua dapat satu aritu..selesai semua peserta tiba waktu penyampaian hadiah.. baju melayu gua butang sampai atas.. samping gua setting bagi rata.. songkok gua tepuk-tepuk bagi hilang habuk.. gua nak pastikan gua hensem masa ambik hadiah..


sampai giliran pemenang kategori gua diumumkan.. hati gua tambah berdebar-debar lagi kuat dari debaran usha awek - awek tudung labuh.. kurang - kurang gua rasa gua boleh dapat nombor dua.. gua toleh kiri kanan carik ustazah gua.. nak salam lepas turun ambik hadiah tanda terima kasih dengan ajaran dia tdekat gua selama ini.. lepas tu gua carik pula abang dengan akak MC nak tengok gerak mulut dorang sebut nama gua.. tapi tak nampak pulak.. gua syak dorang dekat belakang pentas..


akak mc umumkan pemenang tempat ketiga.. sorang mamat naik atas pentas kutip hadiah.. gua dah redi-redi gua double check butang baju samping dan songkok.. kaki gua pasang kuda - kuda supaya senang berdiri.. abang mc pulak umum tempat kedua.. abang mc umum nama orang lain.. dalam hati gua terdetik.. aik takkan gua dapat nombor satu lagi.. hidung gua dah kembang - kembang.. pipi gua merah - merah.. waktu akak mc umum nama tempat pertama gua duduk tersandar.. bukan nama gua yang diumumkan..


gua buka butang baju melayu yang gua kancing sampai atas.. songkok gua letak atas perut.. "macam mana gua boleh tak ada nombor?? .. pakcik belakang dewan tadi pun cakap bacaan gua sedap!!!".. jamil yang terdengar ngomelan gua balas lembut dengan kuntuman senyuman.. "dekat gua pun pakcik tu cakap macam tu.." sambil menepuk-nepuk belakang gua halau iblis..


celaka..



Monday, July 19, 2010

sampah..

kutip sampah kena ludah.. celaka!!!


celaka update blog dah macam update status pesbuk.. macam sampah!!

Friday, July 16, 2010

16072010

celaka baru dua hari gua dah rasa..


selaras my arse...

Tuesday, July 13, 2010

jubli emas..

petang semalam waktu tengah tunggu nak pergi padang main tendang bola.. macam biasa budak-budak kampung gua lepak-lepak dekat port biasa.. tu pun ada budak-budak plan nak buat aktiviti lain memandangkan hujan pun dah turun manja-manja sama manja macam air dari mulut ustaz gua dulu masa mengajar dekat surau.. gua selalu pakai alasan rabun dekat sebab tak nak duduk dekat - dekat.. sebenarnya gua tak tahan nak tepis.. berkat - berkat jugak tapi bab-bab macam ni gua pun pandai naik geli..


nak dijadikan cerita dekat kampung gua ada sorang makwe.. tapi makwe yang dah jadi mak orang.. gua tau ramai budak-budak kampung gua yang makan hati masa makwe ni naik pelamin.. tapi apakan daya makwe cun memang la laris macam pisang panas.. budak-budak kampung gua nganga mulut je la tengok makwe tu kawin dengan orang luar.. budak-budak kampung gua pun satu.. masa makwe tu belum jadi bini orang budak-budak kampung gua cuma muncung-muncung bibir kuar bunyi cerocot.. bukan ada inisiatif nak mintak nombor talipon ke.. email ke.. kurang-kurang pun pesbuk..


nak dijadikan cerita lagi kebetulan petang tu makwe datang beli dekat kedai berdepan dekat port budak-budak kampung gua lepak.. dari terhidu bau tayar kereta makwe tu lagi mata budak-budak kampung gua dah lekat dekat kereta makwe tu.. tak kurang jugak yang curi-curi pandang.. cukup sekadar bagi laju degupan jatung sekejap..


makwe parking kereta betul-betul depan kedai.. tak sempat kaki kanan makwe cecah tanah dah kedengaran bunyi cerocot dari budak-budak kampung gua.. gua syak makwe tu guna produk Dr rozmey tu yang masih dapat cerorot dari budak-budak kampung gua.. cerorot berhenti bila sosok makwe hilang dari pandangan masuk dalam kedai.. budak-budak kampung sambung sembang-sembang balik..


dalam tujuh minit makwe keluar dari kedai bunyi cerocot bergema kembali.. makwe cuma balas dengan senyum nipis tapi manis.. tapi makwe tak masuk dalam kereta terus.. makwe tunjuk-tunjuk dalam kereta guna jari telunjuk.. ada dua tiga orang budak kampung gua perasan pelakuan makwe.. ada yang dah berdiri.. ada yang pura-pura beli barang dekat kedai lepas tu keluar balik kedai.. gua nampak dari jauh pipi makwe dah merah-merah macam panik..


dua tiga budak kampung gua menghampiri kereta makwe.. rupa-rupanya anak makwe umur dua tahun dah kunci kereta dari dalam.. makwe dari tadi gua tengok tak berhenti-henti tunjuk dalam kereta.. tak lama lepas tu ramai orang berkumpul dekat kereta makwe cuba membantu.. cuaca pula tak membantu hujan panas dah turun.. tapi itu semua tak menghalang budak - budak kampung gua nak membantu.. padahal tadi dah plan tak nak main bola kalau hujan .. gua tau budak -budak kampung gua semua baik - baik.. walaupun hujan sedia membantu.. baju england yang makwe pakai pun dah basah sikit - sikit..


banyak buah pikiran keluar dari kepala budak-budak kampung gua.. waktu tu baru nampak budak-budak kampung gua betul-betul guna otak.. kereta makwe dah macam kereta autoshow.. ramai orang keliling.. macam-macam rupa ada.. anak makwe yang umur 2 tahun bila disuruh tarik lock dia cuma ketawa macam ada orang bawak bergurau.. ada yang cadangkan pecahkan sahaja cermin sambil tunjuk siku.. uncle magic pun bagi idea biar dia tukar jadi asap masuk lalu ekzos keluar dari corong penyaman udara.. tapi dia cakap magic dia tak mujarab waktu siang.. ada yang bagi cadangan ambik kunci spare.. yer kunci spare ada.. satu dekat laki dia yang tengah outstation.. satu lagi dekat rumah.. tapi kunci rumah pun dalam kereta.. memang A.


dalam setengah jam kereta makwe masih tak boleh. tapi makin ramai yang datang membantu.. pipi makwe makin merah.. gua tengok dari jauh pun naik geram.. tak lama lepas tu abang pomen berjaya bukak jugak pintu depan kereta makwe guna pembaris besi satu meter.. makwe punya gembira memang nombor satu.. tapi sempat jugak bagi cubitan dekat paha anaknya.. makwe tak habis-habis ucap terima kasih dekat abang pomen yang berjaya bukak pintu.. abang pomen hanya malu tersipu-sipu.. menerima ucapan terima kasih dari makwe..



petang semalam waktu tengah tunggu nak pergi padang main tendang bola.. macam biasa budak - budak kampung gua lepak - lepak dekat port biasa.. lepas kejadian menolong makwe yang terkuci kereta dari dalam.. budak - budak kampung gua siap -siap nak pergi padang termasuk gua sekali.. gua angkat bontot bergerak ke kereta.. gua seluk poket.. gua intai dalam kereta , kunci kereta tergantung kemas dekat tempat kunci.. gua bagi sumpah seranah secukup rasa..

gua jerit.. "celaka kunci gua tinggal dalam kereta!!"..

budak-budak kampung gua cepat-cepat gerak pergi padang.. takut tak puas keluar peluh..

Friday, July 9, 2010

YOU && ME

let's make something different togheter..
i really mean YOU..
who are sitting reading this post..

ok???

lets think of something beautiful..
not something you would buy, not something trendy
something cheerfull and personal, something colorful something important,
something insignificant (maybe for others but not for you)

like how excited you were by candies when you were a kid
like smell of second hand books
or something only you can see
and this will be our secret

now keep your eyes closed and think of this special thing and count to 3

1

....

2

....

3


if you reading this you eyes are now open..
unless you've got some special power and can see things behind your closed eyes
or unless you've cheated and haven't closed them at all (which isn't that bad, don't worry)
unless you haven't thought of your secret but i know you did

actually i have seen your secret
its wonderful, thank you for sharing it with me..
did you like it? i did.. now let's make a deal.. let's take a time everyday to think of a beautifful secret

for instance when you wake up..
when you are taking shower..

anywhere..
anytime..

don't be scared you are free

your secret will always stay between YOU and ME



-Jean-Sebastien Monzani-

Friday, July 2, 2010

GENG BAS SEKOLAH..

masa gua sekolah menegah dulu.. gua naik bas pegi sekolah.. gua ada sajes dekat bapak gua suruh teksi ambik dan hantar gua pegi sekolah.. haram bapak gua tak layan..

gua sajes dekat bapak gua macam tu bukan sebab gua anak manja.. gua hero.. hero kena duduk tempat duduk paling belakang sekali.. masalahnya semua nak jadi hero.. seat belakang yang sepatutnya boleh muat 5 orang kadang kadang boleh cecah 9 orang.. seat depan makwe-makwe jer yang duduk.. lagi satu sebab gua sorang jer yang sekolah dekat sekolah budak-budak pandai.. yang lain semua sekolah dekat sekolah swasta.. jadi tak sedap la dekat abang brader nak kena buat lencongan 3 kilometer semata-mata nak hantar gua pegi sekolah.. gua pun hairan macamana abang driver tu boleh setuju ambik gua..

gua syak bapak gua pernah letak pisau rambo dekat urat halkum abang driver tu.. sebab setiap kali abang driver turunkan gua mesti buat muka ketat-ketat..

satu hari masa baru balik sekolah.. peluh dari kepala kaler biru minyak code10.. koler baju penuh daki.. gua panjat bas macam biasa duduk seat paling belakang sekali.. hari ni ada mewah sedikit.. cuma enam orang duduk dekat seat belakang..gua campak beg gua dekat abdul.. gua memang dah tugaskan abdul pegangkan beg gua dalam bas.. gua tenung dekat jamal yang duduk dekat tepi tingkap.... automatik jamal bukak ruang untuk gua duduk.. gua bukak tingkap bagi habis.. sampai tertutup tingkap makwe duduk dekat depan.. makwe kat depan buat muka mencebik.. gua balas ugut tunjuk buku lima.. makwe duduk depan tak bunyi apa..

tak lama kemudian akim yang duduk hujung kerusi bersuara .. "roy, roy.." gua bahasakan diri gua roy untuk entri kali ni.. "selangor darul... apa???"'ehsan' gua balas pendek lagak orang bijak pandai.. akim tergelak besar.. dalam hati gua berbisik .. celaka gua salah ke??

jamal yang duduk sebelah gua pulak bersuara.. "roy, roy.. kelantan darul apa??.." "Naim".. gua jawab penuh yakin.. jamal pulak yang tergelak besar kali ni..akim terdiam pulak.. "celaka gua salah lagi ke?" jamal cuma berhenti gelak bila gua siku tepat dekat telinga dia.. sorang pun tak berani bunyi sampai gua turun dari bas..

rabu lepas gua dapat surat jemputan kawin dari akim dan jamal, jamal kawin dengan adik akim.. bukan dengan akim yer.. jadi diaorang plan buat kenduri kawin sekali boleh jimat kos..
dalam kad jemputan..

Semarak kasih jalinan budi, Kehadiran anda kami sanjungi
Dengan penuh kesyukuran dan sukacitanya kami menjemput
YB’ / Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik

....................................................................................
suami / isteri serta keluarga
ke Majlis Perkahwinan saya

(Mohd Jamal bin Mohd Ehsan)
dengan
(Nurhafizah binti Naim)

celaka baru gua perasan. benda - benda macam tu pun boleh bawak main..